Ahad, 10 Januari 2010

untuk seorang kawan sebagai rujukan

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..
Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah.
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya
kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta
cerita ' orang kalah '
akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.
Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.
DARI JINGGO
kadang2 ada suaranya yang begini
TERIMA KASIH KERANA AKU DI GAGALKAN
terima kasih kerana aku dipayahkan
terima kasih kerana aku ' di gelapkan ' seketika.
PADA SAYA
kehidupan ini hanya satu pusingan.
kita mendapat apa yang kita telah ' bayar '
untuk mendapat apa seterusnya
ADA HARGANYA.

8 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kita tidak boleh menyalahkan apabila kita " kalah atau terkalah ". Kerana dari situ membangkitkan kepercayaan diri, kemenangan yg di tunda. Maiza setuju, kehidupan ini umpama putaran " kita membayar, seterusnya ada harganya "... kita memberi insyaallah kita jg akan menerimanya.. perjalanan harus melangkah ke depan....

Hazlin Nazri berkata...

kalah bukan bererti mengalah..
ia menjadikan kita terus bersemangat untuk bangkit kembali..

Maiyah berkata...

tetapi yg pasti kegagalan itu akan tetap dtg dlm bentuk yg berlainan, kecil atau besar.. kehidupan ini bagai roda .. betullah kegagalan itu adalah hrga yg perlu dibyr utk mndpt apa seterusnya

gagal xyah nak takut atau berani, ia akan dtg menerjah

ONE ZABA berkata...

petang ni aku kalah menahan mata. tidor jugak akhirnya.

zaijb berkata...

kegagalan mengajar kita supaya menjadi lebih baik dari semalam...
tapi jika kita masih tak berubah... itu dipanggil kegelapan hati....

ayuhhh...jangan toleh kebelakang lagi... krn hidup ini bukan nyee kejam...

Tanpa Nama berkata...

salam

jangan bersedih, hidup ini sekejap saja, menanti di sana yang indah, meskipun jauh, ia sangat dekat, kerana perjalanannya bermula di sini, di hadapan kita.

ikhlaskan hati menerima ujian, anggap ia sebagai batu loncatan menaiki takhta kebahagiaan, perlu lulus di uji.

"kita menangis kala tiada kasut, kita lupa, ada orang yang tiada berkaki"

rapatkan saf dengan sahabat yang memungkin bau wangi minyak tercalit dan bukan memalit kotornya minyak hitam.... rapatkan saf.. dunia ini sekejap saja...

Ruby berkata...

Salam cgu...

hidup adalah satu perjalanan...
tiada yang percuma disepanjang perjalanan itu...
usaha, komitmen, janji, pengorbanan... ada harga tersendiri untuk dibayar dalam mencapai matlamat hidup masing-masing...
kita jatuh... bangun ... dan jatuh lagi... bangun semula.. semoga kita masih bangun pada hari ini dengan kekuatan yang berlaian dan kesungguhan tiada hujungnya kerana kita tahu kita antara orang yang berjaya....

~Insan Biasa~ berkata...

yess...mari kita menuju kemenangan. tiada hidup yang sentiasa menang...tiada hidup yang sentiasa kalah. hidup sememangnya seperti roda...walau semahal mana bayarannya...atau tanpa bayaran sekali pun....

Eco Kid Adventure on Facebook