Jumaat, 26 Februari 2010

sampai keluar muka depan isu ni

PUTRAJAYA 25 Feb. - Golongan muda termasuk kalangan artis diingatkan supaya berfikir 'beribu kali' sebelum memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur,
hanya tiga berjaya.
Malah, kata beliau, kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan dari kalangan warga kulit putih
''Tetapi perkahwinan campur di Malaysia melibatkan si lelaki atau wanita dari kalangan bukan Islam yang kemudiannya memeluk Islam begitu berjaya berbanding kahwin campur dengan warga asing dari barat ini.
''Ini sudah jadi lumrah, jadi, orang muda termasuk kalangan artis boleh mengambil iktibar ini dan sekiranya mahu menelaah kajian ini yang turut dilengkapi dengan panduan, anda boleh mendapatkannya daripada bahagian pendaftaran perkahwinan sivil dari rekod simpanan syariah di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais ditanya pandangan beliau berhubung keretakan rumah tangga aktres Maya Karin, 31, yang dilaporkan sudah tidak sebumbung dengan suaminya.
''Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak negara masing-masing.
''Cuma, kebanyakan perkahwinan lebih didasarkan kepada 'asmara pendek', maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan," katanya.
DARI JINGGO
agak menarik kisah ini
kenapa macam tu
INI PERSOALAN
nilai dan kepercayaan.
cinta yang mahu dihujungkan dengan
PERKAHWINAN
seharusnya menjadikan persoalan
nilai dan kepercayaan sebagai asas
kerana kita zahirnya membuat tafsiran
pada keseluruhan kehidupan berdasarkan
asas nilai.
sistem pendidikan persekitaran
membentuk siapa kita
FIKIRKAN.

5 ulasan:

zan-xray berkata...

Teringat kata2 P. Ramlee...
"sedangkan lidah lagi kan tergigit, inikan pula suami isteri"
Awal perkahwinan memang banyak cabaran dan dugaan. Jika sudah melebihi tempoh 'matang' InsyaAllah semuanya jadi ok.

ONE ZABA berkata...

kawen keluar muka depan...

cerai berai pun keluar muka depan...


masa tu keluar la segala yang buruk. tak ada langsung yang baik.

insan pendidik berkata...

perkawenan tu bukan ikatan setahun dua tp long term tu yg gagal dorang pk

zaijb berkata...

sukar utk di fahami...
semua itu jodoh kan... bila org kata kalau bercinta biar lama2 supaya kekal kalau kahwin nanti...
tapi semua tue tak ada kena mengena pun because maya dan husband dah 7 tahun berkawan... retak jugak.
so moral of story.... kahwin cepat2 kot....hahaha... itu pendapat aje..he

Kamsiah berkata...

yg dah jd mak J sbb kawen mat saleh
-Liena Hangat(dah kawen lain,melayu)
-Shasha Saidin(dah kawen lain jugak)
-Sarimah Ibrahim
ramai lg..yg tak ingat...
maya karin..dah ngaku dah bermasalah...

bg saya...kalau nak didik pasangan ,biar diri sendiri betul jalannya...bak kata wardina,artis tak layak dijadikan ikon...hidup songsang...

Eco Kid Adventure on Facebook