Isnin, 15 Februari 2010

hukuman dunia

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Wanita yang terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah diminta segera mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa sebarang tindakan akan dikenakan ke atas mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memberi jaminan itu berkata, pihaknya akan menjaga dan membimbing mereka dengan baik.
DARI JINGGO
kita lihat dari sudut lain
kenapa bayi dibuang.
YANG PASTINYA
ditempat yang orang akan nampak
JAWAPANNYA
agar ada orang ambik
BAYI INI HARUS SELAMAT !
apa yang tidak selamat.
yang tidak selamat adalah
PERSEKITARAN SEMASA
sistem dunia semasa akan meletakkan
HUKUMAN.
kamu telah melahirkan anak luar nikah.
timbul satu persatu persoalan
bagaimana pandangan makayah
bagaimana pandangan masyarakat
bagaimana dan bagaimana
jawapannya.
JAWAPAN SEGERA.
buang.ditempat yang selamat.
PANDANGAN JINGGO
jam yang mati akan betul dua kali
secara ' klasiknya ' kita
sudah terbiasa.
orang buat salah mesti dihukum.
PADAN MUKA KAMU
tidak cukup dengan itu
SELURUH SISTEM KEHIDUPAN
dunia menjatuhkan hukuman.
jadi jawapan segera kepada semua pemasalahan
ADALAH
sebelum hukuman dunia datang
selesaikan berdasarkan pergolakan emosi semasa.
INI ADALAH PERSOALAN KITA.
sejauh mana kawalan emosi semasa

6 ulasan:

roha berkata...

Salam.
Emosi tidak stabil. Tak tenang. Tiada yang hendak menenangkan emosi. Fikiran kacau, kusut, kalut, ambil jalan pintas. Mudah kan. Campak, buang, kemudian ada orang jumpa dan jadi kes.Tiada siapa yang boleh dipercayai dan mengadu kekusutan emosi. Nak mengadu, takut dipersalahkan semula akhirnya jadilah macam tu macam ni. Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat kecelaruan emosi. Entahlah....dunia, dunia..

ONE ZABA berkata...

selagi tak kena batang hidung sendiri memang sedap menghukum orang lain.

kepada lelaki juga wajib diingatkan...

buang lah benih benih tu di tempat yang mendapat kelulusan.

zai berkata...

Dalam setiap jiwa manusia..ada seketul daging iaitu hati..jika baik ia..maka baiklah keseluruhan jiwa manusia itu..dan jika busuk maka akan busuklah ia..jadi kita adalah apa yg kita fikirkan..berusaha utk menjadi yg terbaik wlupun sukar..mmg payah utk mendidik nafsu..jika salah pilih jalan..hmm..habislah hancur satu dunia

Cikgu Norhaliza™ berkata...

Salam,

Mungkin di dunia, kita selamat, tapi bagaimana pula di akhirat? Apa yang paling ditakuti, malunya sebentar cuma, selepas itu dikhuatiri pisang berbuah dua kali...maka itu malu penting dalam membina diri.

DaHLia berkata...

tindakan sediakan tempat tu bagus tp golongan2 ni juga perlu disedarkan.jangan buat lagi...risaunya, sebab tau ade tempat perlindungan, ade yg sudi menjaga, xserik...apapun2, kena overcome dr punca permasalahan sendiri.. supaya gejala mcm ni terus xberleluasa..

Brahim Nyior berkata...

Hari Valentine ni, berapa ramai gadis Melayu Islam di 'kekah'kan secara rela?

Amat menakutkan jika difikirkan begini..

Menjelang 9 bulan akan datang, bertambah kes buang anak haram.

Saya kurang setuju pandangan Datuk Shahrizat, kerana ia hanya fokus kepada pemulihan.

Akar umbi masalah ini adalah kebebasan seks... Itu yang harus diatasi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Itu pandangan saya...

Eco Kid Adventure on Facebook