Rabu, 17 Februari 2010

kalau itu sukusakat kita

Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.
Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar
Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah
sekolah luar bandar di negeri tersebut.
Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan
hubungan seks secara sukarela.
"Manakala, 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon bimbit dan cakera padat video (VCD)," katanya.
Katanya, kajian terhadap
56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem lucah, 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan
terdedah kepada gejala seks bebas.
DARI JINGGO
dunia tanpa sempadan
kemahiran apa yg kita ada untuk mengatasi
semua hasil dari kajian
KALAU LAH
salah seorang dari nya adalah sukusakat kita.
DARI BEBERAPA KES
yang disembangkan dengan beberapa orang remaja
cuba tgk handphone anak2 remaja kita.
terlalu mudah dan bebasnya untuk
mendapat cerita lucah.
BAGAIMANA SIKAP KITA.
bagaimana kita sebagai orang yang melihat
kesan semua angkara ini dari
SKOP YANG LEBIH JAUH.
keghairahan untuk melihat
keghairahan untuk mencuba.
KITA LIHAT DARI SUDUT BEGINI.
saya amat yakini kepada faktor
dimana sumber.
dimana awalannya.
siapa yang memulakan.
DAN SUDAH TENTUNYA
persekitaran dan kawan2.
sudah tentunya ada ' orang ' yang mendedahkan.
DAN YANG PALING PENTING
saya amat yakin
pada nilai dan kepercayaan yang ditanamkan
menjadi satu FILTER yang cukup kuat.
PERSOALANNYA
mampukah kita !

4 ulasan:

Syd berkata...

Salam

Malaysia, sebuah negara Islam, mungkin perlu mencontohi, tindakan negara lain, yang telah meng"filter" semua unsur unsur lucah. Dunia tanpa sempadan ini, sangat cepat.

Zaman dulu ada juga, tapi kalau 14 tahun tu, boleh paksa kawen.. la ni.. ada ke yg nak paksa kawen?

ONE ZABA berkata...

kalau itu sukusakat kita...

mari kita cuba intai tepon bimbit ayah-ayah pulak...

'ainrahimin berkata...

ada kes kat sekolah, enset pelajar lelaki tingkatan 4 dirampas, (sebab bawak ke sekolah), setelah diselidik, ada video hot, aksi dia dan pelajar perempuan tingkatan 2...mcm mana ni? kita kena start basmi sekarang, bukan tanya bila nak start...

zai berkata...

sekarang anak2 sedang membesar dan sudah menempuhi alam remaja..satu zaman yg sangat mencabar bagi ibu bapa...dah beri yg terbaik..harap2 anak2 kita kekal berada di jalan yg lurus..

Eco Kid Adventure on Facebook