Khamis, 11 Februari 2010

jadi kan pengajaran !

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah
dilahirkan di Malaysia.
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan
kadar yang semakin meningkat.
Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar.
Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.
Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati
untuk sembahyang, lupa ke masjid.
Cinta DUNIA, Takutkan MATI.
Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari,
yang tidak direkodkan ?
Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa,
sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.
Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah
berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran
anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM
.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang
DARI JINGGO
saya jadi terpanggil
untuk membesarkan isu ini.
PERCAYALAH
semuanya hasil dari hubungan yang
TERSASAR.
setiap 17 minit
SEORANG ANAK LUAR NIKAH

15 ulasan:

insan pendidik berkata...

seharusnye ank2 remaja diberikan didikan awal
khususnya yg berkaitan dengan pend rohani
termasuk pendidikan seks
agar tk terjerumus di lembah hina ini

zan-xray berkata...

Tingginya angka statistik tu.
ini termasuk pasangan bukan Islam juga bukan?

- jinggo - berkata...

cgu IP
rasanya ruang untuk anak2 remaja untuk terdedah dalam aktiviti amat meluas
cuba dididikan kearah itu agak terbatas dalam konteks sistem pendidikan kita

- jinggo - berkata...

zan....
saya mengambil fakta dari internet
rasanya campur kut...

ONE ZABA berkata...

ini juga bermakna setiap 17 minit ada pasangan sedang melakukan perbuatan zina di sekeliling kita.

dan salah satu pasangannya mungkin yang berdekatan dengan kita atau diri kita....

yang pastinya setiap minit di kedai kopi dipenuhi oleh pelanggan.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...dunia semakin hampir dgn kiamat.... bayangkan 10 tahun lagi.... malaysia akan dipenuhi dgn anak luar nikah....mungkin...

- jinggo - berkata...

cgu one
mungkin aktviti tu dekat dengan kita......
terutamanya tempat2 sejuk kan....
....
betul tak.

- jinggo - berkata...

alimaz
10 tahun lagi...
sekarang pun aktiviti - dimana nak cari ubat gugurkan kandungan - dah meriah....

cgu ke kedai tu..

alamak itu suara yg didengar pada satu hari.......

Syd berkata...

ada dua kebarangkalian mensensasikan cerita sebegini.

pandangan masyarakat perlu diperbetulkan. anak ini tidak berdosa dan tidak salah. yang bersalah emaknya dan bapaknya.akan tetapi siapa pun yang bersalah tidak penting. yang penting bertanggungjawab atas kelangsungan yang terjadi.

kelahiran makhluk tidak memilih, andai dibenar memilih, roh pasti mahu dilahirkan oleh ibu bapa yang kaya, cantik, berpelajaran dan paling penting muslim.

anak tak sah taraf masih ada ruang untuk berjaya jika tidak dibunuh.

Tirana berkata...

Menakutkan tengok statistik tu...Ni gara-gara tak dapat kawal nafsu. Iman tak cukup kuat untuk menentang hasutan syaitan.

- jinggo - berkata...

syaidah
setuju
pandangan masyarakat.
kerana malu dengan pandangan masyarakat lah aktiviti membuang anak ni berlaku.....

- jinggo - berkata...

tirana
dalam bab2 ni - subjektif
apa yg boleh kita kawal - aktivti permulaannya mesti dikawal....

white rose berkata...

astaghfirullah al'azim...

takut tgk statistik tuh...
menggerunkan sungguh...
apa laa nk jdi dgn remaja skrg...

org2 tua kata...
"skali je melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan senang je mengandung...yg dh berkahwin bertahun2 wat mcmana pun ssh nk dpt..."

ahai...smoga Allah sentiasa membantu kita mengatasi masalah berat ni...

- jinggo - berkata...

roseputih
itu menarik kuasa Allah
yang nak anak susah
yang tak nak anak
cepat aja............

Syd berkata...

jinggo

angka ini akan lebih menakutkan jika saya katanya, ramai juga pasangan berkahwin yang membuang anak. lebih menakutkan bila ianya jadi dikalangan umat2 yang "dikatakan" orang berilmu... buang anak kerana malu dilihat beranak kecil... yg paling malunya.. cerita dlm kain sebegini di ceritakan pula pada orang luar.

pokoknya, perlu berbalik pada alquran... dibimbangi menyasar terlalu jauh..

Eco Kid Adventure on Facebook