Ahad, 28 Februari 2010

untuk peringatan pada diri sendiri....

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi
yang tidak stabil seperti terlalu
inginkan kemenangan,
bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan,
suka mendesak,
risau keterlaluan,
tidak mahu menerima teguran,
berprasangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini,
kita perlu menanganinya dengan bijak.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu
kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya
banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah
selagi kita bergelar manusia.
Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya
ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik,
tidak dapat menerima teguran orang lain,
cemburu dengan kejayaan orang lain,
kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada
bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.
Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui
perubahan emosi seperti
cepat marah,
mudah menangis dan sentiasa bersedih,
kecewa, hampa, mudah mengamuk,
prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.
KITA KONGSIKAN BEGINI
Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka.
Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian?
Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu.
Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.
Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. .Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang.
Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
Dekatkan diari terhadap-Nya.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua
perkara yang ada
di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi,
nikmatilah hari ini dengan seadanya.
DARI JINGGO
proses kehidupan
mana yang sempurna
ada kala ketika
kita tersenggol
KENAPA PERLU DIFIKIRKAN
benda yang tidak pasti.

10 ulasan:

roha berkata...

Salam.
Kalau tension tau stress....... buat bodo aje la. Yang harus diingat, hidup mesti diteruskan, perjuangan kehidupan tidak akan terhenti selgi bergelar manusia. Stres.....stres.....stres.....stres....stres......takkan hilang dalam diri.Hanya mengingati Allah swt saja hati akan tenang.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

selagi hidup stress tetap ada cuma cara kita nak mengawal tue.. memang payah pada mulanya yg penting dekatkan diri padanya InsyaAllah ketenangan akan muncul serta merta.. maiza kalau stress faktor di atas memang dah ada dlm diri.. tapi satu ja yg sangat penting peluk sesuatu.. ya.. maiza kalau ada masalah suka peluk tak kira kucing atau apa sj.. special peluk mak.. Jinggo.. peluk apa?? ha.. kan dah senyum.. he.. gurau2 jng marah..

ONE ZABA berkata...

tahun ni duk relak je. tak da nak stres stres. bajet kurang maka aktiviti pun kurang. jadi jaga ofis je kut.

yangbaik berkata...

memang lebih kalu dok layan stress nih... macam2

zai berkata...

nak hilang stress ni senang jer..pergi peluk pokok yang ada kerengga..ha...lega stress tu...hehehe

- jinggo - berkata...

cgu roha
saya suka dengan idea mr donald trumph - reframing - tukar kesulitan semasa itu kepada positif...
nikmat kesulitan.

- jinggo - berkata...

maiza
saya peluk bantal kut...ha
semakin banyak ruang kita untuk menyelesaikan cerita tekanan ni.......
setiap penyakit ada ubatnya

- jinggo - berkata...

cguone
rasanya macam nak baik gunung lagi tahun ni....

- jinggo - berkata...

kak zai
idea yang praktikal..
nanti nak cari pokok yg ada krengga...kalau saya dpt sakit lain...
saya akan bagi tahu Dr idea sapa....ha.....

cj'alhafiz berkata...

tekanan juga baim untuk produktiviti dri....

http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/unspoken-tale.html

Eco Kid Adventure on Facebook