Rabu, 24 Februari 2010

serius ni.................

MUAR 23 Feb. - Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.
KITA FIKIRKAN
sejauh mana kita mahu menjadi
TIDAK BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN
sebagai satu keperluan.
hari ini
kita seakan diperangkap dengan satu acuan
dimana dunia seakan mencengkam
KESERONOKAN
KEBENDAAN
untuk mendapat semua acuan itu
kita memerlukan tiket besar
tiketnya adalah nilaian akademik
dengan nilaian akademik yang terbaik.
hidup mampu diseronokkan
hidup mampu bebas tanpa cengkaman ' kebendaan '
ITUKAH KESUDAHNYA.
berdiri dan berjalannya hidup
tidak diasaskan kepada faktor diatas.
KITA MEMBAWA
nilaian diri.
persembahan diri
karektor yang dizahirkan dari sistem nilai
SEMUA ITU
tidak akan kita perolehi seandainya kita
jauhkan sistem pendidikan yang meletakkan
kepentingan pembinaan nilai.
HARI INI
comotnya sistem dirian anak2 kelahiran
sistem peperiksaan ini.
TAPI
sejauh mana kemampuan kita sebagai entiti kecil yang duduk
dibawah acuan.seandainya tidak ada ' pergerakan '
dari sudut' kemahuan politik '
hari ini dengan kemahuan berterusan dari
sistem politik semasa.
KITA SAHUT.
sistem pembinaan nilai harus diletakkan bersama.

6 ulasan:

yangbaik berkata...

salam...
agak berat jugak nak fikir pagi-pagi nih...apa yang penting yang diikuti sistem pembelajaran sentiasa berubah ...seperti arus politik jugak..
bukan nak berpolitik, tapi sekadar pandangan

Kunang-Kunang berkata...

Ada orang kata, budak-budak sekarang belajar untuk lulus peperiksaan bukan belajar dalam erti belajar yang sebenarnya.

Ruby berkata...

Salam cgu...

semoga perubahan yang dijanjikan lebih memihak kepada kebajikan dan masa depan anak-anak... kerana keseronokan belajar zaman kita kanak2 tidak lagi dirasai sekarang...

bagi saya pendidikan awal adalah pembentukan diri dan nilai2 yang bakal dibawa oleh anak2 dalam kehidupannya.. bukan berapa banyak A yang harus dikumpul...

sekadar satu pandangan..

- jinggo - berkata...

yang baik
apa yg saya maksudkan kuasa politik @ polical will - sudah menjadi macam satu kemestian begitu barangkali...
perubahan harus dimulai dari tindakan orang yg berkuasa....

- jinggo - berkata...

kak hanim
saya amat setuju
sebab tu - kalau di Universiti sekali pun - saya merujuk pada UM -sebab selalu kesana...
soft skill boleh dipertikaikan

- jinggo - berkata...

ruby
dalam apa perubahan sistem jangan jadi sistem pendidikan sebagai ' bahan ujikaji ' kerana semua yg berlaku ada impak terhadap tumbesan anak2 tu kan...

Eco Kid Adventure on Facebook