Isnin, 8 Februari 2010

tidak mengenai sesiapa....

ada bertanya.
kenapa sejak akhir2 ini N3 disini
seakan2 mahu ' bercakap ' sesuatu
pada sesuatu.
BEGINILAH.
kadang2 begitulah.
kita menjadi gusar
BILA SESUATU YANG TERKENA
CERITANYA BEGINI.
saya bakal bekerja dalam satu program
YANG MELIBATKAN
sekumpulan rakan2 yang mungkin ditafsirkankan
GAGAL.
persatuan ibu tunggal selangor.
SAYA BERSEDIA DENGAN MEMBACA.
dari buku bahan ke satu bahan.
kesimpulannya begitulah.
KENAPA KITA GAGAL.
ada proses yang kita tidak sedar
kita yang mulakan.
kita mungkin sudah tahu
ATAS SANGKAAN
mahu menjaga institusi.
kita abaikan semua sangkaan.
DAN
andartu.
bujang terlajak
janda
duda
INI DIANTARA ISTILAH YANG TIDAK DIGEMARI.
kita takut berada dalam mana kelompok.
kita terperangkap dengan sistem yang sudah melabelkan.
andartu + bujang terlajak
tak laku.cerewet.memilih.
janda
tak pandai jaga laki.
duda
tak bertanggungjawab
INI YANG DILABELKAN OLEH SISTEM.
kita mengelak dari berada dalam label
maka kita membuat keputusan
UNTUK BERADA DALAM INSTITUSI PERKAHWINAN
YANG TENTUNYA KITA TIDAK MEMILIH.
proses pada semua adalah berasaskan
KEPADA PILIHAN.
adakah kita membuat pilihan yang betul.
adakah pilihan dibuat berasaskan kepada ketakutan pada label.
KESIMPULAN.
saya percaya kepada satu pandangan
UMOR
hanya angka2.
dan saya yakin kepada kualiti keinsanan
yang mahu kita zahirkan
MENAMBILKAN YANG TERBAIK DALAM DIRI SENDIRI
MENAMBIL YANG TERBAIK DALAM DIRI ORANG LAIN.
mulakan dengan pembanggunan diri.
sudahkan dengan pembanggunan persekitaran.
MINTA MAAF KEPADA KETIDAKSELESAAN
membaca N3 disini.

13 ulasan:

roha berkata...

Salam
Gelaran itu tidak penting. Apa yang penting ialah menjadi diri sendiri dan bukan orang lain. Selagi masih berjalan di landasan yang betul InsyaALLAH segala permasalahan dan urusan kehidupan dapat dilaksanakan dan diselesaikan sebaik mungkin. Pilihan itu betul atau tidak hanya orang itu sendiri yang tahu kerana dia yang melalui situasi itu. Orang lain hanya sekadar bertanya untuk mengetahui dan paling tidak simpati, tak lebih dari itu. Justeru itu, apapun siapa pun diri kita, apapun gelaran kita, apapun orang mentafsirkan kita.......selagi langkah dan hala tuju masih dalam landasan yang betul bukan terkeluar dari landasan orang lain akan tetap hormat dan memahmi kita. Sekadar pendapat............

Wassalam.

- jinggo - berkata...

cgu roha
saya setuju
amat setuju - tapi cgu - kita mahluk sosial yg kadang2 terperangkap dengan sistem.
kita takut dan rimas.....

lagi satu
kahwin tak dapat anak.

sistem menyatakan :
KAMU MANDUL

aduhai - hari ini kita lihat semua ni dari sudut lain.bagusnya manusia bukan pada cakap2 - tapi pada tindakan.

jadi diri sendiri.
kerana kita dihakimi Allah berdasarkan siapa kita....

ONE ZABA berkata...

tapi kalau berpasangan pun asyik bercakaran pun tak guna gak.

ada anak...anak jadi mangsa nafsu

ada isteri...isteri makan tapak kaki

ada suami...suami pun kena belasah gak!!!

ZOOL@TOD berkata...

Saya kenal dengan seorang peguam syarie wanita. Beliau sering dipukul oleh suaminya, namun beliau tetap mengekalkan status isterinya kerana menjaga statusnya sebagai peguam syarie.

Seorang kenalan wanita saya tahu bahawa suaminya curang namun beliau tetap mempertahankan suaminya dan berpura-pura bahagia dihadapan semua orang.

Soalan saya, adakan status mereka berdua lebih baik dari andartu, janda, duda atau bujang terlajak? Adakah hidup di dalam kepura-puraan itu membahagiakan?

roha berkata...

Salam -jinggo-.
Kenali diri melalui cabaran yang ALLAH hadiahkan buat hamba Nya. Kita makhluk Allah swt tidak perlu takut dan rimas pada persekitaran dan sistem buatan manusia. Kita manusia sama saja yang membezakan kita di mata Allah swt ialah ketakwaan kita kepada Nya. Bukan 'label' diri kita.
Nak dengar semua cakap makhluk sosial lama-lama kita tak dapat bergerak dan melakukan satu apapun. Itu tak boleh, ini tak boleh, banyak mata memandang. Berjalan di landasan yang betul, jangan terkeluar dari landasan. Jika terkeluar dari landasan masuk semula ke landasan cepat-cepat. Allah swt menilai kita dari hati dan sikap kita. Betul niat hati kita. InsyaALLAH betullah seterusnya.......sekadar pendapat.

Wassalam.

- jinggo - berkata...

cguone
kerana itu
jangan main serkap aja zaman la ni
orang nak kahwin
kita nak kahwin..........ha.

blueCITY® berkata...

salam jinggo,

saya perasan satu perkataan yg saudara selalu guna = gagal

kenapa saudara guna word gagal bagi seorang yg bergelar duda, janda dan sewaktu dengannya?

gagal dalam rumahtangga ke?
bukan gagal dalam hidup kan?

hmmmmmmmmmm

ooooo tahniah!!
bakal ada projek baru
semoga akan ada ubat buat gagal
iaitu gagal + gagal = berjaya ganda dua.

heeeeeeeee

- jinggo - berkata...

enzool

saya yakin pada satu fakta
laluilah perkawinan itu dengan keinginan untuk menjadikan - sebagai idadah.

bagaimana kalau kita lalui perkahwinan dan hari2 dilalui - tanpa keredha.
berburuk sangka
maki hamun.....

mengenai peguam tu.
banyak berlaku macam tu.
kita terperangkap dengan sistem......sedangkan sistem Allah kita ke2 kan.

- jinggo - berkata...

tapi cgu roha

jangan diabaikan
kita mahluk sosial.
jatuh bangun kita sedikit tidak berdasarkan cakap2 orang sekitar - cuma kena kuat.

- jinggo - berkata...

blue
bukan gagal ke tu...
bahasa mudah...
kita terbuka dalam soal ni.
gagal adalah bahasa orang luar
berjaya mungkin bahasa kita..

sebab kita yg tahu siapa kita.
gagal dalam konteks - berdasarkan pandangan luar..........itu penghakiman

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

kegagalan tu mengikut pengertian manusia sendiri
tapi tanpa disedari sebarang kegagalan itu ade hikmah disebaliknya
IP biase perhatikan disebalik kegagalan hidup seseorang itu...
dia masih punya kejayaan yang masih boleh dibanggakan
sementelah lagi gagal dalam idup bukan bermakna gagal segalanya
kerana ape yg lebih penting kite mendapat keredaanNya
dan moga dapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi...

zan-xray berkata...

Bakal terlibat dalam projek baru..
tahniah makin luas skop tu.
Ilmu yang ada boleh dipraktikkan.

bila pertanyaan pasal status seseorang terjawab selalu kita akan jawab "oooo.." dan senyum , kenapa ya.

Kunang-Kunang berkata...

Pada saya seandaikan seseorang itu menjadi janda mungkin itu jalan terbaik untuk dia.

Ada orang bahagia bila berpisahdgn suami dari hidup bersama dengan menjeruk hati atau menjadi isteri kepada yang ringan kaki tangan naik ke badan isteri.

Soal andartu, bujang terlajak dan yang sewaktu dengannya itu beyond kita punya control. Bukankah ajal maut, rezeki dan jodoh pertemuan itu ditentukan Allah.

Seandainya kita telah berusaha dan berdoa tapi belum berjaya,jangan putus asa.

Eco Kid Adventure on Facebook