Jumaat, 5 Februari 2010

kita tak serupa

adakah kita masih ingat
bila kita mula jatuh cinta
RAKAN SEJIWA.
mempunyai minat yang sama
merupakan ' setengah ' dari diri kita.
SEMUANYA BERLALU DENGAN
PENUH HARAPAN
tiba2
KITA TIDAK SERUPA
kita berbeza
pengalaman.nilai.keinginan.kepercayaan.latarbekang
TIMBUL PERTANYAAN
boleh aku hidup dengan berbezaan tersebut.
kita tidak sepadan.
PROSES SETERUSNYA
kita mulakan dengan mengenal kemahuan diri.
siapa kita.
apakah bentuk kekuatan dan kelemahan kita
APAKAH YANG KITA MAHUKAN
DALAM DIRI ORANG LAIN
apakah kelakuan dan kepercayaan yang kita
mahukan dalam diri orang lain.
apakah
NILAI + KEPERCAYAAN
kita sama.
nilai akan memandu kita kerana disinilah terletaknya
taksiran mengenai kejujuran.keselamatan.kasihsayang
kelucuan.pengajaran.keseronokan.keikhlasan.kesetian.
nilai juga dikaitkan dengan
latarbelakang keluarga
semua aspek akan membentuk kepercayaan.
AKHIRNYA
kita memang berbeza
persoalan seterusnya
bagaimana kita menyelesaikan perbezaan tersebut.
DARI JINGGO
ini adalah persoalan
dimana dan bagaimana kita menyelesaikan
perbedaan tersebut.
DALAM KONTEKS KITA.
melayu dan etika budaya.
perempuan selalu membiarkan
PERBEZAAN TERSEBUT DENGAN.
diam.
BERTAHUN.
demi mempertahan institusi rumahtangga
lelaki menyelesaikan perbedaan dengan
mencari persamaan diluar.
DARI ITU
jangan membuat penghakiman
terlalu awal yang
KITA SERUPA
kerana nilai + kepercayaan
bukan persoalan mudah.

20 ulasan:

Ruby berkata...

Salam cgu...

n3 yang menarik dan penuh nilai utk difikirkan...

"DALAM KONTEKS KITA.
melayu dan etika budaya.
perempuan selalu membiarkan
PERBEZAAN TERSEBUT DENGAN.
diam.
BERTAHUN.
demi mempertahan institusi rumahtangga
lelaki menyelesaikan perbedaan dengan
mencari persamaan diluar"

tidak semua keadaan ianya begitu tetapi kebanyakkannya berlaku sebagaimana yang diperkatakan...

melalui pengalaman, perempuan akan cuba mempertahankan apa yang dimiliki cuma kadang2 silap cara dan salah pilih jalan... kenapa? kerana kurang ilmu dan kurang tahu... dan pasangan lebih suka melihat dan membiarkan... bila tak jumpa titik persamaan... berpisah jalan penyelesaian...

sekadar satu perkongsian...

Syd berkata...

Dalam satu kertas putih, ada satu titik hitam. Mata kerap kali tertancap pada titik hitam itu. Terlupa kawasan putih yang sebesar besarnya itu.

Dalam hidup ada tujuan, di sini, alam dunia dan alam akhirat.
Muslim, dibekalkan satu sistem nilai yang sama. Kadang ada yang terlupa, bahagianya di sana bermula dengan usaha di sini.

Pembuktian cinta yang memerlukan kebolehan menerima dan memberi ilmu baru setiap detik waktu. Kerana manusia ini sifatnya dinamik dan tidak statik.

Soalnya, berapa cepat kita mahu belajar, dan berapa sudi kita menerima ilmu baru?

Masa selahzah, tidak akan berulang lagi dalam mana mana dunia, bermandi air mata darah sekalipun tidak akan membawa kita untuk kembali ke masa selahzah yang telah di tinggal pergi.

Aku sayang kamu, bawa lah aku meniti syurga dunia dan kekalkan aku sebagai cinta mu di akhirat kelak. Jangan sia sia cinta ini. Dan jangan buat aku tersia di sana kerana cinta.

Amin ya allah. Dan jiwa ini menangis, kerana dia tidak bisa nampak apa yang aku nampak....

p.s. posting panjang :) kenapalah saya tak leh post panjang mcm ni dalam blog sendiri.. dlm blog orang terpancar aje idea.. huhu.. sorry

ONE ZABA berkata...

kita tak kan serupa. kalau serupa, payah la nak balik rumah.

blueCITY® berkata...

salam

jelas sekali
kita memang berbeza...

so,
biarlah saya berdiam sahaja
lalalala

zai berkata...

bila dah berkawin..jangan fikirkan tentang jurang perbezaan dari segi pendapat, citarasa dll tetapi berusahalah utk mencari persamaan dan suai padankanlah agar ia menjadi RUMAHKU SYURGAKU..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

berbeza?? hee.. colourfull ja sama.. diam ada baiknya..

Mak Su berkata...

jatuh cinta sgt mudah, mengekalkan cinta memerlukan kerjasama dari kedua2 belah pihak, kerjasama yang berterusan dan ikhlas :)

- jinggo - berkata...

ruby
cinta lelaki dan perempuan lain....
tertutama dalam bab ketidaksempurnaan.
lelaki macam yg saya kongsikan.
memnyalin ketidak sempurnaan di tempat lain....
ruang media maya diantaranya.
tidak untuk pompuan - kalau ada : ada persoalan lain

- jinggo - berkata...

syaidah
bila orang kata soal sejkufu
inilah persoalannya.
engggang sama enggang
ada persoalan lain yg kita kena tahu.
nilai dan kepercayaan yang lahir dari kesemua sistem tu.

jangan abaikan titik tu.
kita berbeza.
saya makan budu
kamu makan tempoyak......ha...

- jinggo - berkata...

cgu one
kita masih ada yg serupa.....ha

- jinggo - berkata...

cgu one
kita masih ada yg serupa.....ha

- jinggo - berkata...

blue
setelah berhari kita mengorat
hari ini
kita memang berbeza.....
kita diam ajalah.

saya orang kedah
kamu orang terengganu.....
he...
saya makan ikan
kamu makan ikang

macam ye2 aja

- jinggo - berkata...

kak zai
itulah wanita melayu.
sedayanya mencari persamaan..
perbezaan memang akan ada.

- jinggo - berkata...

maiza
bahasa sama
resepi sama
warna warni sama.....
kita berebeza juga
hanya putih
saya hitam.......
ada lagi satu...
hang anak orang kaya
saya duduk rumah dangau aja...

kita berbeza.

- jinggo - berkata...

mak su
tahniah kerana berjaya mencari titik persamaan dalam perkahwinan

Pn Kartini berkata...

Salam..Mr Jinggo..:)
dalam persamaan..pasti ada jua perbezaannya..Namun andai ia dijadikn alasan membina jurang..maka berjauhan hatilah jadinya..
Maka..wajar utk kita menghormati perbezaan itu..dan menerima seadanya..

zaijb berkata...

salam cgu jinggo...

setiap orang ada pendapatnya tersendiri... mengapa begitu dan begini pasti ada sebabnya... dan saya sgt2 menghargai jika seseorang itu menghormati pendapat org lain... walaupun saya tahu ia sekadar utk menjaga hati...

tapi dalam byk perkara ada sesuatu yg sensitif yg tidak perlu dipertengahkan... kenapa???.. kerana saya percaya presepsi seseorg pd seseorg yg lain... adalah berbeza...
bila timbul sesuatu permasalahan lain... hati ini pasti juga akan tercuit sama...

cgu tak semua org ada persamaan... TETAPI kerana ada perbezaan lahh sebenarnya membuatkan kita lebih menarik dan tertarik... dan juga membuatkan kita rasa ingin lebih tahu...

utk mencapai kesefahaman ia memerlukan masa dan kesabaran... kenapa perlu melihat negative... sedangkan yg baik2 kita membiarkan begitu saja...

yg pasti kita bukannya sempurna....
bertolak ansur akan menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang.... he..

Syd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
feeza berkata...

seringkali kita hanya mahu persamaan utk mencari titik keselesaan. Perbezaan itu adalah kata kunci persefahaman. Mengapa kita dijadikan berpasangan, lelaki dan perempuan saling memerlukan? Mengapa beza jantina afdhal utk berkahwin? Mengapa hijrah disaran Rasulullah? Apakah hikmahnya?? Mengapa kita disarankan berkahwin berserta dengan seluruh keluarga pasangan?? Bukankah terlalu berbeda..payah utk diramahi..biar sampai mati tiada persefahaman, yang hidup akan kenangi kembali..persefahaman yang telah dicapai..jika hujan panas melanda rumahtangga..bukan persefahaman yg hilang, tapi hati terlalu ego utk terima..yang tak akan faham..anak2 mangsa keadaan..hati terlalu sayu utk menyatakan..aku masih cinta padamu..apa yang berbeza??? cinta itu tidak dibelai setiap hari..kata2 tidak cukup. Tunjukkan cinta itu..rasainya hingga meresap ke sum sum tulang..Nabi kata..pegang tangan isteri/suami ketika berjalan2 atau di rumah..berpeluk setiap hari..bermanja setiap hari..dia teman seumur hidup..kasih sayang dan cinta akan membuatkan perbezaan itu difahami..diterima..Ya Allah pelihara jodoh ku bersama suami tercinta. Amin.

Eco Kid Adventure on Facebook