Sabtu, 27 Februari 2010

KESANNYA....

MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.
Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.

Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan kesan buruk yang muncul bersama teknologi terkini itu.
Facebook ibarat pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan, ia juga mempunyai keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan murid-murid sekolah yang masih mentah serta dangkal fikirannya.
JINGGO DAN FACEBOOK
ibarat pisau yang mempunyai 2 mata.
kajian sudah banyak dibuat
fakta sudah banyak dikeluarkan
KITA PERTIMBANGAKAN BAGAIMANA
ini merupakan satu lagi laman sosial
yang meninggalkan impak
positif dan negetif
PENGALAMAN SAYA
kita menulis berdasarkan apa yg ada dalam minda semasa kita
emosi kita dibaca
emosi kita dipertontonkan.
emosi kita dipersembangkan.
PENGALAMAN SAYA
bukan tidak ada
yang bisnes bertambah kaya diruang ini
yang berkahwin bertemunya diruang ini
yang berkahwin lagi satu bertemu diruang ini
YANG BERCERAI LAKI BINI
juga disebabkan ruang ini.
YANG MASUK LOKAP
juga diruang ini
PADA SAYA
saya semakin dikenali
berasaskan niat untuk melebarkan
ruang untuk membudayakan ilmu
sebagai asas fikir.
berjumpa kenalan yang dulu
pernah bersama.
DAN YANG PALING PENTING
saya pernah jauhkan diri dari famili
seketika dalam proses untuk menjadi orang
facebook telah memulakan kami bertaut kembali
sebagai satu famili.
ITU KESANNYA DAN HASILNYA
semuanya pada kita
kita yang catur
tapi hati2
emosi kita dipertontonkan.
nilai dan sikap kita ditafsir.

12 ulasan:

ari berkata...

Teringat kata2 motivator dlm siri "semanis kurma" TV9.... yg penting MALU itu ada...
....Kalau tak da MALU...FB jd medan meluahkan rasa... habis pekung dibuka...

Semoga jari TIADA DAYA menaip emosi utk membuka aib org... InsyaAllah aib kita terjaga....

- jinggo - berkata...

ari
menarik pandangan tu
malu...sebab ada yg dah hilang malu
habis mahu dihebahkan....

ONE ZABA berkata...

kalau digunakan cara nagetif....maka jadinya pasti yang buruk.

kalau digunakan cara positif maka baik la jadinya.

tapi kekadang positif jadi nagetif yang bahyanya.

- jinggo - berkata...

cguone
jom kita meriahkan dalam bab positif ni....
kalau ada yg negetif.....abaikan

Abd Razak berkata...

Salam..

Andaikata ianya lebih byk kepada perkara yg memberi jalan keburukan walaupun ada terdapat yg baik, maka sebaik-baiknya kita tinggalkan agar ianya tidak meracunkan fikiran kita.

- jinggo - berkata...

enrazak
terima kasih kerana pandangan
kerana saya yakin pada niat dan asas kita disini..
maka mana yg tidak sempurna akan diabaikan

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

FB menyatukan silaturahim.. tapi ada juga -ve nya.. ambil yg baik saja.. buat yg baik, yg penting jng mngaibkan org.. jg maruah diri.. dari situ mungkin orang boleh baca siapa kita....

roha berkata...

Salam.
Nawaitu tu penting. Kalau niat baik, baik la jadinya. Kalau sebaliknya..........fikirkanlah.

blueCITY® berkata...

salam jinggo...

saya tak pernah ada fb
walau awak suruh saya daftar byk kali
heeeeeeeeeee

- jinggo - berkata...

maiza
itu yg sebaik dan terbaik.
berbaik sangka dengan semua orang kerana - kita berpeluang untuk memilih kan....

- jinggo - berkata...

cgu roha
semua dikaitkan dengan pilihan..
kita yang memilih.....

- jinggo - berkata...

blue
jangan daftar.....
jangan daftar.....

Eco Kid Adventure on Facebook