Jumaat, 12 September 2008

mak vs ayah

cerita hari ini : awal lagi aku bangun untuk ke UM ( lagi ) - dan biasanya aku memilih untuk naik komuter dari rawang ke KL ( ada 2 sebab : satu boleh baca surat khabar dua - boleh tidur )..selalunya aku akan menhabiskan bacaan ( SINAR TERUTAMANYA - dikatakan lebih BENAR !!! ).Ada cerita yang aku nak kongsikan.

Satu pasal AC MIZAL VS BINI LAMA - aku pada awal dulu memang tidak berapa selesa dengan cara AC ni.tapi itu dulu kut , tapi dalam kes ( dalam sinar ) aku setuju 100 %...buat apa gaduh2 - anak2 sedang membesar....( itu yang aku setuju ).

Mungkin pengalaman bekerja dengan anak2 yang menjadi mangsa pada keadaan ( tentunya diorang pun tak pinta ) - ada 2 keadaan. Ada yang memberontak menjadi pelajar yang sekolah di ketegorikah ' hampeh'..( bersama mereka aku tahu mereka tidak begitu ). SMK BUKIT INDAH AMPANG - rata2nya orang cukup hebat.duit bukan persoalan kepada mereka.ayah vs mak tidak pernah abaikan persoalan itu. dimana silapnya cerita mereka. Kesan kepada mereka bergantung kepada PENDEKATAN ayah vs mak. Sebab aku pernah jumpa yang semuanya ok.Sebab mak vs ayah tidak menjadi TAKDIR mereka sebagai IMPAK kepada anak2. Kesannya akan bermula bila ( mak terutamanya ) mencari RAKAN CERITA untuk memburukkan ayah. Dan ayah akan di letakkan di tempat yang paling TERUK. Ayah lelaki yang begitu dan begini. Kebencian mak menular pada anak.( teringat peperangan Shela Majid vs Roslan Aziz ). Untuk mak vs ayah - hentikan provokasi. Anak2 membesar dan membuat tafsiran sendiri. Jangan calarkan hidup mereka dengan KEBEBALAN yang mungkin kita sendiri pun tak tahu betul @ salah. Apa yang berlaku telah pun berlaku. Dunia tidak akan berhenti hanya disebabkan persengketaan ini. Sekali lagi - hidup kita adalah pilihan kita

4 ulasan:

Tirana berkata...

Penceraian biasanya membawa kesan negatif kepada anak-anak jika ex wife vs ex husband tidak menangani masalah mereka dengan baik. Masalah di antara mereka berdua tidak seharusnya di involve kan sekali anak-anak lebih-lebih lagi kalau anak-anak itu masih di peringkat bawah umur. Samada ayah atau ibu tidak boleh meracuni fikiran anak-anak tersebut sehingga menimbulkan kebencian di hati mereka kepada salah seorang samada ibu atau bapa. Dalam hal anak-anak ini sepatutnya mereka bawa kepada perbincangan yang baik dan bertolak ansur bukan bergaduh.. Pergaduhan hanya akan mengelirukan anak-anak mereka. Lebih buruk jika anak-anak menganggap penceraian di antara ibu dan ayah adalah disebabkan oleh mereka.Ini tidak baik untuk perkembangan emosi bagi anak-anak yang sedang membesar.

Harun ( jinggo ) berkata...

terima kasih kerana memberi respon tirana.sebab itulah sebahagian apa yang saya jumpa.tengok.apa yang mampu menjadikan manusia REDHA dengan apa yang berlaku...IMAN.

sonata anak kancil berkata...

Itulah yang saya selalu juga hadapi di sekolah. Macam saya pernah kata sebagai pendengar setia, tidak menyebelahi mana2. Anak perlu dibantu.Saya sentiasa lihat ini sebagai iktibar/teladan untuk diri sendiri.

Srikandi Jiwa berkata...

Tidak perlu rebut. Teruskan menafkahi ank. Masa kan terus berjalan, anak2 akn tahu membuat pilihan. Kita masih pya Tuhan. Ank2 hanyalah harta yg diamanahkan. 😊

Eco Kid Adventure on Facebook