Sabtu, 20 September 2008

hari ini masuk hutan

Hari cuti - hari nak lari dari PANAS - masuk HUTAN - ke KEM. Ini bukan sekadar promosi ( sekadar pemberitahuan : kepada kawan2 yang singgah ke sini @ blogers2 nak buat aktiviti - datang kesini ) . terutamanya cgu - ini satu media yang terbaik untuk kita kongsi2 kan. cgu ( dari luar daerah ) kalau melawat KL tak tahu nak kemana ( tidoq terutamanya ) datanglah. Ok yang di atas. banggunan utama. yang dah di jadikan asrama. rumah lama - kepada budak pekan - rasa macam balik rumah tok wan.keliling pokok ( manggis , durian , langsat - baru habis musim : kalau musim berbuah - jenuh.seronok tengok budak panjat pokok mangih ( bahasa tok wan ). Ni rumah rehat ( dulu ) Tan Sri Majid Ismail - dah lama tak guna. jadi kami pun bercerita itu dan ini jadilah Pusat Pendidikan. Dah lama buka 1997 hingga sekarang. Dengar cerita Sukarno pernah duduk kat rumah ni ( masa tu rumah ni bukannya disini ) Tan Sri beli dan pindah ke sini.

Ini dalam banggunan rumah tadi - ada ruang besar - untuk jimat kos - tak ada katil.cuma bagi ' toto ' ( macam balik kampung ) - ada 3 bilik yang besar - dan bilik air ada 2 kat dalam. ini bilik budak2 ( peserta ) .bayangkan macamana dia orang tido.fun.dengan beg.cerita.riuh.
teringat mak pak kat kampung.

Dewan serbaguna - macam2 boleh buat - solat , ceramah , dan apa2 lagi... ni gambar di ambil dari laman web sk taman jasmin.

Sekitar kawasan kem adalah hutan.Dan 45 minit berjalan ni dia. Air terjun Sg Pisang... ada pacat....satu persekitaran yang tidak ada duanya.

Sungai ( merangkap bilik air ) - depan kem.betul2 depan kem - gambar di ambil dari atas jambatan diantara jalan dan kem....tak dalam senang nak jaga ' budak ' .

Makan bersila ( dan makan pakai tangan ) - macam balik rumah tok wan.budak2 sekarang mana reti duduk macam ni...


dan seterusnya : dengan kemudahan yang ada kita harapkan ini ruang yang terbaik untuk kita kongsi2 kan - Matlamatnya mudah : setiap orang yang potensi yang sama untuk naik ke atas. yang membezakan adalah KEMAHIRAN untuk naik ke atas. Jadi ini bukan sekadar promosi biasa......dan saya ( secara peribadi ) menjadi kan ruang disini untuk memenuhi kepuasan diri ( mendidik ) + dan terasnya ada ILMU. Dan begitulah ceritanya yang mahu di kongsi.....ni masih di kem..... sapa2 nak datang ( sekolah , ipt , famili ) call. kena booking - biasanya beroperasi sepanjang tahun kecuali bulan posa....berminat nanti saya bagi nombor


12 ulasan:

azza_irah berkata...

bro jinggo..
begini lah juga kerja abg sy..
salu ikut dia merata camping, redah hutan, turun ke laut, cycling n sgala outdoor actvty..terasa minda teruji dan teruja...


..impian.. utk ada satu camp site dan satu kedai utk sgala aktiviti luar..

jinggo berkata...

saya taklah meredah hutan, camping sana sini..saya kat sini aja.sebab saya bukan orang ' out door '- minat saya dalam bidang akademik.sebab tu kem tu memang di buat berdasarkan minat saya. Dan saya pun cenderong nak suruh orang baca buku apa yang saya baca. senang2 cgu mai kl singgah - ajak suami kita kongsi macam2 nanti.mengenai impian suami - tahniah.nampak senang tapi tak mudah

jinggo berkata...

dan lagi cgu azza. kalau cgu bawa kanak2 istemewa ke KL ( menginap di kem saya - saya bagi free ) sebab saya pernah buat kerja sukarelawan kat rumah sinarharapan kat cheras dulu.hanya tuhan yang boleh memberi segala kerahmatan kepada umatNya yang diberi kesabaran untuk bersama anak2 istemewa ni.

Tirana berkata...

Kadang-kadang hutan tu menjana minda.. Teringat saya kecik-kecik dulu, bila nak menulis selalu masuk dalam hutan belakang rumah mencari idea. Suasana hijau dan tenang, cepat aje idea datang..hehehe

jinggo berkata...

puan tirana - nanti suatu hari nak jemput datang TALK kan kem saya ok. sebab saya percaya kepada penghakiman pertama saya. boleh kan...

Tirana berkata...

InsyaAllah kalau kena masa dan ketikanya..sekadar pergi tengok dan melawat..tentu boleh. Tapi kalau nak jemput bagi TALK, seumur hidup saya tak pernah lagi cuma bagi TALK pada suami dan anak-anak aje..hehehe

Tirana berkata...

Jinggo, saya tak ada kelulusan dalam bidang bagi training dan talk in public.. Masa di UNI dulu, bidang saya ialah Science Chemistry..dealing dengan bahan-bahab kimia..hehehe..tapi saya minat membaca dan menulis. Saya menulis mengikut kefahaman saya yang diperolehi dari pembacaan dan jugak kadang-kadang melalui perbincangan dengan kawan-kawan.. Saya bukan motivator sebaliknya surirumah sepenuh masa. Pasal surirumah ni saya ada satu cerita tentang anak saya..cikgu sekolah dia suruh isi borang kemas kini..sampai kat part pekerjaan ibu..tau dia tulis apa... HOUSEKEEPER instead of HOUSEWIFE..hehehe..Bertuah sungguh dia..

azza_irah berkata...

bro jinggo..
alhamdulillah..
dimudahkan jalan sy..dimurahkan rezki kanak2 ini..

mmg ada plan ke KL tahun depan. insya allah, jika mmg ini rezki kami..sy akan hubungi cikgu..

sy n suami mmg salu ke KL mencari alatan outdoor..jg utk shopping(hikss..ni sy je..huby tak tmasuk).
jika berpeluang insyaallah kami akan smpai ke sana..

nampak senang tapi tak mudah..
benar...perlu perancangan yg cukup teliti...usaha dan doa mg impian kami akan jd kenyataan satu ari nnti..

jinggo berkata...

dah tengahmalam - terima kasih puan tirana. saya sendiri bukan dalam bidang training dulu. saya dalam bidang environment. tapi mungkin gift agaknya. suka bercakap + berbaca + bersosial = ambil risiko buat training + bisnes.menjadi pulak....he...

jinggo berkata...

dan cgu azza.terima kasih.kejap lagi saya akan jenguk blog cgu. mengenai training + bisnes = memang tidak mudah. sebab perniagaan melibatkan ( produk + orang )- skill kena kuasai.bercakap soal impian - tahniah.tahniah dan seterusnya tahniah.

jinggo berkata...

dah tengahmalam - terima kasih puan tirana. saya sendiri bukan dalam bidang training dulu. saya dalam bidang environment. tapi mungkin gift agaknya. suka bercakap + berbaca + bersosial = ambil risiko buat training + bisnes.menjadi pulak....he...

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Saya nak cuba pendekatan eco pada hard core student di sekolah saya.

Minta cikgu tinggalkan emel di secangkir kopi.
Terima kasih!

Eco Kid Adventure on Facebook