Rabu, 10 September 2008

lelaki menjual belon

pagi ini masih di UM.ada beberapa2 perkara yang menjadi cerita untuk seterusnya..semalam dapat call daripada seorang pelatih...bro kenapa tidak gunakan ruang ini untuk kongsikan cerita yang pernah kita kongsikan dulu.......selepas ini untuk seterusnya bro akan gunakan ruang ini untuk kita kongsikan bagaimana untuk NAIK keatas....

ok cerita 1 - tentang seorang lelaki yang kerja nya menjual belon.itu sumber pendapatan yang membolehkan lelaki itu menyarakan keluarga.satu kebiasan lelaki ini , ia akan melepaskan belon naik ke atas pada setiap petang. Ini untuk menarik perhatian ramai. Kebiasan lelaki ini menarik perhatian se orang budak lelaki , lalu ia pun bertanya :

Pak Cik setiap hari saya perhatikan pak cik lepaskan belon , tapi tidak pernah melepaskan belon yang berwarna hitam. Adakah belon warna hitam tidak akan naik keatas...

Lelaki itu menjawab : Yang menaikkan belon bukan warnanya , tapi isi dalam belon...

PENGAJARAN : Yang menjadi kita HEBAT bukan di sebabkan oleh siapa kita.keturunan.kaya miskin.cantik lawa.Setiap kita ada POTENSI untuk naik ke atas. Yang membedakan kita adalah KEINGINAN ( NAK TAK NAK ) untuk naik keatas- dan semua ber akar dari SIKAP yang akan mencetus segalanya. SIKAP yang datang dari persekitaran ( 70 % ) , pengalaman ( 20 % ) pendidikan ( 10 % ).Untuk itu untuk NAIK keatas.....UBAH

PEMIKIRAN ( KELAZIMAN) AKAN MEMBENTUK BUDAYA

BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT

TABIATKAN AKAN MEMBENTUK SIKAP

SIKAP AKAN MEMBENTUK TAKDIR KITA......

3 ulasan:

Tirana berkata...

Cerita ringkas tapi membawa pengertian yang cukup mendalam..thanks for sharing.

P/S Saya izinkan En. Harun mengambil apa-apa saja yang dirasakan sesuai untuk tujuan pendidikan dari blog saya, insyaAllah..yang baik kita kongsi dengan semua orang..kerana ilmu itu adalah milik Allah.

Puteri Ezza berkata...

Assalamu'alaikum Encik Harun.

Wah, tak sangka pula saya boleh terjumpa motivator kat alam siber ni. Salam perkenalan ya. Bagus blog ini. Banyak info berguna.

Harun ( jinggo ) berkata...

terima kasih kerana sokongan : semuga hari2 seterusnya kita diberkatiNya...

Eco Kid Adventure on Facebook