Jumaat, 26 September 2008

sekadar teguran : motivasi pagi....

Hari ini - jumaat.masih di UM.lama tunggu ( bro & sis ) datang : sebagaimana di janjikan kita akan berjumpa 8 pagi ( untuk bagi duit raya....he....bukan sekadar duit raya - terima kasih kerana tolong semasa Program Alam Sekitar ). Tapi inilah orang muda ( terutamanya dalam duduk di IPT & IPS - bro fokuskan )...sebelum bro minta maaf menulis secara terbuka. sebab bro tahu ada yang akan baca ( dan orang lain akan baca )

Kalian diantara bijak pandai Melayu yang bro suka dan senang. Selain dari IQ kalian yang tersedia untuk di canaikan , kemampuan kalian untuk bersama2 melihat pembanggunan insan sekeliling di iringkan ( sebab rata-ratanya aktivis pelajar ). Tapi ini kali berapa bro menunggu.menunggu dan terus menunggu.

Kalau kalian membaca tulisan ini ( BUKA SINAR HARI INI - IJAZAH BUKAN JAMINAN KEJAYAAN HIDUP ). Ini satu pandangan dan mungkin teguran yang PALING serius yang bro mahu kongsikan. Kalian akan gagal meletakkan diri sebaik mungkin ( di luar kampus ) - ulang semula LUAR KAMPUS. Dikampus dunianya berbeza - dunia luar tidak menilai IQ kalian 100 %.Ada sudut lain yang dilihat terutamanya pembinaan SOFT SKILL kalian ( yang teruk - maaf ).

Berani Bro katakan : PENGURUSAN DIRI kalian terlalu dangkal ( adakah sistem yang berakar selama ini menjadikan kalian begitu - mungkin ). Sistem yang meletakkan A di atas segalanya. Urusan PENGURUSAN DIRI pandai2lah cari ( dimana nak di cari - kalau tidak ada keinginan ).Bersama kalian bro - selalu MAKAN HATI ( terus terang - tapi biasanya semuanya bro maafkan )- TDK TAHU MENGURUS MASA,TIDAK BERMOTIVASI , KOMUNIKASI YANG LEMAH , KURANG SEMANGAT KERJA BERPASUKAN , KEPIMPINAN DIRI LEMAH , SOMBONG , SIBUK DENGAN SMS , PENAMPILAN DIRI TDK BERTEMPAT ( bukan semua )...kurang membaca.

Kata cgu sharifah ( rakan bloggers ) mereka TAK TAHU.ok tak tahu , sebab tidak di beri tahu , dan mungkin tak tahu kenapa perlu perubahan tersebut.Bila akan tahu !!!!Bro ulang sekali lagi : Dunia luar tidak menilai IJAZAH kalian. Dunia luar cabarannya berbeza - dan raya2 bro minta maaf - sampai sekarang 9 pagi. Semuanya masih tak bangun ( satu lagi SUSAH NAK BANGUN PAGI )...Dan Bro mesti tunggu,tunggu.dan tunggu.

Akhirnya : apa tindakan kita - tepuk dada tanya selera. Ruang terbuka untuk mencari peluang untuk meningkatkan diri.NAK TAK NAK....

6 ulasan:

Tirana berkata...

Sistem pendidikan kita meletakkah IQ di tempat yang teratas walhal sepatutnya EQ dan SQ patut diutamakan. IQ saja tidak cukup untuk menjamin jiwa yang tenang dan rasa bahagia..berapa ramai orang yang tinggi IQ terlibat dengan dadah dan gejala-gejala lain yang negatif..tapi ada orang yang tidak berapa tinggi IQ nya mampu hidup bahagia dan aman damai tanpa perlu mengambil pil tidur dan pil stress..

P/S nak suggest pada jinggo supaya buat e-group..mungkin boleh guna domain yahoo sebagai medium. Dalam e-group, mungkin agak mudah sikit nak berbincang...

jinggo berkata...

itulah apa yang kita ada - satu sistem yang telah berakar umbi yang menjadi kadang2 kita tak tahu apa nak jadi dengan BANGSA kita - apa yang nak di ubah !! Saya kadang2 lemas & rimas dengan apa yang ada - akhirnya buat sekadar apa yang mampu di buat

P/S berkenaan dengan e-groupg - saya bukan orang IT - masa study fokus banyak pada bio - memang terkehel nak guna IT ni : tapi sekadar apa yang ada ini pun cukup menarik untuk di bincang..nanti tanya budak2 IT.

Tirana berkata...

Kita buat sekadar yang termampu..bagi motivasi..bagi kesedaran..bagi tunjuk ajar mengikut cara dan kaedah kita dengan harapan kita mampu mengubah sedikit walaupun tak banyak. For totally change, saya rasa kena ubah sistem tapi of course kita tak mampu kerana siapa lah kita..Ia di luar kawalan kita. Beri kesedaran dan sebarkan ilmu di kalangan anak-anak, ibubapa dan masyarakat..itu saja yang mampu kita lakukan setakat ini walaupun tidak dijamin keadaan boleh berubah but it's better than nothing.Jinggo sudah ada wadah untuk berjuang so gunakan peluang itu sebaik mungkin..jangan ditengok pada hasilnya kerana kita tidak akan disoal tentang itu sebaliknya kita akan disoal samada kita melakukannya atau pun tidak.

jinggo berkata...

saya suka dengan ( jangan ditengok pada hasil - itu tidak akan di soal ). terima kasih.saya mulanya percaya kepada penukaran sistem ( tapi siapalah kita ) - tapi akhirnya : penat.saya mula percaya apa yang saya lakukan sekarang - walaupun impak sedikit , diharapkan ianya mampu direbakkan ( masa tu kita pun dah tak ada kut ) insyallah.saya sedang bekerja ke arah itu.

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Think big, work in small scale.

Membentuk anak-anak yang "streetwise" memerlukan keterbukaan dari banyak pihak, satu darinya ialah diri kita sendiri!

Dan follow up...mana dia? KIta ada sistem pendidikan (bukan sistem pelajaran) tapi tiada maintainance dan follow up.

Akhirnya yang ada di tangan kita ialah pelajar yang tak pernah belajar - Z tapi hanya tahu "A".

Sekarang, semua orang pandai bercakap dengan semangat berkobar-kobar...tapi "lu fikir sendirilah.."

jinggo berkata...

nak jawab cgu sharifah : itu komen ke pendapat - berdasarkan apa yang ada hari ini - kita mungkin hanya boleh bersemangat aja kut.harap2 semangat itu mampu di impakkan pada tindakan seterusnya.saya tidak tahu orang lain , pada saya. media telah di sediakan pada saya untuk saya lunasi...

Eco Kid Adventure on Facebook