Isnin, 22 September 2008

saja nak kongsi....


Ada yang nak di kongsikan? – seronok nak pekenalkan 2 CD baru aku beli ( kawan kata bagus ) – ACKER BILK ( reflections ) + MAKSIM ( variation park 1 & 2 ) …malam (tadi) lepak terus dengan CD tu. Lagu2 macam ni.- air on g string – autum in my heart – river ( enya ) – dan seterusnya lagu2 ‘ classical ‘ yang ‘ low beat ‘ ni…..dan tidak lupa lagu ‘the lonely shephard’ yang tentunya boleh membuat kita TERBANG keluar. Dan semuanya lagu2 begini sudah mula melekat terus dalam pendengaran aku untuk seterusnya…apa kepentingan lagu2 begini…

Ini ada satu teori yang boleh kita kongsikan : bagaimana untuk menjadikan segala KEMAHUAN + IMPIAN menjadi REALITI ( bagus untuk sapa2 yang mahu NAIK KE ATAS ). Kita tentunya pernah dengar tengtang MINDA DI BAWAH SEDAR. ( minda kita ada 2 : minda sedar + minda di bawah sedar : Minda Sedar ( APA ) + MINDA DI BAWAH SEDAR ( BAGAIMANA ).

Semua ( bagaimana ) terdapat dalam MINDA DI BAWAH SEDAR. Ianya bergantung pada sejauhmana kita install KEMAHUAN kita. Masukkan semua keinginan kita. PERCAYA + DOMINAN adalah KUNCINYA.

Mari kita kita kongsikan : Pejamkan mata – bayangkan diri kita berada di depan peti sejuk. Kita membuka peti ais tersebut , kita melihat sebiji buah limau. Ia berwarna kuning, besar dan masam. Bayangkan kita menghulur tangan dan mengambil buah limau tersebut. Rasakan kesejukan dan tekstur buah limau tersebut. Sekarang, bawa keluar limau tersebut. Seterusnya potong limau tersebut dan lihat jusnya mengalir keluar. Ambil hirisan limau tersebut dan masukkan dalam mulut. Kunyah dan rasakan betapa masam limau tersebut….dan seterusnya buka mata.

Rasa semacamkan – itu KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR

Bagaimana nak gunakan. Ikut formula ini (aku dapat dari buku JACK COLLIS – YES YOU CAN ) – aku amalkan secara DOMINAN + PERCAYA – dan insyallah, apa yang berlaku ( sebahagian besar ) adalah keinginan aku sendiri.

Bagus untuk anak2 sekolah : mula ajar teori ini. Dan ada beberapa pendekatan yang mana kesemuanya dikaitkan dengan APA YANG KITA TANAM DALAM MINDA KITA.

PENDEKATAN PART 1 ( yang lain kemudian )
Nak gunakan teori ini.untuk mudahnya rendahkan dulu gelombang otak ( payah nak bagi tahu ). Guna muzik2 di atas – terutamanya air on g string – bila dah tenang ( MENURUT KAJIAN PAKAR : WAKTU TERBAIK ADALAH MASA NAK TIDUR DAN BANGUN TIDUR – dikala itu gelombang otak kita dalam bentuk alpa )

1 - tetapkan apa KEINGINAN kita ( pastikan sesuai + realistic )
2 - Bayangkan kita dah dapat ( MESTI )
3 - Pilih masa yang sesuai
4 - Bersantai dengan imiginasi…

Dan pastinya teori ini tidak akan berjaya jika kita TAK PERCAYA + DOMINAN. Tapi kena ingat : kuasa APA YANG KITA TANAM dalam MINDA DI BAWAH SEDAR….selamat mencuba !!!

4 ulasan:

azza_irah berkata...

bro jinggo..
salam..
satu ilmu baru utk sy..
juga menambah sedikit pengetahuan yang dah sedia ada..
terima kasih..

jinggo berkata...

tu ilmu yang praktikal : banyak yang boleh di kongsikan - semua impian boleh jadi kenyataan ...banyak perkara berlaku hari ini bersumberkan apa yang saya nak.....

Tirana berkata...

Dah pernah dengar tentang teori ni tapi belum pernah cuba..Setiap kali nak cuba..rasa macam tak yakin..Music dah ada...

jinggo berkata...

puan tirana ..teori ini semakin di terima pakai secara akademiknya. banyak hal dalam hidup kita di kuasai oleh apa yang kita fikirkan...tak yakin ! nanti kita sembang2 lagi untuk menyakinkan puan - terutamnya kepada anak2....

Eco Kid Adventure on Facebook