Khamis, 25 September 2008

sekadar untuk berkongsi...

raya semakin dekat : tak banyak cerita mengenai lelaki & raya - perempuan mungkin banyak yang di fikirkan - baju raya.kueh raya.langsir raya.kusyen raya.kad raya. fokus ( dalam blog ) pun rata2 cerita yang sama. raya.rasanya cerita lelaki sama sahaja - sediakan duit ( untuk dirayakan ) ,pecah duit raya , dan akhirnya zakat fitrah.rasanya itu aja kut 3 perkara besar...

ok sebagaimana di janjikan semalam : sekadar untuk di kongsikan cerita besar ( di tulis oleh orang besar dalam kajian )- cerita membina dan seterusnya mendidik anak2 di zaman SMS , MMS.Bukan mudah - sebagaimana kata GLEN DOMAN " setiap kanak2 , pada detik dilahirkan, mempunyai bakat yang lebih besar dari LEONARDO DA VINCI ".....tapi ianya tidak akan menjadi apa2 kalau anak2 tidak tahu yang mereka ' MEMBAWA PERBEZAAN KE DUNIA INI '. kenapa tu !

Anak2 harus di sedar - selalu bahawa mereka adalah orang penting.setiap geraklakunya adalah untuk menonjolkan kepentingannya. Kita mungkin jarang melihat keadaan itu. Anak2 perlu di jadikan penting - minda ( di bawah sedar ) harus di tanam dengan kata2yang menjurus kearah itu.....( SELALU DI KAMPUNG DULU : DENGAR KATA MACAM NI...ANAK TAK GUNA , SIAL dll ). Orang lain bercakap tidak sama dengan mak ayah bercakap (tanamkan dalam minda) - seterusnya anak2 itu akan membesar dan membentuk kepercayaan - aku memang tak suka.aku memang sial.......

Bab 1 - proses ' menanam ' dalam minda di bawah sedar akan menjadi impak pada hari2 seterusnya. untuk itu jadikan anak kita PENTING. - katakan padanya : SAYA MEMBAWA PERBEZAAN PADA DUNIA....kehadiran , suara, pandangan , emosinya harus di jadikan penting.mereka mahu di hargai..

Bab seterusnya ( kita akan kongsikan...)

9 ulasan:

Tirana berkata...

Tanamkan sesuatu yang berbentuk positif ke dalam minda anak-anak. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa dalam interaksi kita setiap hari dengan anak-anak, samada dari segi percakapan atau perbuatan, kita mempengaruhi cara minda mereka berfikir. Jika kita asyik tanamkan sesuatu yang negatif maka negatif lah yang anak-anak dapat.

Perasan atau tidak, dalam masyarakat kita..terlalu banyak perkataan "jangan"..jangan itu, jangan ini. Contohnya ketika anak baru-baru boleh berjalan, kemudian anak itu cuba panjat tangga..apa yang selalu ibu katakan..."jangan, nanti jatuh"..niat ibu baik..untuk mengelakkan anak dari jatuh tapi perkataan "jangan" itu merupakan sesuatu yang negatif..Macam mana kalau kita tukar kepada.."Hati-hati ye nak bila panjat tangga..supaya tak jatuh". Ada beza tak antara dua statement tersebut??

Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan..teruskan..

jinggo berkata...

gitullah pandangan ibu zaman blog ni...kalau di area sini ( PJ , Subang Jaya ) - parent beginilah yang cgu2 takut ( bijak )- tapi hak untuk mendidik bukan hak mutlak cgu.itu bezanya kita , dulu dan sekarang....mengenai statement jangan tadi tu : tutup mata : jangan bayangkan gajah berwarna pink : apakah yang kita nampak : tentu gaja yang berwarna pink.....fikir2kan...

Tirana berkata...

Sama jugak bila kita katakan pada anak.."pegang cawan tu elok-elok..karang tumpah pulak air tu"..visual yang ada dalam minda anak ialah air yang tumpah..macam magic..jap lagi memang tumpah air tu..hehehe.. Pengalaman saya sendiri..So why not ibu2 ubah sikit cara untuk beri instruction pada anak-anak..elakkan statement yang negative..tukar kepada yang positif..qeqsgj

jinggo berkata...

saya cadangkan begini : apa kata puan tirana - perkemaskan apa yang patut ( jadi penceramah ) dlm bidang ni.nak ubah ( sistem ) susah ( silap2 kedalam kita )- ubah menteliti hanya berkesan melalui pendidikan.

Tirana berkata...

Dulu masa di KB saya pernah conduct support group for mother. Peranan saya dalam group tu hanya sebagai pemudah cara. Pertemuan di antara ahli2 sebulan sekali. Sekali bertemu 3 jam, bincang tentang tentang keibubaan dan perkembangan anak-anak. Kami buat secara informal..buat secara perbincangan santai so yang hadir tak merasa tertekan sangat. Saya bukan pakar..sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang saya tahu dari pembacaan... Sikit-sikit hari lagi saya akan menulis tentang kemahiran keibubapaan dalam blog, insyaAllah sekiranNya ada kesempatan..

jinggo berkata...

saya tengok banyak mak2 yang begini memberi warna kepada sekolah - saya terlibat dengan JIM.rugi ( sebab blog terhadap ) sebab ilmu begini harus di sebarkan...dalam JIM ramai mak2 yang begini - memberi warna ke Sekolah Al-Amin...Mak2 yang ada kelayakan akademik ( tapi nak duduk rumah ) - masa terluang - bantu sekolah.saya tengok kat australia ( saya di perth dulu ) banyak macam tu. ada ketikanya mak2 masuk kelas ( yang pakar dalam tajuk2 tertentu )- impak nya berbeza.terlalu berbeza.

Tirana berkata...

Saya pernah cuba buat support group di kawasan yang saya tinggal sekarang tapi sambutan tidak menggalakkan.Mungkin diorang sibuk agaknya. Pernah cuba masuk ke sekolah rendah tempat anak2 saya belajar sekarang..sekadar beri bantuan apa yang patut.. Ada anak2 yang agak ketinggalan so offer untuk membantu sekadar yang saya terdaya tapi cikgu besar pulak tak berapa nak alu-alukan. Saya bukan minta gaji tapi nak membantu secara sukarela tapi cikgu besarnya lebih menghargai jika kita beri sumbangan dalam bentuk kewangan. Mungkin juga disebabkan saya tiada kelulusan di bidang pendidikan.. Masa di KB dulu saya ada student angkat..terdiri dari anak-anak yang kurang berkemampuan. Ibubapa di sana sangat2 menghargai usaha kita. Diorang tidak pernah tanya apa kelulusan saya..tapi diorang yakin utk menyerahkan anak pada saya untuk diajar dari segi akedemik.. Saya pulak bukan setakat ajar akedemik sebaliknya bagi semangat dan motivasi pada diorang...ajar diorang bina matlamat dan sebagainya.

jinggo berkata...

itulah yang saya alami ( di bukit beruntung ) akhirnya saya fed - up.masyarakat kita belum meletakkan golongan akademis di tempat yang betul - segalanya cgu di sekolah ( maaf , kadang2 kita tahu kuanlitinya ) - seluruh sistem begitu.dari atas sampai ke sekolah - begitulah keadaannya.tapi macam saya katakan tadi.akhirnya kita berjuang dalam lingkungan kita. sebab semuanya ada ada disini hari ini dikaitkan dengan menteliti ( maaf ).

Tirana berkata...

Kita buat sekadar yang kita termampu.. Kadang-kadang sesuatu tu di luar kawalan kita.. Nak mengamuk pun tak guna juga. Bagi saya..gunakan apa2 saja ruang yang boleh jika kita ada peluang. Tengok jugak kemampuan kita.. Jangan dibuat yang kita tak mampu..akhirnya kita pulak yang stress..hehehe..

Eco Kid Adventure on Facebook