Ahad, 3 Mei 2009

saya sedang belajar


Gagal lagi? Semua orang hendak berjaya tetapi malangnya mereka semua masih gagal kerana mereka sendiri yang mengamalkan langkah-langkah yang memastikan kegagalan.
Apakah amalan-amalan itu yang biasa dilakukan oleh kumpulan gagal?
1. Berada di dalam lingkungan orang gagal. 95% daripada orang yang kita bergaul adalah terdiri dari orang-orang yang gagal.Tandanya ialah orang sekeliling yang kita dampingi adalah mereka yang gagal. Dengarlah ucapan yang dituturkan oleh mereka. Apa yang anda dengar adalah hanya kritikan dan ucapan-ucapan seperti tak boleh, mana mungkin, payahlah ,aku dah buat, nampak tak boleh jalan, banyak orang dah gagal. Inilah ucapan yang sering anda dengar.Dari segi pencapaian mereka pula hanya biasa sahaja dan mereka ini sentiasa akan menasihatkan pada anda JANGAN BUAT, NANTI ANDA MENYESAL. Mereka seolah-olah ada kuasa untuk menentukan nasib anda. Anda sebenarnya berada di dalam lingkungan getaran tenaga emosi negatif yang terlalu kuat apabila anda berada dalam lingkungan mereka.
2.Anda berasa yang anda sudah pandai dan tahu segala-galanya.Apabila perkara ini berlaku maka anda mula berhenti untuk belajar. Ini bermakna anda cuba menghentikan peningkatan diri anda. Orang yang berlagak pandai ,hanya memiliki teori yang banyak di dalam minda dan fikirannya. Mereka tidak mampu melaksanakan dan mereka ini amat pantang kalau ada orang lain yang cuba memberikan cadangan pembaikan. Mereka rasa mereka serba tahu.
3.Anda bertanya sesuatu pada orang yang salah?Kalau anda tanya pada itik yang sedang berenang di sungai, maka itik akan jawab dalam sungai itu hanya pada paras dadanya. Anda pasti akan gagal jika bertanya pada orang yang bukan ahli dalam bidangnya. Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Awas! jika anda hendak berjaya, pastikan mereka ada pengalamn, autoriti, kebolehan dan kepakaran. Dengan bertanya pada mereka yang ahli dalam bidang masing-masing ,maka anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat.
4.Anda membuat keputusan berdasarkan pengalaman,emosi dan tanggapan anda sendiri. Apabila ada sahaja ada peluang yang muncul, anda sering hanya berfikir sendiri lalu membuat tanggapan berdasarkan pengalaman anda sahaja. Jika selama ini anda sering gagal maka ukuran keputusan sesuatu tindakan adalah berdasarkan apa yang anda percaya tentang kebolehan yang ada pada diri anda . Secara automatisnya adalah telah membina satu benteng penjara yang besar dalam diri anda. Semakin hari halangan ini semakin menebal dan anda benar-benar merasakan memang anda TIDAK MAMPU.
5.Anda fikir kejayaan begitu mudah dan dicapai dalam jangka masa pendek .Sudah berapa kali anda dengar pelbagai kejayaan yang telah dicipta oleh orang lain. Pada anda mereka mencapainya dengan begitu mudah dan selesa. Jadi anda pun cuba meniru seperti mereka. Dan apabila anda tidak mencapai seperti mereka maka anda pun membuat keputusan memang anda tidak mampu. Awas! kejayaan yang mereka cipta bukan dalam masa yang singkat. Kota Rom tidak dicipta dalam masa satu hari. Kejayaan adalah berkonsepkan TANGGA. Anda perlu mendaki dari satu anak tangga kepada satu anak tangga bagi capai kejayaan. Cepat atau lambat mendaki anak tangga berdasarkan pada siapa guru yang anda ikuti.
6.Anda hanya fikirkan kepentingan sendiri. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan apa yang aku akan dapat, berapa banyak yang aku dapat ,apa yang mesti aku dapat, apa yang perlu aku rebut tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Awas! tahukah anda orang yang berjaya kehidupan mereka hanya memikirkan memenuhi keperluan orang lain?. Mereka sering memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan barang keperluan yang orang ramai perlukan.
7.Anda mahu semuanya.Anda hanya tahu hendak sahaja tetapi sebenarnya anda tidak tahu dengan jelas dan praktikal apa sebenarnya anda hendak. AWas! pastikan apa yang anda hendak dengan jelas seperti saya hendak pendapatan RM10 000 sebulan , saya hendak berat badan saya 56kg. Anda juga perlu tahu AMBAK. AMBAK adalah singkatan dari Apa Manfaat Bagiku. Anda perlu tahu apa manfaat dan pentingnya sesuatu kehendak yang anda perlukan . Mengapa anda mesti dapat capai kehendak anda itu. Motivasi yang paling kuat adalah berdasarkan SEBAB. Sebab apa aku mesti dapat matlamat itu.Dengan mengetahui kepentingan tersebut ,ianya akan mendorong anda lebih kuat untuk berjaya.
8.Tabiat anda suka bertangguh. inilah virus yang paling hebat yang menjadikan anda seorang yang tewas. Awas! Anda perlu bersegera dalam melakukan tindakan. Pastikan Perkara yang utama(important) didahulukan tindakannya megikut ranking keperluan.9.Terlalu banyak perkara yang anda ingin buat sehingga hilang fokus.Kita terlalu ghairah untuk mencipta kejayaan sehingga kita hilang fokus pada sesuatu perkerjaan.
9. Anda hilang hubungan dengan Allah, Pencipta kejayaan hakiki. Sering kali anda lakukan sesuatu misi dengan menumpukan pada usaha anda. Anda lupa bahawa yang menganugerah kejayaan adalah Allah. Dek kerana ghairah mengejar kejayaan, anda lupa dosa pahala, halal haram .lupa dan lalai sembahyang, lupa dan lalai berdoa. Anda hanya fikir kejayaan itu adalah dari diri anda semata-mataKesimpulannya, jika anda masih mengamalkan teknik tersebut maka bersedialah untuk mencapai kegagalan.-

diambil dari :

kesimpulan dari Jinggo
UNTUK BERJAYA ADA ' HARGA ' YANG PERLU DIBAYAR.
berapa harga yang mampu kita tawarkan......

9 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

apa dan bagaimana harga yang patut kita beri dan terima untuk sebuah kejayaan mahupun kegagalan....pastinya mahal..kan?
sebab disebalik kejayaan ada kegagalan dan disebalik kegagalan wujud suatu kejayaan. pakej...mahal tu.

Brahimnyior berkata...

No. 8 tu bertepatan dengan sikap saya.

Tabiat anda suka bertangguh. inilah virus yang paling hebat yang menjadikan anda seorang yang tewas. Awas! Anda perlu bersegera dalam melakukan tindakan. Pastikan Perkara yang utama(important) didahulukan tindakannya megikut ranking keperluan.

Bang, saya nak ubah atitud ni. Saya tau ia tak baik, tapi saya kurang kekuatan untuk mengubahnya.

Saya akan ubah.. Itu tekad saya.

arryani berkata...

Kadang-kadang bukan tak nak tawarkan harga yang nak dibayar, tapi takut tak mampu nak lunasi harga tu.

Terima kasih. Saya minat ngan apa yang diperkatakan. Dan sesungguhnya, saya sentiasa menjadi org yg sedang belajar dan akan terus belajar lagi...

TQ again..

Izzati berkata...

1.analoginya mudah kalau kita hidup dlm kelompok org yg berbau busuk,lambat laun kita pun berbau busuk.
2.org yg brlagak pandai seolah2 menggali kubur utk diri semdri.org spt ni xkan brjya smpai bler2.
3.bertnya pd bkan ahli.analoginya mudah,nk pegi canada tp merujuk pada peta afrika.smpai bler2 pun xkan jumpa destinasinya.
4.fikir mudah.xde kejayaan dicapai tanpa pengorbanan n perjuangan.rezeki xkn dtg bergolek2 depan mata kita kalu tidak dicari.org fikr mudah,hasil kejenya pun cincai2 je lah.
5.selfish.bgai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing2,dtg kilat dia yg disambar petir trlbh dahulu..xkan brjaya seseorg itu jika dia brusaha utk kpentingn dri.krn kita hidup dlm masyrakat.
6.ttpkan matlamat..analogi,nk pegi melancong tp xde arah tuju xtau nk pi mane,xttpkan nk melancong ke mana.smpai bler pun xdpt pegi.
7.brtangguh.mbzir masa ibarat nk daki bukit tp bina benteng yg tinggi.xke bodoh???
8.jgn ego dgn allah..sape kita kalau xdiciptakan olh allah.org yg paling dekat allah adalah org yg paling berjaya bersulamkan usaha yg ikhlas n gigih.segala keje diniatkan krn allah.insyallah allah permudahkan usaha kita.

tu pdpt sy..kalau salah hrp maaf.

- jinggo - berkata...

cgu anis

tidak ada kejayaan yang datang percuma.
kesanggupan kita untuk membayar.
berapa harga yg cgu sanggup bayar !
saya telah membayar barangkali.
MAHAL
AMAT MAHAL....
tapi itulah harganya

- jinggo - berkata...

cgu yop..

itu bukan sikap kome aja
teman pun sama...
bil api sampe merah yop.
bukan tak ada duit
bertangguh.
duit rumah - tunggu bank call.
bertangguh.
apa lagi.....
bertangguh..........

- jinggo - berkata...

puan aryani

bezanya orang yg ada
harapan dan...
keinginan
harapan - sekadar berharap....
keinginan - tentunya ada harga yang kena disediakan - dan bayar.

kalau itu yg dimahukan
bayar !

- jinggo - berkata...

cgu izzati...
semuga menjadi seorang guru yg terbaik.......

terima kasih kerana semua komen yang amat bertepatan dengan karektor dan kapasiti izzati sebagai seorang ' bakal ' guru....

masuk kesekolah.
kongsikan dengan generasi akan datang.....

~ a m a ~ berkata...

2 faktor kegagalan yg utama :

1. anda tidak benar2 inginkan kejayaan tersebut.
2. anda tidak membayar 'harga' yg sepatutnya untuk mncapai sesebuah kjayaan..

renung2 kan.. :)

Eco Kid Adventure on Facebook