Khamis, 21 Mei 2009

betul ke macam tu....

kepada cgu2 yang dihormati - kita kongsikan cerita ini
media kita umpama sebuah tasik yg tenang.kita jatuhkan sebutir batu di permukaan air itu.Batu itu jatuh di permukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasarkan tasik , dan pada masa yang sama menghasilkan gelombang yang tersebarkan jauh ditebing.
Gelombang itu berombak kecil secara berterusan sehinggalah
batu itu mencecah dasar.
DAN ITULAH YANG KITA LAKUKAN SEHARIAN.
pastinya berdasarkan banyak kajian ilmiah menyatakan : yang memberi kesan kepada murid2 itu bukanlah sekadar ilmu itu , tetapi cara data itu disampaikan.
ini dikaitkan dengan prinsip precession yang menyatakan : kesan ini mempunyai jangkauan yang sungguh kuat , yang jauh apabila dibandingkan dengan tindakan permulaan.

GURU2 IALAH PEMUPUK , BUKAN HANYA PENDIDIK. KITA MUNGKIN TELAH LAMA MENINGGALKAN KEHIDUPAN PELAJAR KITA , TETAPI SEKIRA TINDAKAN AWAL KITA ( SEBAGAI GURU ) ADALAH POSITIF DAN IKHLAS , KITA AKAN MEMBAWA KESAN YANG POSITIF KEPADA KEHIDUPAN MURID2 KITA DAN JUGA DUNIA.
KESANNYA BOLEH JADI BERLIPAT KALI GANDA.

lihat pada realiti hari ini

peningkatan jumlah guru perempuan telah membawa kesan yg baik dan buruk - baiknya naluri kewanitaan itu sendiri adalah memberi penambahbaikan kepada bidang ini. TAPI bagaimana dengan situasi ini - murid lelaki memerlukan contoh dan nasihat dari sekolah lelaki yang lebih tua.Penurunan jumlah guru lelaki akan memberi kesan kepada ketidak seimbangan dalam pembelajaran bawah sedar murid lelaki.
apa yang akan terjadi kepada seorang pelajar lelaki yang menerima pelajaran bawah sedar hanya daripada pandangan guru2 wanita. Dan tentunya lebih teruk , seandainya murid yang sama jarang dapat menhabiskan masa bersama2 ibubapa...

Fakta menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai cara pemikiran yang berlainan. Buku2 seperti Men are from Mars and Women are from Venus dan Why Men Don't Listen anda Women Dont Read Map memberi kita cerita berdasarkan fakta...


akhirnya mari kita fikirkan bersama.
dipetik dari buku Membina Anak2 Cemerlang.

22 ulasan:

2_one berkata...

tajuk post jinggo kali ni amat menarik dijadikan usul utk dibahaskan..mesti ad pembangkang n pnyokong.ah lumrah.sokong n bangkang...cuba kita sama2 fikir skejap.bukan ke ibu(pmpuan)kpd ank lelaki itu pmpuan?cuba kita pk baik ank laki atau pmpuan biasanya rapat dgn mak(pmpuan)..ad masalah mak,nk mintak apa2 mak,sakit mak,tp dgn ayah biasanya ank takut ckit..cikgu pmpuan n seorg ibu golongn sama..hmm..phenomena ni buat sy berfikir dgn apa yg tlh terjadi..ntahlah atas penerimaan budak tu kut..

~Insan Biasa~ berkata...

n3 ini menjelaskan tentang pentingnya keseimbangan didikan dari kedua jantina. kaum adam perlu sedar tentang itu.mungkin ramai adam yg tidak melihat sebagaimana cgu jinggo melihat situasi sebegini.

semoga n3 ini sedikit sebanyak boleh membantu menyedarkan kita semua bahawa peranan didikan dari yang bergelar adam juga penting dalam dunia pendidikan di sekolah...peringkat terawal didikan sebelum ke fasa-fasa yang seterusnya.

SRISUFI berkata...

salam cikgu..


kita membaca buku yang sama...sangat bagus..persembahan yang cukup hebat.

mamai berkata...

maka berilah tunjuk ajar....agar kita sama-sama belajar..supaya tak kurang ajar..

izzah berkata...

saya tiba2 teringat..
semasa mengajar di dalam kelas..
saya tunjukkan cara tabiratul ihram yang betul(tanpa sedar,saya buat cara untuk perempuan)
kemudian seorang murid lelaki bersuara..
"ustazah letak tangan bawah telinga..salahlah..kan kena angkat tangan separas terlinga..."
kemudian saya tersenyum dan berkata
"a'ah lah..betul cakap rafiq..
tapi ustazah kan perempuan..kalau perempuan buat macam ustazah tunjuk tadi..tapi kalau lelaki buat macam yang rafiq tunjukkan...sorry yer..ustazah tak sengaja..."

2_one berkata...

cikgu jinggo..
biler pk2 n baca komen "insan biasa" n cikgu izzah..penting kesimbangan didikan dari kedua jantina..

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Kedua-duanya saling memerlukan..

~Insan Biasa~ berkata...

hukumnya begitu bukan? lelaki perempuan saling melengkapi.ada anak pasti ada ayah dan ibunya. pelajaran hidup...sebahagian di ajar oleh ibu...sebahagian di ajar oleh ayah...hidup seterusnya pilihan anak itu...

keutamaannya di sini, kita saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain.

Amati surah Asy-Syams ayat 1-15. Memang sudah ditentukan begitulah hidup saling bergantungan yang mengikut aturan yang telah ditetapkan. Jika disanggah..kitalah juga yang akan terima akibatnya...

2_one berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ONE ZABA berkata...

guru lelaki ramai dah duduk di ofis..maka di sekolah yang tinggal guru wanita saja la.
tambahan pulak lelaki ni dah makin kurang berminat menjadi guru. yang ada cuma serpihan-serpihan tiada pekerjaan.
kekadang para guru juga merasakan sesuatu yg tidak adil telah berlaku dalam masyarakat kini. masyarakat kini terlalu cepat mengambil tindakan pada guru tanpa menyiasat terlebih dahulu apa yang berlaku. dan akhbar pulak cepat saja menyiarkan berita tanpa tapisan. kalau orang lain...begitu dirahsiakan siapa orangnya...tapi kalau guru siap papar nama dan sekolah guru tersebut. masyarakat kini terlalu sayang dan percaya bulat-bulat akan anak hingga lupa masa depan anak-anak.

- jinggo - berkata...

Izzati
sebagai bakal guru

itu pemasalahan yg kita jarang mahu berfkir.
kemana pergi minat lelaki terhadap institusi ini - ini adalah persoalan - dan kesannya berdasarkan kajian akademik sudah menyatakan...

kita fikirkan

- jinggo - berkata...

terima kasih cgu anis.

saya melihat pakej pembentukan insan itu sendiri - tidak berhenti dibangku persekolahan - ada cerita lain yang boleh kita sama2 renungkan...

- jinggo - berkata...

sri..

buka yg terbaik
kita kongsikan sebab dalamnya mencerita pendidikan dari sudut lain - akademik - semuga kawan2 lain berpeluang untuk mendapatkan buku tu.....

- jinggo - berkata...

mamai.

kita disini bukan untuk dihukum dan dihakimi..
kita disini untuk belajar dan diajar....

- jinggo - berkata...

cgu izzah..

he..kan dah kena.
satu lagi perkara baru kita belajar.....
ada kalanya kita memang perlu ramaikan cgu lelaki disekolah.....tapi kemana agaknya.

- jinggo - berkata...

yes izzati.

kedua2nya dah masuk sekolah
praktikal
hari ini - bandingkan semua jawapan dan komen disini.
masuk kesekolah - rentaknya tentu berbbeza.....

- jinggo - berkata...

cgu zana.

seharusnya itu yg kita fikirkan........
saya pun nak jadi cgu dulu.
tapi hari ini....
masih dalam kontek yg sama.
niat yg sama.

ujie berkata...

salam..ahh kan ke mana pegi ye cikgu2 lelaki??? semua tu terletak pada minat seseorang...kalau kerja x da minat pon susah...tentu membosan kan...kalau dah bosan mcm2 la berlaku.

dulu masa sekolah ada sorang cikgu ni tegur anak murid dia sbb cita2 anak murid dia tu cikgu...tp cikgu tu tanya x da cita2 lain k selain cikgu??..emmm...seolah-olah memberi gambaran kerjaya cikgu ni susah...

- jinggo - berkata...

cgu anis.

semuga cgu2 hari ini - dibuka seluas ruang - untuk kita sama2 berfikir yg media ini semakin mencabar.
rentak dan perlaksanaan mungkin sedikit berbeza....
tanpa membelakangkan niat.

- jinggo - berkata...

cgu one
ini pandangan cgu lelaki dan orang Jabatan...he..

terima kasih kerana pandangan yg panjang...
media ini semakin mencabar - dan cabaran tidak dilihat pada sistem semata - pada perlaksaan yg menjangkau jauh keluar bilik darjah.....

pastinya : kita adalah media yg terbaik !

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Bagi saya skill bercakap adalah perkara utama penyampaian yang cukup berkesan. Walau pun perkara ini adalah "gifted" tetapi boleh dipupuk dan dipelajari.

Semua guru tahu tetapi tidak semua mencapainya.

- jinggo - berkata...

tuan

inilah ketetapannya.
kejayaan dikaitkan dengan kemahiran yg kita memang ada.....

Eco Kid Adventure on Facebook