Selasa, 19 Mei 2009

takutnya.....


Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich),
takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain
(takut sakit, takut mati, takut miskin..).
Enam Asas Ketakutan Manusia
Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...
Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.
Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

DARI JINGGO
kerana faktor diatas- manusia takut dan tidak ada KESEDIAAN untuk di kritik - ini dikaitkan dengan kegagalan kita menKRITIK.
kenapa manusia suka mengkritik ( selalunya )
berdasarkan beberapa pembacaan
SEBAB JAHIL
SEBAB CEMBURU
untuk itu di dasarkan beberapa pembacaan lain menyatakan : tidak ada manusia secara zahirnya mahu dianggap tidak penting. untuk itu - sebelum mengkritik : mulakan dengan menjadikan MANGSA kritikan PENTING....ini dikaitkan dengan ketidaksedian manusia untuk ' jatuh dan tidak penting '.

4 ulasan:

ku tak sempurna berkata...

sy tak pandai mengkritik...
dan kurang gemar mengkritik...

.
.
.
.

kalau kutuk reti la... hikhikhik..
kena kutuk pun dah biasa :D

- jinggo - berkata...

ku tak sempurna..

kerana kerana kritik bukan fitrah kita...
maka hati2 untuk seterusnya kerana kita tidak suka dikritik - maka orang lain pun tidak suka...

jadi menang - menang.

2_one berkata...

krn kritik...sy masih igt lagi mase sy umur enam tahun..krn kritik,sy pandai membaca n mgira..krn kritik sy berani utk menonjolkan diri..krn kritik,sy rse mahu belajar n belajar...mmg xske dikritik,tp bila dianalisis smula,krn kritiklah sy ngubah diri sy..n dapat disimpulkan kritik itu perlu tp berpada2

- jinggo - berkata...

izzati

itu yg sebaiknya : kita mengambil kritikan untuk memberi penambahbaikan diri...tapi yang penting : sejauhmana keikhlasan orang menkritik kita.....

Eco Kid Adventure on Facebook