Isnin, 4 Mei 2009

aku tidak sempurna dulunya....

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk
mencari hadiah buat cucu mereka.
Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik."Lihat cawan itu,"
kata si nenek kepada suaminya.
"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.
Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening.
Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Tetapi orang itu berkata, 'Belum !'Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop ! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas ! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.
Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Wanita itu berkata, 'Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.
Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali.
Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.
kita fikirkan bersama
untuk menjadi ' cantik ' tidak mudah.
ada cerita yang mungkin tidak menarik untuk di dengarkan.

12 ulasan:

~ a m a ~ berkata...

untuk merubah kpd sesuatu yg lbh baik bkn lah sesuatu yg mudah..
memerlukan pengorbanan yg besar..
dan jika kita benar2 mahu berubah untuk sesuatu yg lebih baik..
bukan sekadar pengorbanan yg dipertaruhkan..,

tetapi juga dgn MEMAKSA DIRI u meninggalkan tabiat yg telah tbiasa, kerana untuk merubah kpd yg lebih baik,perlu membetulkan apa yg biasa dan biasakan apa yg sudah betul..

huhu~

- jinggo - berkata...

ima.

yang hujung tu menarik
memaksa diri
dipaksa diri.
keduanya adalah di luar kemahuan....

dan kita seharus tahu : setiap kejayaan harus dibayar dengan harganya....
besar kejayaan yg nak dicapai - besarlah harga yg perlu disediakan......

SRISUFI berkata...

salam cikgu,

ini komen paling ringkas pernah saya buat di sini


=)

- jinggo - berkata...

kenapa sri....

kita berbaiksangka dengan semua keadaan....

~Insan Biasa~ berkata...

semoga di masa2 hadapan,kita semua akan lebih cantik dari hari ini...

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo

Untuk mencicip kemanisan,
perlu bermula dengan mengupas kepahitan....begitu juga dengan "cantik"....

salam dari sakura

arryani berkata...

Anggap aje itu harga yang perlu dibayar untuk 'cantik'. Dan lagi, perjalanan bagi 'si cantik' bukanlah semudah yang disangka orang. Banyak sangat perkara yang perlu dijaga bagi menjaga 'kecantikan' tersebut.

- jinggo - berkata...

cgu anis

semuga begitulah seterusnya...
kita tidak pernah sempurna.
tapi kemahuan mahu sempurna...

- jinggo - berkata...

sakura

cantiknya
bahasa.
mendalamnya..
mari kita mengupas....

- jinggo - berkata...

dan begitulah puan.

untuk cantik - kita kena membayar.
tapi bagaimana dengan orang yg dah cantik.......
semuga tidak dibekalkan dengan kesombongan.keangguhan.....

Izzati berkata...

ini sinonim dgn masalah adalah hadiah...

nur berkata...

bila inginkan satu kebahagiaan, kita perlu mendaki gunung yang penuh dgn halangan untuk sampai ke puncaknya (",)

~ila_luckygirl~

Eco Kid Adventure on Facebook