Isnin, 1 Februari 2010

AUWWWW.................

CGU SAYA NAK KONGSIKAN
asrama kami ni ada budaya
LELAKI LEMBUT.
teruk ke
sampai ada yang buat hubungan fizikal cgu.
SETERUSNYA SAYA TERPANGGIL
UNTUK BERKONGSI.
Berikut ialah katagori lelaki lembut yang dikaji berdasarkan
perspektif tahap yang dipengaruhi personaliti dan psikologi
TAHAP SATU
Pergerakan dan percakapan lembut seperti cara berjalan dan melakukan pekerjaan.
Nada suara lembut
TAHAP DUA
Menyukai sesuatu yang lembut atau yang disukai oleh wanita.
Suka berkawan, bergaul, berbual dan berurusan dengan wanita.
Menyukai perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan wanita
.
TAHAP TIGA
Daya tarikkan seksual terhadap wanita berkurang.
Boleh jadi menyukai lelaki
Berani menonjol dengan ciri-ciri fizikal yang menyerupai wanita
.
TAHAP EMPAT
Menerima hakikat bahawa diri mereka memiliki ciri jantina unik.
Maksudnya mereka tidak mahu mengaku lelaki dan tidak juga mahu mengaku wanita.
Selesa dengan karektor yang menyerupai wanita.
SETERUSNYA
Setiap tahap akan melahirkan sesuatu personaliti
berdasarkan tahap psikologi.
Tahap satu,
boleh terjadi kepada sesiapa sama ada bersifat sementara atau jangka panjang. Ia tidak mendatangkan masalah dan sukar dikenali pada peringkat awal. Ia boleh pulih semula setelah disedari atau ditegur oleh rakan atau mereka pada tahap ini akan meneruskannya jika mendapat sesutu dorongan. Salah satu bentuk dorongan ialah apamila mendapati rakan wanita selesa dan selamat untuk bergaul dengannya. Biasanya hampir semua wanita rasa selamat setiap kali bergaul dengan lelaki lembut pada tahap satu. Dorongan lain adalah seperti layanan ibu bapa terhadap anak lelaki seperti melayan anak perempuan atau adik-beradik atau rakan-rakan kejiranan yang didominasi oleh perempuan sejak kecil. Tahap ini bukanlah satu masalah, tetapi disebabkan gangguan peringkat akut terhadap penghasilan hormon testrogen.
Tahap dua,
ciri-ciri tahap satu masih ada tetapi cara pemikiran dan psikologi lebih kepada menyukai sesuatu yang disukai wanita. Selesa melakukan kerja-kerja ringan seperti yang mampu dilakukan oleh wanita. Rasa selesa dan selamat bergaul dengan wanita berbanding lelaki. Mahu suka kelihatan seperti apa yang wanita suka pada dirinya seperti suka kelihatan cantik, ayu, sopan dan lemah lembut.
Tahap tiga,
hormon testosterone benar-benar berkurang dan menyebabkan daya tarikkan seksual tersongsang. Lebih tertarik dengan lelaki yang berbadan sasa. Jarang berlaku tahap tiga ini tertarik dengan lelaki bertubuh biasa. Hilang minat untuk menyukai wanita walaupun organ seksualnya boleh berfungsi seperti normal dan memiliki sperm yang subur. Penampilan fizikal biasanya ada ciri-ciri seperti wanita seperti pemakaian aksesori wanita. Mereka dapat dikenali dengan jelas pada peringkat ini. Gejala gay atau seks luar tabii adalah keadaan pada tahap tiga walaupun keadaan fizikal tidak nampak bercirikan seperti wanita.
Tahap empat,
menerima hakikat diri dan berani mengikhtiharkan diri sebagai “Mak Nyah”. Kecetekkan pengetahuan agama menjadikan mereka berani mengambil dadah estrogen supaya ciri-ciri seks sekunder muncul seperti suara tidak garau, halqum tidak timbul, bulu roma pada wajah seperti misai, janggut dan jambang tidak muncul. Malah estrogen ini merampingkan perut dan menjadikan dada dan punggung berisi. Selain estrogen, suntikan kimia untuk merencatkan testosterone juga diambil supaya badan tidak menjadi sasa. Pengambilan perencat testosterone amat berisiko tinggi kerana bahan tersebut bersifat kolestrol tepu yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.
Tanpa kesedaran ilmu agama yang sempuna, lelaki lembut pada tahap empat akan menjalani pembedahan yang paling tidak beretika (yang dikendalikan oleh rawatan klasik (allopathic) yang sememangnya tidak beretika) iaitu dengan menukar atau membuang organ seks lelaki dan mengubahsuai menjadi seperti organ seks wanita. Namun begitu, pembuangan ini tidak memungkinkan mereka mengandung kerana mereka tidak memiliki rahim dan ovari yang boleh menghasilkan ovum.
DARI JINGGO
kita tidak dipinta dilahirkan begini
walaupun zahirnya
macam2 cerita.
macam2 istilah.
YANG PASTI
tidak ada yang sempurna pada panggilan.
TAPI ADAKAH MEREKA
MEMINTA UNTUK DILAHIRKAN BEGINI
saya yakin semua datang dan muncul
DARI DORONGAN
diperingkat awal penampilan
seterusnya persekitaran
mencari rakan2 yang sama nilai.
KUASA TARIKAN + KUASA KEPERCAYAAN
akan membentuk
BUDAYA DAN TABIAT.

19 ulasan:

Tirana berkata...

Saya teringat masa sekolah dulu ada seorang murid lelaki yang lembut yang sama kelas dengan saya. Perwatakannya memang lembut dan suka berkawan dengan budak-budak perempuan tapi bila kami mengusiknya dengan mengatakan dia lelaki lembut, tahu pulak dia marah..hehehe.. Dengar cerita sekarang, dia dah kawin dan ada ramai anak..Tak dapat bayangkan macam mana dia sekarang. Adakah sama seperti dulu atau sudah berubah.

Unknown berkata...

puan tirana
yang menjadi bertambah lembut - bila dia sendiri disekitar orang lembut...
kadang2 makayah sendiri yang membantu..
kawan2 membantu...
seterus...

ONE ZABA berkata...

barang harus diingat...

disebalik kelembutan itu ada kekerasan. cuma kekerasan itu disalahguna pada salah tempat.

kesimpulannya...
yang lembut itu masih boleh mengeras...ahakkk!!!

~Insan Biasa~ berkata...

sesunguhnya....persekitaran amat mempengaruhi manusia untuk menjadi seseorang...

Tanpa Nama berkata...

salam
saya secara peribadi, mengenali seorang khunsa, di luar lelaki, di dalam ovari.. memilih utk menjadi wanita, sesekali, ketika penat, terkeluar juga suara parau lelakinya.

ini adalah pemberian ..andaianya mmg khunsa

pada mereka yang lembut lembut, di harap dapat masuk ke industri yang betul, bukan industri mekap rambut dan sebagainya, tapi masuk ke industri yang menolong wanita, jadi peguambela wanita, jadi sukarelawan menolong wanita teraniaya.. menggunakan kelembutan di tempat yang betul..

anda dijadikan olehNya, pasti ada tempat untuk anda di dunia, cuma janganlah memberikan alasan lembut untuk merosakkan diri sendiri.

ixora berkata...

dari diri masing2...kdg2 jeles tgk manusia yg tahap 4 tuh, mngalahkan kita yang perempuan cantiknyer..hikhik...

ZaridaIshak berkata...

salam,
suatu masa dahulu (taklah lama sangat), saya pernah berkawan dengan lelaki lembut... suka kerana mereka memahami dan peka dengan perasaan kita. Salah seorang dari mereka dahpun berumahtangga... dan juga mempunyai anak....
saya rasalah... bukan kehendak tetapi naluri yang menjadikan mereka begitu... bila tiba masa dan atas kehendak sendiri juga mereka mampu berubah menjadi lebih baik.
bila lelaki lembut dijadikan isu, tetapi bagaimana pula dengan wanita 'perkasa'... ? huhuhuhuu

zai berkata...

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda

“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”..

Kak Zai percaya dgn hadis diatas..ia antara sebab2 yg tidak dapat dinafikan..mungkin ramai yg tidak mengetahui dan tidak menyedarinya..kesannya..kesian kat anak2 yg lahir tersebut..

hamba ABDI berkata...

sy terfikir beberapa perkara
1- xde ke sesiapa yg melakukan kajian khusus trhadap prkara ni?mksdnya melakukan kajian sekaligus mncari pnyelesainnya..kalau dari entry ni rsnya byk sebut psl pngurangan hormon..jd adakah dgn tambah hormon, mslh ni jd x rumit sgt?well, sy masih setuju jgk yg prsekitaran mmbawa impak..

2- xde cara pnyelesaian ke? buat dari peringkat sekolah ke.. kem2 khusus utk depa mcm PLKN tu ke..?kem2 berkala utk isi rohani mereka?ape2 jela.. kementerian pelajaran xnk tgk isu ni ke?? ayyoo.. sgt penting membendungnya dari rebung..

stakat ni xde la kawan yg lembut tahap2 kronik..yg lembut2 biasa ni ada la..tp agama mereka masih kuat..jd x tersasar iA..

Unknown berkata...

cguone
keras apa..
jangan kome2
yang pasti...
keras hati dengan kemahuan diri.....

Unknown berkata...

cgu anis
itu adalah asas kepada pembentukan manusia...
persekitaran membentuk siapa kita....

Unknown berkata...

syaidah
setiap apa Allah jadikan tentunya ada manafaatnya tersendiri....
jangan tersalah catur....

Unknown berkata...

yang baik
lelaki lembut dan wanita perkasa.......
kedua2 melanggar hukum fitrah...
dimana mulanya
semuanya dari persekitaran kan

Unknown berkata...

kak zai
terima kasih kerana ingatan...semula dan semula.
bagus.
semuga yg terkelompok dalam kelompok ini sedar dan tahu...

Unknown berkata...

liza
kebanyakan yg lembut tahab 1 akan terus menjadi 2 - 4.............
sebab
nilai yg dipilih berdasarkan persekitaran dan kawan2 yg sama.

Unknown berkata...

ixora
tambah mengampah sebab kadang2 lebih pompuan dari ppompuan

zan xray berkata...

kesian pulak bila media dan orang ramai mengutarakan mengenai lelaki lembut ni seperti isu lelaki lembut di universiti sikit masa dulu,
tetapi terpaksalah kan supaya tak menjadi parah.
masa budak2 masih kecil jangan ibarat "disokong" perbuatan anak lelaki yang menjurus ke situ.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
therosputih berkata...

saya ada sorg kawan lelaki, kawan saya ni biasa je, standard lelaki, berperwatakan lelaki...dia sentiasa menjadi mangsa mereka yang lelaki, tetapi berperwatakan tidak seperti lelaki...

saya sbg seorang perempuan di sini rase terpanggil, kalau mcm ni lah gayanya, mana hak kami sebagai perempuan jika lelaki mengambil alih hak kami....lelaki di luar sana, jadilah lelaki, pada perempuan di luar sana, jadilah perempuan...

jika masing2 memainkan peranan masing2, masing2 memainkan hak masing2, dunia ini indah...

Eco Kid Adventure on Facebook