Khamis, 4 Februari 2010

isteri ku ahli gusti...

MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik. Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.
KITA KONGSIKAN BEGINI.
saya biasa tengok
saya biasa dengar
KENAPA MACAM ITU.
kita ketepikan persoalan asas pergaduhan.
yang kita mahu persoalkan
KENAPA 1
kenapa lelaki tu sanggup membiarkan diri di 'bergitukan '.
diakan lelaki.gagah perkasa.
KENAPA 2
kenapa perginya ketertipan hidup sebagai seorang isteri.
KENAPA 3
kenapa sampai bertahun.
DARI JINGGO
ini merupakan satu lagi cerita yang tidaksempurna.
manusia menyalin emosi dalam bentuk tindakan.
Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.
Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan
tiga langkah mengatasi rasa marah.
mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi
(misalnya, jika berdiri hendaklah duduk),
mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
DIMANA PUNCANYA
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.
Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah.
Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
Punca Panas Baran
Perilaku agresif- Gejala sosial - Emosi - Masalah kewangan/ keluarga - Ego
Tekanan perasaan - Faktor didikan -Bebanan kerja.
10 Risiko Individu Panas Baran
Dipulaukan masyarakat sekeliling - Jiwa kosong (murung) - Hilang pekerjaan/jawatan Perceraian - Kemalangan - Pergaduhan - Kesalahan jenayah - Melakukan penderaan -
Tekanan perasaan -Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
SETERUS
kerana kita ada pengalaman
yang berbeza.
saya sudah diajar.

13 ulasan:

Rohani M.U berkata...

Salam.
Dunia dah terbalik dan dah nak dekat kiamat. Perempuan menundukkan lelaki istimewanya lelaki itu ialah suami. Tak ke hebat dan superwoman perempuan jenis gitu. Apapun, kan suami tu pemimpin rumahtangga, nakhoda sebuah kapal. Bagaimana nakhoda boleh dibuli dan digula-gula oleh orang kanan yang dipercayainya? Dimana letaknya wibawa seorang suami itu? Tepuk dada tanya iman. Dunia.....dunia.....suami dah macam lembu kena cuck hidung. Ikut ajelah.......

ONE ZABA berkata...

kita pun tak tau apa sebenarnya masalah mereka suami isteri tu.

mungkin si isteri terlebih tolan kacip fatimah .

CITY® berkata...

salam

lelaki jenis ini mungkin jenis bermasalah
kerana takut menegur isteri
kerana takut menegur anak2

masalahnya
kerana lelaki itu sendiri ada masalah

Unknown berkata...

cguroha..

kerana mungkin kita sudah semakin canggih dengan isu menyamaan taraf barangkali - maka pompuan boleh gusti laki..
percayalah : kita membelakangkan hukum dan fitrah....

Unknown berkata...

ha..cguone

masa tu.mungkin dia makan kacip fatimah + tongkat ali + susu kambing kut....semangat tengah power !

Unknown berkata...

blue.
awak ada ciri2 macam tu ke
tak jadilah nak mengorat
dah kurus kering
nanti kurus apa lagi....
ha.......

Tanpa Nama berkata...

salam

melihat ke"segak"an badan lelaki ini dari belakang, kita anggapkan dia mempunyai kudrat yang cukup, untuk melepas diri dari dibanzai isteri dan anak anak.

kasihan, ada manusia yang diberi rezeki, tidak pandai bersyukur. ada pula tidak pandai membeza nikmat dan azab.

orang kalau dapat hubby ini mcm punye hemsem dari belakang.. mesti nak belai belai selalu.. :P

zaijb berkata...

salam...

kalau macam tue rasanya perempuan tue mesti ada masalah pysiko... dan mungkin ada sebab sehingga lelaki itu sanggup mendiamkan diri diperlakukan begitu...

kalau sedang marah... berdiam diri pun tak bagus juga... ape2 pun kena bagitahu... senang nak pujuk nanti..hehe...

pasnie kena ada entry macam mana nak pujuk lak... boleh tak cgu jinggo..he...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. tapi, kalau begitu jadinya.. ngeri.. menakutkan.Ego pd diri keterlaluan, hilang hormat, hilang semuanya, sanggup buat begitu.. kesian. Sifat marah tak dpt di kawal.. marah2 pun.. sampai hati buat begitu dan sanggup di perlakukan begitu.. Entah la.. macam2..

ewahh!! k.zai nak n3 pujuk2 pulak tue.. heee....

Unknown berkata...

syaidah
isteri yang begitu bersedialah akan menjawab berbagai persoalan di mahkamah Allah....
bersedialah

Unknown berkata...

zaijb

apa2 pun berlaku dalam rumahtanga -ruang untuk menjadi penambahbaikkan mesti ada.penyelesaian bukan pada tindakan fizikal.....

Unknown berkata...

maiza...

dah malas nak tulis bab ni....
tgk gambar tu terus hilang mood.......

Tanpa Nama berkata...

isteri perlu bersedia menjawab di sana kelak

dalam kes ini, suami pun perlu bersedia menjawab dua benda penting:

kemana pendidikan isteri dan anak anak2
kenapa dayus membiarkan kemungkaran.

pun begitu selemah2 iman, adalah dengan doa...lelaki ini telah keluar dari kepompong keselesaan, muga ada jalan kebaikan untuk semua, insyaallah.

Eco Kid Adventure on Facebook