Ahad, 21 Februari 2010

kisah orang tua....

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua selama bertahun-tahun membajak tanah yang ada di sekeliling batu besar itu.
Sudah cukup banyak mata bajak yang pecah gara-gara membajak di sekitar batu itu.
Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh tidak baik.
Hari itu mata bajaknya pecah lagi.
Ia lalu memikirkan bahawa semua kesukaran yang
dialaminya disebabkan oleh batu besar ini.
Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu.
Lalu ia mengambil alat penggali dan mulai menggali lubang di bawah batu.
Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahawa batu itu
hanya setebal sekitar 6 inchi saja.
Sebenarnya batu itu boleh dengan mudah
dipecahkan dengan tukul biasa.
Kemudian ia lalu menghancurkan batu itu
sambil tersenyum gembira.
Ia teringat bahawa semua kesulitan yang di alaminya
selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata
dapat diatasinya dengan mudah dan cepat.
DARI JINGGO
Kita sering ditakuti oleh bayangan seolah permasalahan yang
kita hadapi nampaknya besar,
padahal ketika kita mau melakukan sesuatu,
persoalan itu mudah sekali diatasi.
Maka, atasi persoalan anda sekarang.
Kerana belum tentu sebesar yang anda takutkan,
dan belum tentu sesukar yang anda bayangkan.
DAN LAGI
suara2 kecil
suara inilah yang membuat penghakiman.
bagaimana mahu mendidik
suara ini.

5 ulasan:

Ruby berkata...

Salam cgu...

Terima kasih. Belajar sesuatu dari kisah ini...

zai berkata...

pendek kata...semua orang ada trauma mereka yg tersendiri dan kita harus berusaha mengatasinya kerana harus yakin tiada yg mustahil utk berlaku..

ONE ZABA berkata...

kecil jangan disangka anak...besar jangan disangka bapak.

ngorat mak dapat anak....untung.

ngorat anak dapat mak...rugi.

ramai orang lelaki tua kawen ngan pompuan muda sekarang ni.

merepek pagi ahad....

Zuraini bt Kamarudin berkata...

hendak seribu daya...
tak mahu seribu dalih...
apapun kena berusaha dan yakin boleh...
insyallah jinggo...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

maiza kalau ada saja cabaran dugaan.. mulalah cepat fobia, ambil masa.. datang suara kecil -ve.. tk boleh harap, lepas tue cuci minda.. fikir lg, datang suara kecil +ve.. Alhamdulillah selesai.. cthnya, masa tunggu result spm, ambil lesen kereta, dah dpt lesen hr ke-3 trlanggar tembok kereta remok, lama juga xbawa.. susahnya bila nk p mn2 kena tumpang org lain.. geram.. lawan juga.. Akhirnya berjaya atasi fobia tue... lebih kurang gtue lah..

Eco Kid Adventure on Facebook