Rabu, 10 Februari 2010

kuasa wanita

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu
tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw quot;Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya quot;Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan
doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
KUASA TAQWA PEREMPUAN
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik,
memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw quot;Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”
PADA JINGGO
hari ini 2 anak perempuan
seorang ibu yang sudah 70 tahun.
CUKUP UNTUK DIBUAT SATU KESIMPULAN
hebatnya wanita2 disekeliling.
sehingga satu buku membuat tafsiran begini
LELAKI ADALAH LELAKI
PEREMPUAN ADALAH PEREMPUAN + LELAKI.
begitulah hebatnya tafsiran
dunia pada perempuan hari ini.
KADANG2.
kelebihan yang tidak ada pada lelaki
menjadikan sebahagian besar kita
BER ' BOSS ' KAN
PEREMPUAN
satu pengalaman yang kadang2 cukup
menarik untuk menguatkan pandangan
LELAKI 9 AKAL 1 NAFSU
PEREMPUAN I AKAN 9 NAFSU.

25 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

hebatkan wanita.. mcm2 boleh buat. tapi bab2 "berbos" tue.. tak semua boleh jadi..... hee...

Unknown berkata...

maiza
kalau nak jadi boss...........
kena lalui kemahiran demi kemahiran....
sebab dah banyak cerita yang tidak molek kita dengarkan....

insan pendidik berkata...

manusia dijadikan berpasangan...
kehadiran wanita dpt jadi penyejuk hati yang lara
tapi kekadang membakar hati juga
maka terpulanglah kepada
kebijaksanaan bersama...

Mak Su berkata...

saya makhluk berkecualilah, boleh tak jinggo? saya baru saja menjampi ni.... kuasa saya sangatlah hebat, ahaks

Unknown berkata...

CGU ip
seharusnya kita memahami asas keujudan wanita disisi lelaki..untuk melengkap untuk untuk didominasikan..

apa yg berlaku hari ini - kadang kita kena kembali pada asas.

Unknown berkata...

maksu

aik..........
berkuasanya
patut berasap2....ha....

Tanpa Nama berkata...

sejak kebelakangan ni post2 jinggo ada berunsurkan wanita..keluarga.percintaan..
hehe.nape ye?>

Unknown berkata...

raihanah..
sebab saya membaca buku yang sama.....ha.
ditulis oleh wanita.
jadi macam tu lah...
ha...

ONE ZABA berkata...

hayatraihan...

aku rasa la kan..wak jinggo tu dah dikuasai oleh seorang bakal wanita....kita tunggu je hari selanjutnya.


erkkk....mana zaijb tak muncul lagi ni.

CITY® berkata...

senang ke jadi wanita?

kelebihan ada pada lelaki..

tapi

kelebihan banyak pada wanita..

Unknown berkata...

cguone
gossip ye...
jaga..
ha.........
semakin seronok topik yang orang tak nak tulis..

Unknown berkata...

blue city
kerana kamu wanita
saya beralah ajalah
.............................
mesti lelaki belanja pompuan makan kalau keluar....
ha....

zaijb berkata...

patut lee tersedak ada org sebut nama....
amboi one suka buat gosip yea...
tapi zai nak tahu juga gosip tue.. erghh saper pompuan tue...huhu...

alah cgu setakat nak pujuk2 tue biasalah... kat tempat keje nie pun sentiasa pakai skill nie... nak pujuk patient...hehe...

tapi kalau pujuk kekasih hati lain sikit... skill dia pun berbeza..haha.. nak cuba tak..he..

ONE ZABA berkata...

aaikkk..mana ada aku gosip sesapa.

cuma teringat kat zaijb je....

mujur jauh....kalau dekat dah kena pulas telinga aku ni.

I'm Seri berkata...

Salam cikgu,

Wanita~ punca lelaki berjaya & punca lelaki kecundang.

Rusuk kiri yang perlu dikendalikan dengan berhemah.

=)

Tanpa Nama berkata...

Salam

Makhluk ini sifat kelahirannya tidak memilih. Alhamdulillah di jadikan perempuan, yang mengharapkan apabila dilihat, menyenangkan jiwa.

Saya kena kuasai ilmu kuasa wanita.. girl power! :)

Kuasa wanita yang saya sukai sekarang adalah kuasa membeli belah kasut!

Unknown berkata...

zai jb
setakad ni nak memujuk hati sendiri lagi ' sodap '..........
tak ada skill nak pujuk hati orang......
dah berkarat.

Unknown berkata...

cguone
kalau nak bergossip boleh join Melodi..ha...
gurau..
adeh sakit perut.

Unknown berkata...

iris

aduhai mendalamnya bahasa......

Unknown berkata...

syaidah..
dimana kuasa wanita sudah semakin power !
kita tunggu PM pertama Msia - perempuan.bila........mesti ada.

Tanpa Nama berkata...

Pujuk rayu wanita memang hebat, buktinya, Siti Hawa berjaya memujuk Nabi Adam supaya makan buah disyurga yang Allah melarang mereka memakannya.

Tanpa Nama berkata...

PM perempuan mesti gigih, berkaliber dan girl power kuasa dua dan mempunyai koleksi hi heels yang byk.. ehh ni emelda marcos :P...

Ruby berkata...

Salam cgu...

yang pasti..

kejayaan seorang anak... seorang ibu dibelakangnya...

kejayaan seorang suami ... isteri dibelakangnya...

kejayaan anak2 murid saya... seorang guru ppn dibelakang mereka...

kelembutan wanita bisa mengubah dunia...

Tanpa Nama berkata...

ye betull..ONE ZABA,,

saya pn rase cmtu gak..
maybe die dh jumpe sumone kot..
tak gitu Mr Jinggo..
hehe..kn One Zaba?

zai berkata...

terima kasih kerana membuatkan kak zai terasa bangga dilahirkan sebagai perempuan walaupun kadang2 ada keinginan utk merasa bagaimana perasaannya kalau menjadi lelaki..mesti lelaki yang GATAL agaknya hehehehe.....

Eco Kid Adventure on Facebook