Selasa, 2 Februari 2010

mari mengurat...........

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis,
mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.
“Bibirmu merah bak delima merekah,
hidungmu mancung bak seludang...”
dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan
perkataan delima dan seludang.
“Kau cantik bak bulan purnama,”
sudah tidak boleh main di zaman ini.
Jadi, ayat mengurat bagaimana yang
disenangi wanita millennium baru?
Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang?
Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.
Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan.
Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika
terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti
“Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau
“Saya bercakap secara am saja”.
“Saya sedang mencari calon buah hati
dan jika berminat bolehlah mohon”.
“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana,
siapalah yang sudi”.
Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya
untuk memikat wanita di zaman ini.
Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.
“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”,
ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana
kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita.
Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.
“Bertemu dirimu umpama mimpi
indah yang mengasyikkan”.
“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan
kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. .
Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”.
“Saya tengok awak ni sesuai sangat
untuk jadi teman saya.
Saya berbesar hati kalau awak setuju”.
. “I tahu I bukan lelaki idaman you,
tetapi you wanita idaman hati I”.
diolah berdasar bahan dari gua.com
DARI JINGGO
begitulah zaman hari ini.
mengurat umpama macam
KITA BERNIAGA
atas faktor apa orang membeli.
ORANG MEMBELI
atas faktor
APA YANG MENERIMA NAMPAK.
ini dikaitkan dengan fitrah manusia
suka yang cantik
disini kekuatan kuasa penampilan
kecantikan fizikal
setelah ada keinginan mendekati
KUASA PENAMPILAN SOSIAL
kepintaran emosi amat berkesan disini.
SETELAH MEMBELI
seperkara yang ingin dikongsikan
hubungan sosial umpama bermain saham
KITA MELABUR
KITA NAK UNTUNG
bagaimana hubungan sosial yang menguntungkan
keuntungan emosi.
HARI INI
selamat mengorat !

23 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tak mo la...

Tanpa Nama berkata...

"diriku sebenarnya mengharapkan pengertian dari kamu, walau seikhlas mana kasih sayangku, andai kamu tidak sedar, dan menutup hati, hubungan ini tidak boleh jauh, andai kamu telah mengira untung nasibmu bersamaku, aku tidak mampu menjanjikan apa apa, kerana aku juga tidak tahu untung nasibku, cuma mengharap kita mengekalkan sayang dan kasih bersama, apapun yang bakal terjadi, kita hadapi bersama".. ini kalau jiwang lah..

kalau tak jiwang
" u ni.. nak ke tak nak.. nak buat cara nak..kalau tak nak takpe.. ramai yang tunggu i tau..".. ;)

straight to the parit hehehe

Unknown berkata...

cguone
mau lah.....

Unknown berkata...

syaidah...
menariknya
tapi kita masih hidup dalam budaya kan.....
ha..
betul tak

CITY® berkata...

salam jinggo

saya rindu la kat awak

antara ayat nak ngurat nih,
haaaaaaaaaaaa

Zuraini bt Kamarudin berkata...

mengurat ade berbagai cara dizaman melenium ni jinggo...
kdgkala mengurat tak perlu masa yg lama...
kena pandai2 lah jinggo...

zan xray berkata...

perghhh BlueCity punya ayat...

bukan senang nak mengorat ni, lain la yang nak pasang banyak.
kalau 1 nak dia serasi dan kekal untuk jangka masa panjang.

Jangan jadi macam sesetengah artis bila berpasangan tak mengaku pulak .. "kami sekadar berkawan sahaja"

Unknown berkata...

blue
saya sedang mencari ayat sekejap........

mudah ajalah.

mengorat ajalah............ha.........

Unknown berkata...

kak zu
mengorat dan berbahasa..
dikaitkan dengan budaya..
sebab nak memikat orang ada seni nya kan..........

Unknown berkata...

zan..
betul tak
seni mengorat ni macam seni membina pengaruh @ seni menjual.......

kalau produk bagus pun tak dapat dijual macamana..
tapi orang berniaga hari ini - macam2 stlye....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ini ayat mengorat saya:

"saya sayang awak, dan mahu masa depan bersama awak, berikan ruang untuk saya sayang awak"

untuk setakat ini, masih belum ada lelaki yang berani menyahut memberi ruang :P

kasihan bukan?

ZaridaIshak berkata...

salam,
apa susah2... direct to the point jer... tapi biarlah bahasa yang cantik... senang paham... bahasa orang sekarang nak ringkas jer.. kalu ayat oanjang berjela... tak pahamnye.... jenuh nak explain.

Unknown berkata...

syaidah

kalau cakap macam tu...
comfirm lelaki akan fikir lagi...
ha...
cubalah kias2 sikit.
macam nak menjual....
kenalah ada skill.

Unknown berkata...

yang baik

senang2 - suruh aja makayah mengorat sesama sendiri..
kan mudah....
ha....

zai berkata...

hmm..terkenang semasa dulu..hehehehe..sbb kena menguratla dah kawin skang..

Skill mengurat skang lebih mengancam..ada yg berani offer mcm2 utk pikat pihak satu lagi sampai ada yg tak kisah sampai tergadai body...eeeiii..takutla..

Baik mengurat..mak ayah dulu baru mengurat anak..kalau on boleh terus kawin..lagila berkat

Unknown berkata...

kak zai
mengorat yg offer macam2 tu - nak menjerat namanya...
tak kekal lama kut.........
he..

Tanpa Nama berkata...

wahh tak cukup skills lagi ek...

senang cakap omputeh lah

I lOVE YOU

p.s menjual barangan saya pandai, menjual cinta, tidak pernah, saya ikhlas mencinta, dalam keadaan biasalah... hahaha yang luar biasanya, saya juga mahu apa yang awak mahu...winkwink

zaijb berkata...

tak reti lah nak ngorat...

tapi saya rindu kat awak... boleh ke macam tue.... atau miss u.. he..
kalaulah orang tue faham... kalau buat2 tak faham...hu...

Unknown berkata...

zaijb
kenapa semua pompuan zaman sekarang - berani..........
semakin berani...
kalau rindu seseorang - kalau dia faham lagi bestkan...

itu bahasa kiasan tu....

Unknown berkata...

syaidah

dalam semua hal - cara kita mengorat dikaitkan dengan karektor kita...
betul tak....
ada orang
visual
audio
kinestatik.......

semuanya cara berbeza.

Maiyah berkata...

ngurat jgn x ngurat heee

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

fuh!! mcm2 jenis skill nak mengorat nie.. err.. tak tau mengorat..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Nice topic.. hehehe...

ngorat jangan tak ngorat.. hehe

(catz_mafia)

Eco Kid Adventure on Facebook