Sabtu, 27 Februari 2010

sanggupkah kita.

KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.
Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.
DARI JINGGO
sapa2 tengok TV3 semalam
ini cerita yang dikeluarkan 2 kali
mungkin untuk menyatakan
PENTINGNYA CERITA INI
kisah seorang anak yang bermain
didera.sehingga mati.
oleh seorang kekasih ibunya.
KITA KETEPIKAN CERITA
tak menariknya latarbelakang cerita ibunya
KEPADA KANAK2
bermain adalah seumpama
pekerjaan kepada mereka
tak bermain bermakna tak berkerja
tak bekerja - dikaitkan dengan orang malas.
PROSES
untuk bermain kita melihat ada kala
diluar jangkaan kita orang dewasa.
keinginan untuk tahu dan meneroka
kadang2 cukup membuatkan kita
HILANG SABAR.
apa perasaan kita.
dikala sibuk2 nak lelap mata
dikala itu dia bising yang teramat bising
apa perasaan kita.
dinding rumah yang elok dipandang
TIBA PENUH DENGAN LUKISAN
lagi dan lagi.
ini tak termasuk pesta mandi
buih dalam bilik air.
LAGI DAN LAGI DAN LAGI.
kepada mereka hidup berasaskan arahan
INILAH PROSES.
apa yang berlaku hari ini.
SANGGUP KAH KITA !

15 ulasan:

Tirana berkata...

Manusia zaman sekarang ni tak mampu menahan sabar...Silap sikit saja tapi tindakan yang diambil macamlah kesalahan tu besar sangat...Persoalannya kenapa kita sekarang tidak begitu 'sabar? Mungkin banyak faktor yang menjadikan kita semakin baran.

Pn Kartini berkata...

Masih tertanya2..mengapa ada yang sanggup perlaku sekejam itu pada anak comel sekecil itu..!!Sedih!

Agaknya inilah yang dikatakan bila jiwa rapuh dirasuk syaitan meragut sekaligus pertimbangan dan hilang kewajaran!!

ONE ZABA berkata...

sanggup bagi yang sanggup...tanpa ada rasa sesal atau belas kasihan.

tidak sanggup bagi yang tidak sanggup melakukannya....masih ada rasa kasih sayang.

zan xray berkata...

satu lagi mangsa dera yang meninggal dunia.
Menangis air mata darah pun dia tak akan kembali.

zai berkata...

Kita sendiri pernah melalui zaman kanak2..pasti masing2 ada cerita kenakalan yg tersendiri yg masih tersemat diingatan jadi berilah ruang utk anak2 kita meneroka zaman mereka dengan cara mereka yg tersendiri. wahai manusia berperikemanusiaanlah..kanak2 itu suci..kitalah ibubapa yg mencorakkan kehidupan mereka seterusnya samada menjadi putih atau hitam..

Kekejaman atas makhluk yg lemah mmg tidak boleh dimaafkan..

Unknown berkata...

puan tirana
disini saya yakin pada pembinaan IQ - EQ DAN ESQ...
dan saya yakin paling susah nak dikawal adalah ESQ

Unknown berkata...

puan kartini
kalau diuruti kisah mak dimangsa
Allah sayangkan anak ni agaknya.
tak mahu dia melihat dan terlibat dalam kisah tersasarnya mak dia....

Unknown berkata...

cguone
pada saya.
permintaan anak2 adalah umpama macam arahan boss - sebaik akan disempurnakan..kalau tak boleh - kenapa.....

Unknown berkata...

zan
apa yg penting - ceritanya kita jadikan pengalaman....

Unknown berkata...

zai
saya hidup zaman anak2 yg ' menyeksakan ' tapi tak sampai nak membunuh.
kena godam untuk mendidik.
dalam kes diatas - itu hasil tindakan orang yg tersasar.

kakyong berkata...

Sedihnya...kenapa manusia hari ini semakin bersifat seperti 'haiwan'?

Kamsiah yusoff berkata...

tak sabar nak tunggu...pembongkaran kes ni...bila jadi kes polis...semua didedahkan nnt..
saya jugak seorang ibu...mungkin ada yg anggap saya over dlm menjaga anak
tp saya memilih utk tak bekerja demi anak..
saya tak pernah percayakan sesiapapun
'mendampingi' anak2 saya
24 jam mesti depan mata saya kecuali kesekolah,kelas al quran...

Unknown berkata...

kak yong
kalau disorot kisah mulanya famili mangsa - ada cerita yang tidak sempurna.
bila kita membelakangkan hukum akan dan agama....

Unknown berkata...

puan kamsiah
itu pelaburan namanya
kalau ada peluang dan ruang - rasanya yg terbaik beri fokus terus tumbesaran anak2...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

sedih...pilu...menyayat hati dngr kisah2 anak yg tak berdosa diperlakukan sebegini...
hilang akal keberangkalian org yg sanggup mendera anak sekecil itu...

Eco Kid Adventure on Facebook