Isnin, 15 September 2008

BAHASA BADAN DALAM PERCINTAAN

Semalam - lama tak jengok kawan2 kat UPSI. dan lama tak jengok Tanjung Malim. Apa yang menariknya Tanjung Malim. Pada aku 2 perkara menarik - 1 - kedai ( RAVI - yang menyediakan semua cd/ dvd yang kita nak...) 2 - Pekan Koboi macam2 ada - termasuklah yang aku nak kongsikan ini. Jalan2 , memang Ahad sibuk di sini. Ada satu kedai - aku mesti singgah ke sini kalau ada apa2 program disini. Kedai lama yang menjual buku2 lama. Memang dari luar , tidak nampak apa2 yang menarik kedai ni. Buku bersebah - susah nak cari. Tapi di kedai ini menyimpan banyak buku2 yang berkualiti ....Nah sebuah buku lama dari penulis yang dah KAYA. Taukeh PTS sekarang. BAHASA BADAN DALAM PERCINTAAN ( ABDULLAH & AINON ) 1993.harga RM 5....( macam kata saudara azlan : kalau kita nak akan di dorong kita untuk dapat apa yang kita nak ).....
Aku beli 3 ( biasanya macam tu ).Dan malam tadi baca. Ooooo...patutlah macam tu. Ooooo patutlah perempuan macam itu dan begini.
Dalam banyak2 tajuk aku baca dulu : perbezaan lelaki dan perempuan. Kod peribadi.dan seterusnya bahasa badan.
Sudah menjadi hukum alam ( melayu ) lelaki begitu dan perempuan begini. Kita saling lengkap melengkapi. Tapi persoalan kita , seramai mana kita yang mahu mengambil tahu perbedaan tersebut. Ketidakmahuan untuk mengambil tahu menjadikan kita kadang2 saling tuduh menuduh...( FAKTA : PEREMPUAN MELAYU MENJADIKAN LELAKI MELAYU EGO ). Sebab ramai yang cakap macam tu. LELAKI EGO ( bukan semua )...dan aku tidak bersedia untuk membuka ruang untuk berpolimik disini. cuma menarik untuk di kongsikan - terutamanya KOD PERIBADI.....

3 ulasan:

suara berkata...

Salam Ramadhan...

Erm... mungkin benar perempuan melayu yang buat lelaki melayu ego. Tapi rasanya dakwaan/pengakuan itu telah disempitkan dgn penggunaan 'melayu'.

Chinese? Indian? Saya juga pernah jumpa dan dengar rungutan dari kaum wanita. Jadi kenapa mesti 'melayu'?

Lelaki ego kerana perempuan yg buat ia jadi begitu. Itu skop yg lebih luas.

Tapi ego tak akan muncul kalau pasangan saling menerima kekurangan. Hakikatnya, menerima kekurangan juga satu proses melengkapi. Kan...?

Unknown berkata...

terima kasih suara - ada beberapa faktor yang menjadikan lelaki melayu ( maaf - saya lelaki melayu ) ego : satunya adanya bahasa...orang perempuan bila bercakap mesti di hujungnya ada kan...kan....kan....( membuka ruang kepada lelaki untuk menjadi membuat keputusan )lain2 faktor budaya + agama.Ini adalah pengkajian ilmiah yang boleh di rujuk dan di pertikaikan..

Miss Jaz berkata...

salam mr.jinggo.saya amat berminat dengan sebarang bentuk motivasi..terutama buku yang ditulis oleh DR.HM.TUAH..saudara juga suka akan motivasi,diharap kita dapat berkongsi cerita& pengalaman tentang sebarang motivasi.-juzaidah@miss jaz- http://juzaidah.blogspot.com

Eco Kid Adventure on Facebook