Ahad, 21 September 2008

padan muka aku


Ini cerita tidak boleh jadikan contoh. Kisah seorang lelaki ( aku ) yang selalu terantuk dalam BAB ni. Kadang2 begitulah hidup ...tapi setidaknya ini pengajaran untuk semua orang2 yang pakai NGV ( sebab tak banyak tempat ada kemudahan tu ).

Dari Gombak isi ( rm 10 – dah penuh untuk NGV ) pagi. Ok biasanya boleh tahan untuk perjalanan yang jauh. Ok selesai. Tidak banyak aktiviti untuk hari siang. Dan petang – jemputan berbuka dengan kawan di Putrajaya – ok.nak isi minyak ( tak payah , sebab nak isi gas di putrajaya – kata kawan ada kat sana ). Dan seterusnya perjalanan cukup cantik. Dari Gombak ke Putrajaya ( kg PM )

Tamat disitu.Balik dari Putrajaya ini – yang nak di kongsikan. Pusing2 – tak jumpa Petronas yang ada GAS ( ada tapi tak jumpa : ini karektor lelaki – malas bertanya ). Tengok GAS ( berdasarkan signal – cukup untuk isi di PJ ). Dari Putrajaya ke PJ ikut highway Syah Alam – dan bermulalah kisah ini. Gas habis. Minyak habis. Gelap. Tengahmalam.Sunyi. Kat highway. Pukul 2 pagi.Apa nak buat....nak tidur dalam kereta ( bukan pengelesaian – call kawan2 – inilah kawan !!!!! ). Tapi sesuatu yang menarik di highway ni – banyak IKLAN : TAYAR PANCIT. Bukan satu.Call no kat depan. Ini yang menarik...KERJAYA ; DARI MASALAH ORANG LAIN....tapi ok.

Dia angkat call dengan : EN KAT MANA....

Dia dah set dalam kepala orang call mesti orang BERMASALAH....ha...ha..

Sebab tu dia dah rekodkan ayat pertama : EN KAT MANA...

Maaf en – saya kat sini.ada benda ni. ada benda tu.saya nampak itu dan ini....

OK BANG – SATU TAU TEMPAT TU.

Dia cari makan dari MASALAH orang lain. Ok. Setelah itu dan ini – aku kena tunggu !!!!. Dalam kepala dah macam2 terfikir. Macam mana kalau kalau dia ni PEROMBAK. KAKI PAU…dan macam2. KENA BUNUH. ESOK KELUAR METRO – MAYAT DALAM LONGKANG.CURI KERETA.

Jam 3 pagi. Dia datang dengan TONG MINYAK + CORONG ( cantik dia buat ).

Sembang2 sekejap. Kat sini selalu macam ni SELALU bang , dulu masa minyak mula naik lagi teruk – dalam sehari dekat 6 – 8 orang tersadai disini….akhirnya.BERAPA !!!!. Aku menharap seorang lelaki yang BUDIMAN – rupanya KAKI PAU.minyak RM 10 dia up sampai RM 35 – terkedu ! MELAYU PAU MELAYU..ok : ini pun bisnes. Orang bisnes mana nak rugi

MORAL 1 : Jangan di harapkan pada sesuatu yang TAK PASTI. Dari GOMBAK berpuluh2 PetrolStation – nak kejar benda yang tak pasti...begitu jua dalam hidup kita. Bak kata pepatah klasik : dengar guruh di langit air di tempayan jangan di curah..tapi aku dapat ILMU PRAKTIKAL yang orang lain tak rasa.

MORAL 2 : MENCARI MAKAN ATAS MASALAH orang lain. Dalam situasi ni adakah lelaki tadi kenakan aku !!! Adakah dia mengambil kesempatan sebab aku tidak ada pilihan…

MORAL 3 : Kepada sesiapa yang pakai NGV – kena pastikan minyak pun isi. Sebab tak banyak tempat ada GAS.

MORAL 4 : untuk aku sendiri ( padan muka ) tak boleh ke BERTANYA.

MORAL 5 : Jangan percaya kawan – yang dia pun tak pasti...ok..ok...comfirm , aku pasti tempat tu memang ada – dulu aku punya mak cik ( dan segala tok dan tok wan keluar ) pernah itu dan ini.

MORAL 6 : Hati2 ikut Highway di KL ni. Terlalu banyak sehinggakan kita tidak pasti JALAN NI NAK KEMANA ( walaupun dah tulis ) TAPI PUSING SANA – PUSING SINI.

MORAL 7 : KERAJAAN PATUT PERBANYAKKAN PETROLSTATION yang ada GAS.

MORAL 8 : SATU JARI KE ORANG LAIN – EMPAT JARI KENA DIRI SENDIRI…ok terima kasih.

18 ulasan:

Tirana berkata...

Selalunya pendidikan secara praktikal macam ni lebih-lebih praktikal yang agak menyakitkan..memang kesannya agak mendalam..ingat sampai bila-bila..bak kata orang sekali jalan terkena, dua kali jalan dah tahu.. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada pengajaran yang boleh dikutip buat pedoman di masa depan. Itu bagi orang-orang yang mahu ambil iktibar..Ada orang yang melakukan kesalahan yang sama berkali-kali..tak serik..tak amik pusing..tak belajar sesuatu..Orang macam ni degil ke apa?

Unknown berkata...

degil kut.sebab pengalaman tu tidak menjadi apa2 ( tak nampak )- sebab betul juga. orang susah nak berubah kalau ( tak kena batang hidung ).apa pun itu pengalaman yang boleh dijadikan cerita dan peringatan...

Brahim Nyior berkata...

Sabo jelah. Jangan patah semangat Yop. Teman duk di Lekio, takde NGV Petrol Pump. Tapi kalu kantoi lagi, singgah je teratak teman.

Teman ni bukan jenih Melayu pau Melayu.

Unknown berkata...

he..yop brahim - seronok benor teman boleh bersoreh perak ni...apa khabornye orang kome kat sana.mgoyam ( meriam )dah berbunyi ke...terima kasih kasih bebenorlah jengok2 blog teman..baru nak blajor yob..he...he...

Tirana berkata...

Degil atau pun bodoh sombong...bodoh tapi mengaku bijak..rasa diri pandai..sebab tu segala didikan tak terkesan di hati..moga kita tak tergolong dalam golongan ini.

P/S saya pun orang perak juga..tapi saya tak pandai cakap loghat perak sebab perak saya perak utara..loghat pun dah macam loghat utara..antara penang dan kedah.

Unknown berkata...

tirana - saya org kedah ( ayah dulu org politik kena campak ke perak ) duduklah kat hutan banat tu...berkawan.bersekolah dengan orang2 asli...bahasa saya - dengan makpak ( bahasa kedah ) dengan kawan2 ( perak pekat )..

azza_irah berkata...

bro jinggo..
nak gelak pun ada..sian pun ada..patut pun ada sebenarnya..
bukan saja batang hidung sendiri kena..sekurang2 nya dari pengalaman kita leh dijadikan panduan oleh orang lain supaya tidak bodoh sombong. rugi kali pertama dikatakan pengalaman, tetapi jika memilih utk rugi kali kedua bodoh namanya.

sy patut sarankan abg sy baca pengalaman cikgu ni..supaya dia pun tak malu lagi bertanya.

p/s- majoriti lelaki yg sy jumpa mmg malu utk bertanya...ego?

Tirana berkata...

Lind..abang kak tirana lain pulak..dia rajin bertanya direction kalau tak tahu..

Tapi lelaki memang kebiasaannya tak nak bertanya..malu? ego? entah apa? rasa diri pandai sangat kot..sorry jinggo..bkn menghina kaum lelaki tapi itulah hakikatnya.. Saya tengah baca buku Allan Pease, tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan secara saikologi..nanti kita tengok kenapa agaknya lelaki ni susah sangat nak buka mulut untuk bertanya...

azlanlin berkata...

To Kirana:

Sbb jarang ketemu lelaki yang mampu membikinkan dirinya bodo-bodo utk dptkan sesuatu...hik..hik..hik..

Tetapi, yang pompuan pulak, jati-hati bila ketemu lelaki sebegini..dalam diam-diam tersa sesutu menusuk kalbu...ermmm

Moga-moga kalian akan ketemu lelaki bodo-bodo sebegitu. Sebenarnya, dialah lelaki yang BIJAK!

mcm Jinggo....kan?

azlanlin berkata...

Pdgn aku:

MORAL 1 : Jangan di harapkan pada sesuatu yang TAK PASTI. Dari GOMBAK berpuluh2 PetrolStation – nak kejar benda yang tak pasti...begitu jua dalam hidup kita. Bak kata pepatah klasik : dengar guruh di langit air di tempayan jangan di curah..tapi aku dapat ILMU PRAKTIKAL yang orang lain tak rasa.

itulah kita, yang kurang menguasai maklumat...terperdaya dgn gambaran.. aku juga kekadang sebgitu..itulah kita!

MORAL 2 : MENCARI MAKAN ATAS MASALAH orang lain. Dalam situasi ni adakah lelaki tadi kenakan aku !!! Adakah dia mengambil kesempatan sebab aku tidak ada pilihan…

>> kita dikatakan jd MAKANAN kerana kita tiada PILIHAN. Pepatah mudah, NAK ke TAKNAK? SETUJU ke TAK SETUJU? deal! >> Itu bisness minded. Melayu sering rasa tertipu, sbb kurang bisness! ITU HAKIKAT DLM BISNESS! Aku mula boleh terima, hati kena KERAS! Tak PEDULI apa org kata, KUASAI MINDA & DIRI!

MORAL 3 : Kepada sesiapa yang pakai NGV – kena pastikan minyak pun isi. Sebab tak banyak tempat ada GAS.

Juga ingatan utk KITA. ada 2 PERUT. Kedua-duanya PERLU diisi... Jika KEDUA2nya kenyang..guna yang mana2 satu pun tak pa! kan?

MORAL 4 : untuk aku sendiri ( padan muka ) tak boleh ke BERTANYA.

>> sbb anggap remeh je bab nak menyoal-nyoal tu. Maleh pun ada! Amik risiko pun ada! eGO pun mungkin!

MORAL 5 : Jangan percaya kawan – yang dia pun tak pasti...ok..ok...comfirm , aku pasti tempat tu memang ada – dulu aku punya mak cik ( dan segala tok dan tok wan keluar ) pernah itu dan ini.

>> selalu kita akan katakan pd hati: AKU LEBIH PERCAYA PD DIRI SENDIRI..sebelum percayakan org lain.. selalu dikatakan EGO! Bila dah kena, baru nak terngadah..BIASA LA TU...

MORAL 6 : Hati2 ikut Highway di KL ni. Terlalu banyak sehinggakan kita tidak pasti JALAN NI NAK KEMANA ( walaupun dah tulis ) TAPI PUSING SANA – PUSING SINI.

sbb tu kalu balik dr selatan ke utara, aku ikut jalan satu hala, sebab tak pandai. Rugi pulak, x byk ilmu dan pengalaman. Heheh. Mana-mana pun takpa!

MORAL 7 : KERAJAAN PATUT PERBANYAKKAN PETROLSTATION yang ada GAS.

tak ramai bsnessman yang nak bukak petronas yg ada gas>> untung sikit sbb x byk pengguna lagi!

MORAL 8 : SATU JARI KE ORANG LAIN – EMPAT JARI KENA DIRI SENDIRI…ok terima kasih.

>> Kalu nak tnjuk arah orang, halakan kelima-lima jari..senang! tak patah balik, mungkin BUKU LIMA yang sampai..kan?

Unknown berkata...

cgu azza : ada satu buku yang saya baca - lelaki memang macam tu ( kajian dia ) susah nak bertanya..tapi sekurang2nya saya dah lepas pengalaman ngeri tu ( dalam bahasa mudah jangan BERTANGGUH )...

Unknown berkata...

tirana - saya lelaki ( yang semakin tahu pergerakan lelaki ) + dan saya pun semakin nak tahu ( apa perempuan nak pada lelaki ) - sebab pertembungan budaya + persekitaran menjadikan kita kadang2 lain......buku ALLAN PEASE tu memang menarik. saya dah baca - nanti kita boleh kongsikan.

Unknown berkata...

dan sekali lagi cgu azza : amboi2 jawapan pada moral tu - terkena batang hidung ( saya )tapi ok. tapi BENDA2 MACAM TU akan terbentuk satu yang di panggil disebagai CARTA SIKAP pada saya. lepas ni mana2 nampak label NGV mesti cepat ingat....

azza_irah berkata...

bro jinggo..
ekkek..sakan ek lena..takpe..dapatkan cukup rehat setelah melalui pengalaman ngeri.

mood?..tetap sama...cm badan rasa makin tak larat..dr pagi pedih tekak, selsema dah mula terasa..

kuih..?..bangun tido mmg lapa..hikss.

moral...sesal dhulu pndapatan..sesal kemudian..diri sndiri rugi..hehee..

warna..?..masih tetap sama...tapi skrg baju merah..hehe

apa pun..slamat berbuka cikgu..

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Salam Jinggo;
"Pengalaman mengajar kita segalanya.
Perjalanan pula membuktikan ketetapan pencarian.
Penyesalan pula perlu apabila kita sudah mulai sadar yang kita sudah berada di jalan yang salah.
Kembalilah kepada yang Hak.(Haq)

Comments on "Demi" di page saya:
Terima kasih kepada kamu juga sahabat.
Jinggo boleh dapat kan gambar2 The milky way atau ruang angkasa lepas yg lain-lain yg lebih baik dan banyak di website pingnews.com di website: http://www.flickr.com/photos/pingnews/431430366/

Etika salinan yang terhad perlu kita fahami di internet ini. :)

Nota: Pingnews menegaskan, Credits bukan kepapada pingnews.com tetapi Credits perlu diberi kpd NASA. Kita boleh menulis credits gambar diambil VIA pingnews.com. Itu T&C nya. :)

[NOTE: In most cases, NASA does not assert copyright protection for its images, but proper attribution may be required. This may be to NASA or various agencies and individuals that may work on any number of projects with NASA. Please DO NOT ATTRIBUTE TO PINGNEWS. You may say found via pingnews but pingnews is neither the creator nor the owner of these materials.]

Terima kasih Jinggo,

Selamat menulis,
ZUL RAHMAN

Mak Su berkata...

mmg benar semua yg dikatakan tu, pengajaran utk encik jinggo, dan pengajaran utk semua pembaca blog ini juga, tq

Unknown berkata...

terima kasih zul rahman : macam mana traning ESQ - mungkin banyak perkara baru - tentang BIG BANG saya membuat kajian dan penerekoan sendiri - melalui video Harun Yahya .Di hujungnya ada banyak yang boleh di konsikan kan - saya juga terjumpa teori BIG CRUNCH..dunia akan meletup !!!

Unknown berkata...

buat mak su - bukan sekadar pengajaran pada saya pada semua ( suami sendiri terutamanya ) buat kerja jangan bertangguh. padan muka aku...he....

Eco Kid Adventure on Facebook