Sabtu, 27 September 2008

jangan bersedih


Untuk sesiapa yang BERSEDIH di AidilFitri

Mengingati masa lalu dan menhadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang , kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu , sama ertinya dengan membunuh semangat , membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir , peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara , mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun , berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian , tidak ada lagi kesedihan , kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali , kerana ianya memang sudah tiada..

Jangan anda hidup di dalam mimpi – mimpi buruk masa lalu , atau di bawah bayang – bayang kesedihan lalu . Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut ! Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorban tersebut berulang kali ? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya.

Dengan kembali ke masa lalu , bererti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dabn melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyediakan , sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia – nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

Itulah umat yang telah lalu…..( Al – Baqarah )

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tiada ada manafaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman ini….

Dipetik dari buku La Tahzan ( untuk bacaan seterusnya )

PENGAJARAN untuk diri sendiri : Hidup adalah selingkar cerita yang kita tidak tahu di mana hujungnya. Apa ke sudah cerita ini. Yang mahunya – sedayanya kita akur dengan apa yang telah di caturkan agar kita tidak tergolong di kalangan kaum @ umatNya yang di laknak….

8 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

Salam.

Hmmm....it is okay to admit that we did fail sebab dari kegagalan itulah yang akan menyedarkan kita dari kesilapan!

Bersedih ialah satu ruang untuk kita muhasabah diri! Selepas habis sedih mesti kita mampu bangualln dan bergerak ke depan!

Wallahualam!

Azzah 'Izzat' AR berkata...

ckg harun.. la tahzan.. anda ada pilihan..! hehe..

selamat hari raya aidulfitri, maaf zahir dan batin..

insyaAllah 2009 akan membawa sinar yg lebih terang bagi 'orang2 mcm kita'.. shah pun dah start join the club! hahahaaa..

p.s: nantikan 'Celoreng Biru' syawal ini.. apa2 nnt saya update ckg harun.. oraitz..

azza_irah berkata...

bro jinggo..
merenung masa lalu tu penting. bukan utk kita meratapi nasib yang menimpa tetapi untuk merenung kekurangan dan kelemahan diri.

setapak kita melangkah ke depan..setapak juga kisah silam kita tinggalkan. kita hidup di alam nyata namun kisah silam tetap hadir sebagai satu panduan agar tidak lagi rebah..

Unknown berkata...

cgu azza - selamat hari raya. kat mana hari ini ( tahun ni ) - apa2 pun seronok dapat berkongsi banyak cerita bersama : seronok baca buku tu - kalau terlebih duit raya ( sebelum beli kasut..he...) beli dulu buku tu ok.

azza_irah berkata...

bro jinggo..
pesanan cikgu terlambat smpai..
sy kuar awl pagi ni semata2 utk beli kasut..tapi naluri tertarik pd hbag pink putih itu. puas dipujuk hati namun ianya tetap keras. akhirnya sy mengalah..hbag dan kasut sy bawa pulang..
kalaulah pesanan cikgu smpai pada waktunya..

Unknown berkata...

untuk cgu azza - saya pun macam tu.tapi saya rasakan tabiat macam tu menyusahkan saya...sekarang kalau nak shopping mesti ada bawa ' seseorang ' yang akan ingatkan ...AMARAN UNTUK JINGGO : yang baru itu tidak semestinya bagus....

MASTURA OSMAN berkata...

Saya sedang bersedih kerana bermuhasabah diri amalan belum banyak dilakukan, Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.Satu lagi bila saya baca artikel Encik Harun-Jangan Bersedih- saya belajar beri ruang kepada diri saya untuk menerima hakikat bahawa ALLAH BERI PELUANG SUPAYA KTA BERSEDIH DAHULU SUPAYA APABILA KTA REDHA DENGAN KESEDIHAN ITU MAKA AKAN MUNCUL SESUATU YANG LEBIH BAIK.
Allah Maha Mengetahui Di Setiap Sesuatu. Salam Aidilfitri.

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Salam wahai sahabatku Jinggo'..

:)

Ruang "katarsis"..
Baca..,
Bacalah dengan nama tuhanMu..

Salam hormat.

Eco Kid Adventure on Facebook