Ahad, 14 September 2008

kisah perjuangan

PERJUANGAN AKU – seronok menulis mengenai perjuangan. Ada ramai perjuang di sekeliling kita..Macam2.Aku seorang pejuang untuk diri sendiri ( diharapkan mampu di rebak kan kepada generasi2 hari esok ). Apa yang di perjuangkan. Meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Rugi dan malang kita membiarkan segala POTENSI diri di abai disebabkan oleh ( fitrah + persekitaran ). Apa yang tidak adanya kita – cukup besar sumbangan persekitaran. untuk menjadikan kita warga yang bertuah. Tapi malang situasi hari ini – kita seakan berhadapan dengan keadaan yang menakutkan – apa yang jadi kepada AGAMAKU.BANGSAKU.TANAHAIRKU.

Agama yang mula di kikiskan nilainya.Bangsa yang semakin hilang ketamadunannya.Tanahair yang semakin hilang harga kasihsayang warganya. ITU PERJUANGAN AKU.Dalam kontek pendidikan aku gunakan secara maksimum.Aku guna setiap inci ruang untuk aku ‘ menangkap ‘ peluang…aku habiskan masa yang bertahun ( 1997 – 2008 ) untuk membuat analisa sendiri.31082007 adalah hari terakhir penganalisaan aku . PLKN . aku membuat kesimpulan keseluruhan – ini GENERASI HARI ESOK – rasanya PERJUANGAN INI BELUM SELESAI .
Aku untuk seterusnya akan menggunakan ruang + peluang + potensi untuk meneruskan apa yang harus ( wajib ) diteruskan. Dan untuk hari ini dan seterusnya semuga ruang dan peluang untuk disini , pasti aku letakkan NIAT yang besar untuk meneruskan apa yang patut di teruskan. Untuk melihat GENERASI HARI ESOK bangun dari kealpaan (fitrah) untuk meNERJAH keluar dari kepompong persekitaran. Dalam kontek aku – ilmu @ buku. Keduanya adalah dalam keupayaan dan kemampuan kita – tapi di nafikan potensinya. Kenapa ? Kita tidak didedahkan @ sistem yang telah berakar umbi yang telah menyatakan..cukuplah kita tahu apa yang kita tahu. Selainnya kita membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita. Malang.Malang dan seterusnya Malang. Aku kecilkan skop kepada GENERASI HARI ESOK ( anak2 + adik2 di kuliah ) – dan itu cerita aku bila ada yang mula bertanya APA PERJUANGAN AKU (terima kasih seorang sahabat bloggers ).


Kepada sahabat tersebut : saya mengendalikan sebuah Pusat Pendidikan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu – satu masa. Di pinggir hutan.Sungai.Air terjun sudah cukup untuk menjadikan ini MEDIA PERJUANGAN saya.


Pengajaran : bercakap soal peluang sarjana ilmu meletakkan 3 kelompok manusia.3B. Orang Bodoh – tidak tahu menggunakan peluang ( dan buat tak reti ) yang datang. Orang Baik – peluang yang datang di gunakan sebaiknya. Orang Bijak – menggunakan dan mencari peluang untuk pembaikan diri seterusnya pembaikan persekitaran.


UNTUK ITU PELUANG YANG DATANG – KITA GUNAKAN SEBAIKNYA.LETAKKAN NIAT DI ATAS SEGALANYA…..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jinggo!
Thank you for sharing your thoughts with us.

Welcome to the world of HOTS.
Welcome to House Of Theatre Society.

We love reading your Blog.

Permission to add your Blog at our Blog listing as we was advised by our beloved and dedicated Mr.C a.k.a Mr.ZUL RAHMAN. We had long talk yesterday eve. :)
Love to visit your place one day.

Thank you very much!

Love,LiveLife & Play,
HOTS

Tirana berkata...

Perjuangan kita belum selesai..Perjuangan kita dalam mendidik generasi sekarang untuk menjadi pemimpin di masa depan. Untuk berjuang, kita perlukan kecekalan, ketabahan dan kesabaran. Lengkapkan diri dengan segala macam ilmu dan kepakaran yang diperlukan. Mudah-mudahan kita berjaya dalam perjuangan kita, InsyaAllah.

Unknown berkata...

terima kasih puan tirana : semuga apa yang berlaku antara kita dan kita dan kita - mendapat keberkatanNya.....

suara berkata...

Perjuangan yang seimbang adalah perjuangan untuk dunia dan akhirat.

Masyarakat sekarang lemah dan hampir lumpuh kerana tidak ada keseimbangan dalam kehidupan. Dan kerana ketidak seimbangan yang berlaku, agama mula di kikiskan nilainya, bangsa semakin hilang ketamadunannya. Tanahair semakin hilang harga kasihsayang warganya...

Semoga diberi kekuatan. InsyaAllah...

Eco Kid Adventure on Facebook