Jumaat, 19 September 2008

kisah seterusnya

Masih bercerita mengenai KEMANUSIAAN.setidak-tidaknya ia tak menjadikan ruang ini satu ruang yang kosong – sebab aku yakin pada PELUANG. orang BIJAK akan mencari PELUANG untuk pembaikan diri. Sebab telah dijanjikan 3 kelompok mahkluk yang akan melata atas mukabumi. 1 – orang malang ( hari ini lebih teruk dari semalam ) 2. orang cemerlang ( hari ini lebih baik dari semalam 3. orang rugi ( hari ini lebih teruk dari semalam )…kita berpeluang untuk memilih. Asasnya adalah KEMAHUAN.
Ada satu cerita ( dari cerita kawan2 ) – seorang lelaki yang aku ketegorikan dari segi IQ + EQ + ESQ….sempurna secara asasnya. Berkahwin atas desakan MASA. untuk menyelamatkan wanita ( isteri ) dari penangan abang2 & mak yang BARAN ). Dan sudah tentunya perkahwinan ini tanpa restu. Kepada lelaki ( budiman ) ini – takdir sudah tertulis begitu. Dan akur pada segalanya, dan seterusnya bersedia untuk apa jua penambahbaikan diri. Hidup berterusan – kisahnya semakin menarik bila dia menjadi MANGSA lepasan BARAN isteri. ( ceritanya sama – dulu isteri menjadi mangsa BARAN kini dia menjadi suami mangsa) Ada teori menyatakan ini penyakit VICTIM OF THE VICTIM. Hidup berterusan : kesabaran menjadi dinding yang amat kuat kepada lelaki budiman tersebut. Anak2 menjadi sempadan. Bertahun begitulah: keadaan tidak berubah. Mungkin pengaruh GENETIK agaknya. Siisteri tidak boleh disentuh ketidakpuasannya: di hujungnya maki hamun.

PERSOALANNYA : SI MAK MENTUA + ISTERI = keduanya adalah orang yang rajin ke Mekah. ( duit banyak ) dan teori keagamaan cukup untuk membuatkan sesiapa pun diam.

Kenapa macam tu..Dan dihadapan aku ada 2 buah buku – DAVID COLEMAN + DR DANIEL – kedua2 penulis yang hebat mengenai tajuk IQ VS EQ VS ESQ.. berdasarkan kajian besar untuk kesempurnaan hidup - 15 % adalah IQ, sementara selebihnya adalah EQ. Dalam isu aku tadi SI MAK MENTUA + ISTERI ada kesemuanya. Apalagi yang membezakan mereka?

Buku PARLINDUNGAN MARPAUNG menceritakan segalanya : antara PERCAYA + KEPERCAYAAN. Tentunya keduanya punya maksud yang berbeza – percaya (ok, macam orang perempuan + tudung + aurat = percaya ) ….sebab tu semuanya dah jadi macam2 ( maaf !!! ini bukanya ruang untuk dipersoalkan isu ni ) – kepercayaan Hindu + Batu Caves + Wel Wel = kepercayaan.

KEPERCAYAAN dalam bahasa mudahnya adalah PENGHAYATAN bait demi bait apa yang dia PERCAYA….teringat kata : Dr Robiah Hamzah ( he…teringat cerita saudara Ikram - editor PTS mengenai Dr + EQ ) biar kita menguasai ilmu jangan ilmu menguasai kita
Dalam kontek MAK MENTUA + ISTERI – dimana penghakiman kita?

8 ulasan:

azza_irah berkata...

ehehh..
kak tirana sile jwb..

Prasert Chaipradit berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

minta maaf dahulu - terima kasih kedua. dalam sibuk2 edit - teredit ulasan kedua.minta maaf.

azza_irah berkata...

bro jinggo..
ekkek..sian mongkut..

Unknown berkata...

cgu azza - biasalah - tapi tu lah - minta maaf banyak. jangan di tafsirkan apa2 dengan terpadamnya ulasan tu

Tirana berkata...

IQ, EQ, SQ..ketiga2 perlu ada dalam diri setiap insan. Dan bagi saya SQ merupakan kemudi yang mengawal pergerakan IQ dan EQ.

IQ, EQ dan SQ adalah perkembangan yang berlaku ketika masih kecil. Dan perkembangan pesat sebenarnya berlaku ketika kanak-kanak di bawah enam tahun. Bila dah tua, perkembangan itu masih berlaku tapi ratenya very-very slow. Bagi saya amat penting mendidik anak-anak mengurusi emosi dengan baik sejajar dengan pertumbuhan otak dan fizikal mereka. Kemahiran dalam menangani emosi itu sangat penting supaya "emotional hijack" dapat dielakkan. Dan kita sebagai ibubapa perlu melatih anak-anak tapi kalau kita sendiri pun tidak bijak menangani emosi, macam mana? Dilahirkan sebagai islam memang indah sekali..sebab islam telah menggariskan cara2 kita mengawal emosi..bila kita dalam keadaan marah, bagaimana cara kita mengawalnya,bila dalam keadaan stress, apa perlu kita buat, bila dalam keadaan bersedih, bagaimana pula. Di sinilah pentingnya SQ. Tinggi atau rendahnya SQ tidak boleh diukur dengan luaran semata..tidak boleh diukur dengan berapa kali dia naik haji dan sebagainya sebaliknya dia diukur dengan tindakan seseorang apabila dia berdepan dengan sesuatu yang mencabar emosi dan keegoannya sebab itulah saya katakan SQ itu sebagai kemudi..

Minta maaf dari jinggo..komen saya selalu terpanjang..hehehe

Nak tanya lind (azza-irah), kenapa minta kak tirana jawab..apa soalan yang perlu kak tirana jawab??? Keliru sebentar..hehehe..bulan-bulan puasa ni begitulah situasinya..

Unknown berkata...

kenapa tirana perlu jawab : minta maaf kalau menimbul kekeliruan ( sebab bila edit semula saya buang perkataan tu ). gini . berdasarkan apa yang saya baca dalam blog puan - sedikit kesimpulan saya buat. puan layak untuk menjawab soalan itu.Soalan2 yang berkisar kepada sesuatu yang kritis & ilmiah ( terutamanya topik agama dan kemanusia ). insyallah saya akan gunakan semula bahan tersebut -minta maaf puan.

azza_irah berkata...

kak tirana..
dlm ym nnti lin cite..ekkee..

Eco Kid Adventure on Facebook