Khamis, 18 September 2008

patutlah....

Aku membiasakan diri.jangan lewat.sebab apa erti ilmu kalau tidak diamalkan.destinasi hari ini adalah MAHKAMAH SYARIAH KUALA KUBU.banyak cerita yang menarik untuk di kongsikan....masih mengenai kehidupan ( lelaki ). memang aku buat kesimpulan sendiri - ini di antara tempat yang lelaki tak suka datang ( maaf - berdasarkan pembacaan ). disebabkan datang awal , aku berpeluang sembang2 dengan ramai orang....
tetapi pak cik ini menarik perhatian. orang kedah. dia datang jauh sebab jadi saksi , yang suka aku adalah sepatah kata pakcik ini : orang muda sekarang macam tulah , berkawan sampai tak ingat dunia ( lupa mak bapak ) bila susah baru depa cari......

dan seterusnya - 9.30.Mahkamah bersidang - aku tengok satu persatu.satu persatu.dari 20 kes yang di bicarakan ( kebanyakkan tidak dapat di jalankan ) sebab isteri datang SUAMI TAK DATANG.TAK DAPAT DI KESAN....disebabkan aku lelaki ( kenapa agaknya lelaki dalam bab2 macam ni - susah nak datang - dan kenapa perempuan suka2 menyudahkan cerita disini....oppss sensitif !

tapi ada 2 kes yang membuatkan aku seronok nak kongsikan : pertama - ustaz.penampilan warak.baca STAR( mesti kerja bagus2 ).ada janggut.pakai kupiah.isteri - bertudung labuh hitam.penampilan.sempurna. pegang tasbih. kes pertama : cerai di luar mahkamah - dan isteri mengeluarkan perkataan yang tidak sedap di dengar ( dalam mahkamah ). MORAL : APA LAGI YANG KITA BOLEH JADIKAN PERBANDINGAN ( tirana tolong jawab ). apakah ilmu agama ( zahirnya ) tidak mampu !!!

kedua : kes cerai di luar mahkamah - kahwin bulan Ogos 2008 - isteri mengandung.kesian.suami brutal.orang muda ( pakaian sudah cukup di jadikan perbandingan ).kesian.kesian.cinta.kahwin dan cerai......

ketiga : buat apa aku kat sini................

Dan seterusnya - dunia tidak akan berhenti bersama keluh kesah kita. dalam hidup tidak ada BETUL dan SALAH. cuma diharapkan dalam dunia ini tidak hilang lagi perkataan MAAF. Apakah dalam dunia sudah hilang pertimbangan. ruang. kesempatan untuk kita toleh kebelakang - suatu masa KITA PERNAH BERSAMA.......

10 ulasan:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa berkata...

Salam Pengenalan

azza_irah berkata...

bro jinggo..
manusia mudah lupa di mana tempat pertama kaki melangkah...kerana jejak yang ditinggal tiada terkesan. akal budi dan petimbangan berada di tempat kedua semasa amarah..sb itu kita diminta diam atau beredar seketika apabia api membakar diri..supaya tidak terhambur ayat2 yang akan kita sesali di kemudian hari..

Unknown berkata...

cgu azzah

begitulah manusia normal bercakap...saya suka : sbb tu kita diminta diam atau beredar...semuga kita di berkatiNya.....hari pakaian baju apa......

untuk antara mata , hati dan minda...

semuga ada ruang untuk kita berkongsi.....

ixora berkata...

student geografi jumpa dgn cgu alam sekitar..ngam lah tu..semoga boleh berkongsi pendapat...thnks..=)

Prasert Chaipradit berkata...

Masa nak kahwin tak sabar-sabar. bila nak cerai, tunda-tunda pulak. Lafaz cinta di mana-mana boleh, tapi lafaz cerai mesti di mahkamah cik abang woi!

Tirana berkata...

Zaman sekarang ni, we cannot judge book by the cover. Penampilan macam seorang yang beriman tapi perbuatan mengatakan yang sebaliknya. Saya bertemu ramai orang yang macam ni. Bercakap agama..dialah yang pandai tapi dalam masa yang sama dialah kaki penipu. Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa tanpa buah.. Amalan tanpa berpaksi kepada iman seperti pokok tanpa akar tunjang. Dalam keadaan marah, ilmu dan akal dikawal oleh nafsu. Iman yang sepatutnya jadi kemudi entah ke mana hilangnya.

Orang sekarang walaupun bijak..kerja bagus..pangkat tinggi..masuk dalam kategori berIQ tinggi tapi tidak pandai mengurusi emosi. EQ low dibandingkan dengan orang dulu2 walaupun orang dulu2 IQ low. IQ tinggi
saja tidak cukup..sebaliknya memiliki EQ yang tinggi menjadikan seseorang itu bijak mengurusi emosi..seperti bijak kawal kemarahan..

Astaghfirullah..panjang pulak komen saya.. Jinggo boleh amik apa saja artikel dari blog saya..free of cahrge..hehhehe

azza_irah berkata...

bro jinggo..
insya allah..
apa sjaa asal boleh dimanfaatkan..

smlm berjubah biru laut..
arini kebaya purple..bawak budak ke ihya ramadhan..

Unknown berkata...

panjangnya komen dari tirana....dan begitulah hukum alam. saya sekadar membuka ruang polimik.dan ternyata di sekeliling saya ada ramai yang WARAS.

Kepada Cgu Azza : purple - warna orang untuk bersosial. gitulah berdasarkan kajian....

ixora - terima kasih - kejap dalam pukul 10 ada meeting dengan Jabatan Alam Sekitar di PutraJaya. Nak tahu apa yang baru nanti kita kongsikan.......

Munif Iman berkata...

Salam Perkenalan di Alam Maya Digital.

Menarik sungguh perbincangan ini. Mahkamah syariah.... Kalau boleh tak ada orang yang nak ke sana tapi apakan daya...

Betul tak ?

azza_irah berkata...

bro jinggo..
sile check purple kaler yg sy pakai di blog sy nnti ya..ekekee..bersosial?...sesekali asal masih di landasan tidak salah kan..?

Eco Kid Adventure on Facebook