Selasa, 23 September 2008

teruk budak sekarang...

Nak kongsi cerita : ikut KRT ( Rukun Tetangga ) buat operasi ' sekodeng ' budak buat akhtiviti melampau..rasanya cerita ni dah lama bermain dari rumah ke rumah . surau ke surau . sekolah ke sekolah . cerita biasa. budak lari.ponteng.samseng.ikut jantan.kondom.gugur anak.BIASA. JKKK ala biasalah tu. cgu sekolah ala biasalah tu. ADUN ala biasalah tu....dan semakin mengerikan semalam : tangkap budak tengah buat aktiviti melampau ( budak sekolah ).

Sembang2 dengan budak2 - cgu tahu budak2 ni bertukar komdom masa perhimpunan sekolah - habis perhimpunan terus lari ikut jantan...masyallah.

Kesempatan terlibat secara terus dalam bidang ini , ini sedikit ( kalau boleh di katakan pandangan - ikhlas ) - mungkin masalah sosial begini dimana2 kita akan berhadapan. samada kita nak ambil tahu @ tidak itu persoalan lain. Dan mungkin perkara ini semakin tidak asing dengan persekitaran kita ( terutamanya pinggir KL )-apa puncanya : dalam sebuah buku menyatakan ( masalah remaja bermula dengan masalah masyarakat ). betul ke.

Ginilah - aku tidak mahu mempersoal tempat lain ( cukup untuk bukit beruntung sahaja . Setelah 5 tahun duduk dan terlibat secara terus dengan Program Kemasyarakatan Penduduk Setempat boleh di simpulkan - penat + bosan - bukan satu.berpuluh2 program2 diatur secara percuma.tak datang.dari dewan ke surau.Minat kepada akviti pembanggunan diri amat menyedihkan. Yang biasanya. Semua institusi kemasyarakatan rapuh organisasinya. bergaduh.berpuak..akhirnya ANAK KAU - ANAK KAU. ANAK AKU - ANAK AKU....faktornya mungkin pendidikan + ekonomi ( rujuk kepada teori Maslow ).

Anak2 ini - sedih mahu dirungkaikan - cukup di katakan.mereka di ABAI kan oleh sistem yang bertahun tahun begitu. Sebab aku yakin ( dan percaya ) semua yang berlaku adalah dari SIKAP ( yang terlentur dari persekitaran , pengalaman , pendidikan ) Sebab pepatah barat pernah berkata :

KELAZIMAN ( TINDAKAN ) akan membentuk BUDAYA
BUDAYA akan membentuk TABIAT
TABIAT akan membentuk SIKAP
SIKAP akan membentuk TAKDIR kita.......

R.E.M.A.J.A - RISIKO.EMOSI.MANJA.ANGAN2.JUVANA.AGRESIF - itu cerita mereka. apa pulak cerita kita......

7 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Kita yang silap.
Kita yang alpa.
Kita yang melahu.
Kita yang buta.

Dan kita hanya memandang tidak mengerti tidak memahami.

Akhirnya anak-anak kecundang, kita kecewa!

Pendekatan mudah ialah bagaimana kita menyediakan "safety net" untuk mereka.

Kesedaran perlu datang dari kita.

Peranan guru perlu dibangunkan semula dalam institusi kemasyarakatan.

Soal budaya atau takdir, kita yang menetapkan untuk mereka.

Kita yang menentukan halatuju mereka.

Tapi kita tak nak semua tu...kita cari jalan mudah...tuding jari pada semua orang kecuali diri kita sendiri! (Teringat cerita NGV dan 4 jari)

Unknown berkata...

eeee.cgu.satu jari pada orang empat jari pada diri sendiri - untuk itu fikir2kan : hidup kita adalah pilihan kita...untuk itu bijaklah memilih hidup

Tirana berkata...

Salah laku remaja masa kini banyak faktor penyumbangnya, ibubapa, guru, sistem pendidikan, ekonomi, pemerintah, anggota masyarakat, persekitaran and so on. Jadi tidak perlu menuding jari pada sesiapa sebaliknya fokus pada apa yang boleh kita lakukan untuk memulihkan keadaan. Masing-masing dari kita ada peranan. Ibubapa ada peranan begitu juga dengan guru dan lain-lain. Sekiranya semua boleh memainkan peranan dengan berkesan, dan bekerjasama di antara satu sama lain, saya rasa gejala salah laku di kalangan remaja dapat dibendung

P/S Jinggo, nanti saya kirimkan cerita di blog saya menerusi email, insyaAllah.

azza_irah berkata...

bro jinggo..
sekadar berkongsi pengalaman dalam masyarakat yang azza sndiri terkena tempiasnya..

posting cikgu psl anak remaja..anak muda yg akal pikirannya terlalu cetek dibandingkan dengan kita yang dah mengnjak dewasa n boleh menilai baik buruk, dosa pahala, hitam atau putih.
bulan ramadhan bulan yang dituntut dilipatgandakan lagi amal ibadat dan kebajikan..namun ada segelintar manusia yang bertopengkan syaitan..malahan bergelar pendidik menconteng arang memalukan institusi perguruan(mgkin cikgu dah terdengar kisah ini..sebab di selatan dah menular..cikgu azlin..?)

terasa malu apabila mengetahuinya. namun inilah kuasa tuhan. kita mendidik..kita memmpin..kita meresapi hati anak2 dengan iman dan adab..tapi di kalangan kita juga ada yang hidup bertunjangkan nafsu. sadis bunyinya kan. tapi inilah hidup..pokok pangkal dari hati dan didikan agama.

melentur buluh biar dari rebungnya..bagaimana pula dengan batang pkok yang telah keras..nak dilentur terlalu utuh ..hendak ditebang parang kita tak cukup tajam..

Sharifah Hassan berkata...

Salam kembali,

Mengupas isu tanpa ada tindakan tidak membuahkan hasil.

Semua hebat meluahkan pendapat tapi akhirnya diri sendiri juga kecundang...waduh!

so..4 jari kat diri sendiri ek!

Unknown berkata...

saya penat sangat2 ( pukul 6.55 pm ) terima kasih tirana.cgu azzah dan sekali lagi.cgu sharifah - kita tidak mampu menyalah itu dan ini.kita berada dalam satu sistem yang telah bertunjak menjadi budaya yang menakutkan - cgu azzah , itulah - biarkan kita menguasai ilmu jangan ilmu menguasai kita - dan sharifah - saya bercakap soal sistem : tepuk dada tanya selera. Minat untuk melihat pembanggunan insan harus diletakkan di atas komitmen yang berterusan.

azza_irah berkata...

bro jinggo..
soping sakan ya..
sy jugak masih terjelepuk di sofa berselimut. selsema, batuk, badan panas siap ngn muntah. lengkap pakej. hajat hati nak kuar arini tertunda. soping lum abih, cookies pun lum abih buat..nak buat camna..kita mengharapkan yang terbaik namun tuhan yang menentukan.

merah tetap menawan cikgu..biar dari sudut mana pun dipandang..cm perlu kesesuaian supaya tidak nampak keterlaluan. begitu juga kita dalam berbicara..petah boleh..hebat berhujah juga boleh..asal tahu apa niat di hati..

p/s- satu ari nnti sy postkan kasut2 dalam koleksi sy..skrg lum cukup warna pelangi..tggu ye..

Eco Kid Adventure on Facebook