Khamis, 7 Mei 2009

dimana akal kita

Bersabdalah Rasullah SAW :
Aku diperintah menyeru manusia atas kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia , akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama : kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja. Ini dinamakan Akal Tertutup. Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka. Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
Kedua : Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan
.
Ketiga : Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
Keempat : Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan. DI ULANG : SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI.....

Moral pada kita : Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi cadangan itulah zahirnya. Sebagaimana fitrah manusia akan menentang setiap perubahan berlaku. Sebuah ahli sufi pernah dikatakan : Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.Nak kenyang tanpa makan.Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja. Nak berjaya tanpa berusaha. .Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) – Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan dan tidak suka menerima tanggungjawab.
Untuk itu mari kita sama2 fikir . Dimana duduknya akal kita.Orang2 sekitar kita. Semuga kita diberkatiNya.

Dipetik dari Buku Personaliti di Kagumi

13 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum w.b.t

kalau utk diri sendiri, saya akan lebih yakin untuk menerima sesuatu yang dah ternyata benarnya.. dan sy nampak dgn mata saya sendiri daripada mempercayai apa sahaja yg org katakan...

kerana manusia ada pelbagai ragam dan ada segelintir golongan yang lebih suka menyampaikan apa yg tidak benar

wallahua'lam..

Unknown berkata...

dan saya pula macam ni..
selalunya saya akan bersangka baik dalam semua keadaan.
percayakan orang sebagaimana saya mahu orang percayakan saya....
TAPI
selalu berhati dalam tindakan.
yang penting : sebaiknya tidak gemar menyanggah apa aja yg datang.......

Unknown berkata...

bersangka baik itu mg patut :)

Unknown berkata...

dan nur...
itu sebaiknya kita kan..
kerana diyakini hidup ini umpama ' main boomerang '
kita memberi dan menerima

2_one berkata...

akal adalh anugerah yg paling mahal.yg membezakn kita dgn haiwan..kita jgn terlalu ego or penting dri sendri untuk menegakkan idea kita shja..kita pun perlu ambil kira cadangan org lain dan menghargai cetusan minda org lain...kita hidup masyarakat mesti mngambil kira pandangan org sekeliling..akal besar peranannya.sbb itulah allah ciptakan akal itu diatas,dikepala..kita selalu katakan buatlah sesuatu dgn mggunakan akal..pndpt sy,kalau hati tu kotor,akal kitapun kan terhijab utk brfikir dgn baik berlandaskan ap yg patut.tp kalau hati yg bersih suci nescaya akalnya hebat..dapat di gunakan dgn sebaiknya...wallahu'alam.

Unknown berkata...

cgu 2 one...

lagi soal QALBU
itulah kita.kawan2 kita.dalam menerima sesuatu yg baru...
sebab tu Rasullah SAW berkata : ada 3 kelompok manusia melata atas mukabumi
orang yang
CEMERLANG
MALANG
RUGI....
orang cemerlang mempastikan hari ini mesti lebih baik dari semalam...

Mak Su berkata...

akal yg bijaksana akan menjamin iman yang teguh

p/s: hari ni taruh gambar, tak sembunyi, clear.

Unknown berkata...

mak su.

terima kasih kerana kita terus berurusan.....

addyaholix berkata...

salam tuan!
cuma jenguk-jenguk =)

Unknown berkata...

ADDY

itu gambar addy ke..
handsomenya...
he............

Dearie Pearls berkata...

"Kedua : Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.."

Bukti dan Fakta pentng untuk memperkukuhkan hujah..
huhu..

Unknown berkata...

pastinya
LoL
jadilah diri sendiri..
tahu dimana nak mulakan
dan kita tahu dimana penghujungnya....
ditengah2nya ada proses...

apa yg penting
kita ada ramai kawan yg akan mengiringi kita......

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Orang yang punya akal kedua tu - tentunya sesuai menjadi seorang peguam kan?

Semoga kita tidak berada dalam kelompok manusia yang malas.. Amin

Eco Kid Adventure on Facebook