Isnin, 25 Mei 2009

orang sakit !

Kita biasa berhadapan dengan orang yg menjadikan kritikan sebagai kerjaya.
Mereka menjadikan kritikan seolah - olah mereka akan memenangi hadiah dalam peraduan. Mereka akan mencari dan terus mencari.
menjaja dan terus menjaja dan menyalah dunia atas semua kerumitan.

siapa mereka ini
orang yang tidak merasa gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
berasa terganggu apabila mereka berasa baik , kerana takut mereka akan merasa lebih teruk apabila mereka lebih baik.
menhabiskan sebahagian besar hidup dikaunter aduan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan
berhenti tidur atas katil apabila mereka mendengar bahawa kebanyakan orang mati di katil
tidak dapat menikmati kesihatan yang baik kerana mereka memikirkan mereka mungkin akan mati esok hari
bukan sahaja menjangkakan keburukan malah menjadikan keadaan lebih teruk apabila sesuatu berlaku

DARI JINGGO
itu cerita kita
kawan2 dan persekitaran kita
tentunya mereka berbeza
MELIHAT DONAT BUKAN PADA ISINYA - TAPI LUBANGNYA.
untuk itu.
kerana mereka berbeza
pendekatan kita juga berbeza
menurut Dale Carnigie dalam buku hebat.
JADIKAN MEREKA BETUL
JADIKAN MEREKA PENTING
selainnya diam.
layanlah mereka - sebagai orang sakit !

14 ulasan:

2_one berkata...

mmg ad org yg mngambil kritikan sbg benda positif bukan negatif.senang hidup xde nk sakit hati dgn sapa2..ad org semua peluang dia bolot dia sorang..mmg btul kita kena bijak mencari ruang n peluang..mmg btul kita org biasa n bekrja luar biasa utk kejayaan..tp kadang2 kita kne berundur sedikit..jgn terlalu tamak..penadapt aja.kalau salah harap diampun

Unknown berkata...

kisah orang mengkritik dan kena kritik dan sentiasa mencari ruang nak menkritik....

izati ginilah mungkin : semua ini adalah persoalan karektor yg tidak sempurna dalam kontek hubungan sosial hari ini.

sebab itu - dalam sebidang kain putih - kalau terdapat titik hitam....yg hitam itu yg org nampak....

itu cerita orang sakit....

Dearie Pearls berkata...

Bro...
Thank you...

Happy day!

Unknown berkata...

LoL

terima kasih
kerana kita saling memapah diri masing2

Unknown berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Betul saudara. Orang-orang begini sememangnya sakit dan perlukan pertolongan. "Sakit Jiwa" . Bagi mereka semua orang lain tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Kalau melihat donut dari lubangnya, itu boleh membuatkan saya menjadi pengkritik yang paling hebat.. sebab saya peminat donut.. hehe

Pengkritik perlu sedar - ilmu dalam diri manusia tidak sempurna.

Ingatlah setiap kritikan itu umpama membayar terbukanya rahsia keburukan diri sendiri nanti.

~Insan Biasa~ berkata...

Salam Wak Jinggo,

Letihla Wak, kot nak melayan orang-orang sakit begini...
menyalah tetapi tidak pulak memberitahu apa yang betulnya...

erm...sakit..sakit...

KTS berkata...

nama penyakit ini adalah sakit was-was..
.
.
.
.
sbnrnya mereka kurang percaya pd diri sendiri..

errr... saya percaya diri sendiri.. tidur pun atas katil... :D
.
.
.
saya suka donat.. macam2 rasa ada.. bila nak belanja?? hikhikhik

Tirana berkata...

Mengkritik itu ada seninya. Orang yang mengkritik dengan berseni, dikira sakit jugak ke? hehehehe...

Unknown berkata...

tuan.

dimana mahu ditempat orang begini.
ditikar sembahyang aja kut.
tahu yang hidup kita bukan sekadar mencari salah orang.......

Unknown berkata...

cgu zana

mengkitik adalah satu keperluan..
tapi sejauhmana kita berkemampuan untuk mengkritik.
dikatakan
orang mengkrtik berasaskan 2 faktor
cemburu
jahil....

betul ke

Unknown berkata...

cgu anis

orang2 sakit semua kawan2 dan sekitar kita.
baiknya..
jangan kita berjangkit.
diam
sabar...
ingat dunia ni adil...

Unknown berkata...

kutaksempurna

jom makan donat kat Ong Tai Kim.......
he..
sebab kita tak sempurna.
anggaplah semua yg berlaku adalah kelas kita...belajar.

Unknown berkata...

puan tirana

sebab tu kat USA ada kelas - skill untuk menkritik.
sebab lazimnya emosi + ego orang kena kritik jatuh...
jadi bagaimana untuk menkritik tanpa menjatuhkan orang....

jadikan dia penting dulu kut
cari dimana kelebihan....

Eco Kid Adventure on Facebook