Isnin, 18 Mei 2009

saya ada sorang kawan....harap dia baca !


Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.
Allah berfirman maksudnya:"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."dan sabda baginda lagi maksudnya:"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?
maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah laku seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
suka menonjolkan diri
suka disanjung di hadapan orang lain
bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
tidak mengendahkan nasihat orang lain
merasa dirinya saja betul
suka memuji-muji diri sendiri
bermegah-megah dengan keturunan.Rasullullah saw bersabda maksudnya:
" sesiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

14 ulasan:

Sulamankasihabadi berkata...

sapakah kawan jinggo yang sombong tu emmm...he3

Unknown berkata...

uji.

ada sorang kawan yang tidak ada kat dalam blog ni...
semuga kesombongannya diredakan...
dan tahulh disini bukan berhenti terakhir.

Sulamankasihabadi berkata...

yes..betol2..dia x akan berada di atas selagi kesombongan menguasai diri...

semoga kita dirahmati selalu..

Unknown berkata...

tapi itulah uji

kerana dia seorang kawan.
akhirnya ginilah ajalah teguran terbaik....

2_one berkata...

sombong ibarat mengangkat diri sendiri ke tempat yaanggg tinggi n mnghampas diri sendiri ke tanah...sombong tu kan makan diri dia nanti.xde yg hendak disombongkan.dia hnyalah manusia biasa n xkan bertukar mnjadi makhluk lain yg konon2 lbh hebat dari kemampuan manusia..

Unknown berkata...

2-one

itulah kita
karektor orang ( kawan2 ) sekitar kita.ada sekelompoknya tidak menyediakan ruang untuk turun kebawah...

angguh dengan nikmat yg dipinjamkan.
semuga hari ini kita dijauhkan Allah dari kelompok orang2 begini....

ONE ZABA berkata...

harap-harap aku tak masuk dalam kawan yang jinggo maksudkan itu.
kalau ada...ampun dan maaf dari segenap tubuh badan jua dipinta.

Unknown berkata...

cgu one

kalau tu bukan dalam blog - dalam industri saya - bidang latihan - saya percaya trainer @ motivator ini kena ada ' persembahan ' yang lain...

sebab kita mendorong kepada kesempurnaan hidup orang lain - sempurnakan diri sendiri mungkin lebih baik sebelum nak sempurnakan diri orang lain....

saya nak ke gunung lagi bulan 6...

addyaholix berkata...

kamu juga sombong dengan saya bang.
bila nak keluar belanja minum-minum? =)

Unknown berkata...

kamu lagi sombong addy
bila nak call saya.....

he..kita pekena teh tarik.
apa2 pun terima kasih kerana kita terus berurusan...

Tanpa Nama berkata...

Saya takut baca...takut terkena kat btg idung saya..Manalah tau kot tersasul bicara. Tersilap langkah atau semuanya TER...TER...TER...

Tapi, percayalah, kalaulah hati saya boleh bercakap sesuatu.... Pasti dia akan bercakap jua..."aku tak mahu jadi begitu..."

KTS berkata...

saya tak sombong :D
kawan dgn saya je laaaa
hik hik hik

Unknown berkata...

puan aryani

ini persoalan karektor
yang kita bawa dari aliran genetik dan perkembangan persekitaran.
semuga itu bukan kita dan kawan2 kita dan kelompok kita.....

Unknown berkata...

ku tak sempurna

memang suka rendahkan diri...
terima kasih....

Eco Kid Adventure on Facebook