Isnin, 11 Mei 2009

terlalu mengejar kesempurnaan...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...

16 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

tersentuh hati dengan n3 nie...isk isk..

~Insan Biasa~ berkata...

dipendekkan kata, pengalaman mengajar bagaimana untuk mencantas kelewahan dalam berkasih sayang....

2_one berkata...

dari n3 ni,sy dpt katakan,belajar lah untuk mngatakan syukur..bersyukur dgn apa yg dimiliki..trlalu mngejar kesempurnaan,kelak kita juga yg rugi.yg dikejar xdpt,yg dikendong brciciran..xde manusia yg 100 peratus sempurna.xsemstinya kita dpt ape yg kita mahu..seharusnya brsedia untuk 2kemungkinan.maybe kita kita dpt,mybe kita xdpt..8lez xde lah kita kecewa sgt cz kita dah sedia dari segi mental untuk mnerima kmungkinan buruk..jika kita dapat ape yg kita mahu,ucap syukur..

ONE ZABA berkata...

sayang semua...peace!!!!!!

Unknown berkata...

cgu anis

bukan sekadar tersentuh
baca.
hayati
dan praktiskan
dimana2 yg sesuai dan selesa

Unknown berkata...

cgu one

sekadar perkongsian.....
sayang semua !!!!

Unknown berkata...

2an...

itulah kita.fitrahnya sentiasa menjadi kesempurnaan - sehingga kadang2 kita mungkin terlupa barangkali.....
apa yg berlaku pada kita - bukan sekadar berlaku....
kita diminta untuk belajar
dan diajar....

Marzalina berkata...

sebagai manusia biasa, kita memang mengharapkan kesempurnaan, sedangkan hakikatnya manusia tiada yg sempurna.
Mcm mana nak keluar dr sifat mementingkan kesempurnaan? sebenanrnya rasa syukur adalah salah satu cara utk kita mengatasinya. Saya juga harapkan perkara yg sama..kerana kita semua adalah manusia biasa.

Unknown berkata...

intan.

bersyukur !
sebab ketidakpuasan dikaitkan dengan cerita yg datang dari bisikan QALBU...
untuk itu.
pastikan QALBU membisik kata2 yg terbaik untuk kita dengar dan tafsirkan......

azlanlin berkata...

Kekadang, menjadi kebiasaan di awal perkenalan, kesempurnaan menjadi buruan. Situasi yang bakal berlaku setelah memilikinya:

1. KECEWA kerana kesempunaan hanya dari segi fizikal...lemah dalam spiritual. Emosi tidak setekal tindakan. Tiada seiringan jasad dan rohani.

2. KECEWA kerana kelemahan diri menjadi kritikal akibat kesempunaan yang dicari. Bibit pertengkaran akan berlaku setelah kelemahan yang dipandang. Tiada seiringan pula katanya.

Perbezaan itulah yang menjadi persoalan untuk mencari titik pertemuan antara dua jiwa. Malangnya, tidak ramai yang mampu mengharungi pertemuan titik persamaan kerana... EGO!

Mungkin Bro Jinggo boleh menambahkan untuk kekurangan dalam komen ini..

Tanpa Nama berkata...

Tak ada yg sempurna...cuma kekadang hati manusia selalu berbisik, 'jangan sampai 1 yang dikejar tak dapat 5 yang dikendong keciciran!!'.........

semalu berkata...

n3 yg sngt menarik.

insaf2...

baru tersedar yg rupa2nya saya juga tergolong dlm org2 yg terlalu mengejar kesempurnaan.kurang bersyukur dg apa yg ada malah kadang2 terlalu mengejar sesuatu yg belum tentu pasti.

so harap2 pas ni saya akan jd manusia yg lebih bersyukur.

Unknown berkata...

Perbezaan itulah yang menjadi persoalan untuk mencari titik pertemuan antara dua jiwa. Malangnya, tidak ramai yang mampu mengharungi pertemuan titik persamaan kerana... EGO!

cgu azlan.
teruja.amat teruja dengan jawapan dan komen cgu..
ego
mencari kesempurnaan.

Unknown berkata...

puan aryani

mendalam madsud tu.
saya sedang berfikir........
jangan terlepas.
kita fikirkan.

Unknown berkata...

semalu

terima kasih kerana kita berurusan......
kerana itulah fitrahnya kita
sentiasa mencari kesempurnaan sehinggakan kadang2 semua terlepas....

~ a m a ~ berkata...

tak perlu tlalu mngejar ksempurnaan.. krn hakikat dri kita sdri mmg x sempurna.. cukup dgn bsyukur dgn sgl apa yg ada dan hargainya.. sbb takut dlm kita sibuk mngejar ksmpurnaan, kita akan kehilangan.. terima seadanya, sentiasa pbaiki dri kita dr masa ke semasa, n sentiasa b'usaha mdptkan redha yg Maha Sempurna,, dan dr situlah akn menerbitkan kesempurnaan LUARAN n DALAMAN tnpa kita sedari..

nobody's perfect! :)

Eco Kid Adventure on Facebook