Rabu, 1 Julai 2009

kenapa nak menangis...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.".

.dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.
" (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda :
Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
Apabila dahi nya berpeluh.
Airmatanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
sumber : Isu Hangat

18 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

bagi saya...orang lain saya tak tahu la..
menangis sebab...
terharu

terharu kenapa...
kerana macam-macam perkara...

mungkin kerana masa 'di sini' sekarang
atau
mungkin juga kerana masa 'di sana' akan datang

terharu kenapa...
masih dua...positf dan negatif

terharu kenapa...
kerana masing-masing ada hati
kerana masing-masing ada perasaan

menangis adalah salah satu luahan secara fizikal.itu je.
kuat2 menangis atau diam2 menangis...(angkat bahu je)

hak individu nak menangis atau tidak..

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Air mata tu sukar dibendung. Kadang-kadang tak sedar bila ia mengalir.

Cuma rasa bersyukur kerana masih diberi nikmat merasai kesucian air mata itu. Jika ia sudah ditarik oleh Allah, wallahualam..

- jinggo - berkata...

cgu anis..

dalam hidup ada sekali
menangis sungguh2....

sekali aja.

masa bila.
adalah........

- jinggo - berkata...

cgu zana

menanngis adalah nikmat
tapi...
jangan gunakan untuk tujuan lain........

kenapa perempuan menangis bila selesai akad nikah......

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

walau apa pun sebab menangis,

menangis lah kalo ingin menangis.....

jangan disimpan-simpan..

tangisan itu boleh membuat hati berasa lega sedikit....

- jinggo - berkata...

wan...

perempuan dah menangis..
cantik tgk.
kalau lelaki menangis....
macam apa agaknya.

tapi menangis tu kan nikmat.
kalau ditarik - susah nak salurkan....

ustazah dyLLa berkata...

sape2 je yg menangis mesti ade sbb...kta pun bgitu jua...jgn terlalu mnyimpan tangisan itu krana kalo tersimpan lama ianya akan mnjdikan hati kta sekeras-keras hati...yakinilah bhawa tiap tangisan yg tertitis itu adalah gugurnya dosa2 bg org2 yg bertaubat...

a kl citizen berkata...

selalu menangis sebab... marah sangat dan tak boleh nak luahkan marah tu, sbb bila dah marah sangat ... lidah kelu utk berkata2, airmata pulak yang keluar

Marzalina berkata...

Mata yg menangis kerana takutkan Allah pada hari kiamat kelak tidak akan disentuh api neraka..

menangis baik untuk mencuci mata dan hati dari debu debu kotoran.

- jinggo - berkata...

dyalla

menangis bersebab ok.
ni yang menangis MJakson meninggal ni dalam ketegori mana agakanya...

teman pun menangis bila durian kat kebun teman kena curi dan mangko....

- jinggo - berkata...

betul cgu KL....

kadang2 sebagai pendidik pun kita kadang2 menangis dengan perubahan anak buah kan....
dan menangis lagi kalau dia buat perangai lagi...

- jinggo - berkata...

menangis baik untuk mencuci mata dan hati dari debu debu kotoran.

intan - terima kasih kerana perhatian...

blueCITY berkata...

airmata! airmata! airmata!

murahan ke airmata ku kalo ianya mudah mengalir?

tak kira :
kerana cinta..
kerana family..
kerana kesihan..
kerana marah..


aku dah puas menangis! tapi airmata masih tak kering?
bukan aku yg nak menangis, tapi ianya datang sendiri , dari hati, dari jiwa, dari perasaan ku yg mayb sensitif, lembik!!!

oh no!! ramai yg kata aku kuat? aku hebat?

hakikatnya?

huhuhu...=)

- jinggo - berkata...

blue...

soalan saya belum ada yang jawab :
kenapa perempuan masa menikah selalu menangis....

he...
terima kasih kepada pandangan : sebab airmata dan menangis adalah fitrah kita......

adnieyl achan berkata...

menagis untuk membersihkan hati yang semakin hitam disebabkan oleh noda dan dosa yang dilakukan sepanjang hidup sebelum taubat, itu yang sebaik-baiknya untuk dilakukan...

perempuan menangis selpas dinikahkan ada dua sebab...

pertama kerana dia akan meninggalkan zaman gadisnya dan keluarga yang telah menjaganya sepanjang bergelar anak dara sunti.

kedua kerana dia akan hidup bersama orang yang bukan darah dagingya dan orang itulah yang akan menjadi payung tempat dia berteduh, for the rest of her life...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

cikgu ni panggil sy wan lg...

ni nak menangis ni...

hehehehe....

- jinggo - berkata...

adnie

pertama : terima kasih kerana kita berurusan...
dan seterusnya : terima kasih kerana perkongsian.dan gitulah - perempuan menangis.......

lelaki menangis masa bila ( mesti nangis ) - masa nak jadi orang dewasa !

- jinggo - berkata...

wan oh wan...

makpak hang bagi nama tu.
hang tak suka....
ni nak marah ni...

teriak lah....

masa kecil kalau ejek kawan2 macam tu lah - lagi tak suka lagi tu kena sakat...

Eco Kid Adventure on Facebook