Khamis, 23 Julai 2009

siapa kawan kita


Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda,
"kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya".
Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan;
pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.
Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula.
Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.
DARI JINGGO
untuk melihat kita 5 tahun akan datang
lihat buku apa yg kita baca hari ini
lihat siapa yang kita temui untuk dijadikan sandaran...

14 ulasan:

Guru berkata...

betul sangat tu...kita berkawanlah dengan sesiapa, tetapi dalam bersahabat kita mestilah memilih

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Berkawan tu memang penting.. kalau tak hidup ni tentu sunyi.. Ana setuju ngan kak KL.. kena memilih juga..

Izzah berkata...

kalau nak pilih kawan..pilihlah yang membawa kebaikan kepada kita kemudian sentiasa nasihat menasihati,bukan memberi keseronokkan kemudian hanyut dengan kelailaian.

~Insan Biasa~ berkata...

berkawan biar seribu....

Tirana berkata...

nak tambah statement dari anis aka insan biasa...berkasih biarlah satu..hehehe..

Kadang kita dinilai dengan melihat kepada siapa kita berkawan. Kalau kita berkawan dengan orang yang huhahuha...maka orang akan menganggap kita pun sama macam tu.. kalau kita berkawan dengan orang yang bersopan santun, maka orang akan menilai kita sebagai seorang yang bersopan santun juga...so berhati-hati dalam memilih sahabat.

Unknown berkata...

cgu kl..
saya amat percaya kepada pandangan tu.kawan akan membentuk persekitaran kita - dan seterusnya budaya dan tabiat kita.
sejauhmana kuatnya pengaruh kawan bergantung siapa kawan kita...

nilai yg kawan kita ada
nilai yg kita ada...

Unknown berkata...

cgu zana
saya mengamalkan konsep mudah...
saya tidak akan berkompromi dengan kegagalan.
kalau yg asyik memandang kebelakang...rasanya bukan pilihan terbaik..
tapi
mereka masih seorang kawan.....

Unknown berkata...

cgu izzah
begitu juga memilih kawan sebantal....nilainya akan meresap dalam jiwa kita.
pilih yg terbaik berdasarkan banyak keperluan...

kena difikirkan semasak2nya..

Unknown berkata...

cgu anis

berkawan biar seribu.tapi jenis kalau yg kita jadikan ikutan menentukan siapa kita......

Unknown berkata...

puan tirana
saya percaya kepada jenis kawan.
adakalanya aura @ pengaruh kawan amat mempengaruhi kita..
kalau sekadar2 mungkin tidak ada apa..
kalau sebaliknya
bagaimana boleh berlaku.
kebijaksaan kawan berkamahiran sosial...besar impaknya......

untuk itu.
siapa kawan kita hari ini....

ONE ZABA berkata...

jinggo adalah kawanku.....

Unknown berkata...

ingat kari kambing.
ingat kawanku
one zaba.......
he....he.....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kawan tak sama dengan sahabat....

Unknown berkata...

wan...he..
kawan memang tak sama dengan sahabat....
betul tu.

Eco Kid Adventure on Facebook