Selasa, 14 Julai 2009

ikhlas ke kita memberi...

“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”
kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.” “Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung.
Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


KITA KONGSIKAN.
Ini cerita dikiri kanan kita
samada kita
keluarga kita.rakan2 kita.peminpin kita.
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

sumber : majallah Solusi

10 ulasan:

blueCITY berkata...

salam....

ikhlas ke i?
hmmmmmmmmm
kalo kita memberi cinta, mesti minta dibalas?
kalo kita memberi salam, pasti nak mendengar jawapan?
kalo kita memberi hutang, pasti menunggu bayaran balik? ahaks!

so,
mana kita berada erk?
huhuhu =)

Tirana berkata...

Ikhlas...mudah dilafazkan dibibir tapi sebenarnya susah untuk diamalkan. Mulut menyebut ikhlas sedangkan hati masih mengharapkan sesuatu daripada apa yang diberi...

Marzalina berkata...

Cikgu..saya pernah dengar..ikhlas itu seperti seekor semut hitam yg berjalan di atas batu hitam di malam yg gelap...kita tak akan nampak..tetapi Allah sahaja yg mengetahuinya.

- jinggo - berkata...

dan blue...
kalau orang dah singgah blog kita -kita mesti singgah blog orang lain juga....

ikhlaskah kita menulis disini..
harap2 begitu....

- jinggo - berkata...

puan tirana
ikhlas dikaitkan dengan memberi...
kita dimana.
adakah dihujungnya kita akan persaoalkan...

apa aku akan dapat....

- jinggo - berkata...

intan.
amat menarik kalau mahu dikaitkan semut hitam itu..

semuga kita mendapat iktibar dari perkongsian ni

ASYIQ berkata...

Bagus cerita ni...
Boleh kongsi yea..

- jinggo - berkata...

cgu asyik
terima kasih kerana perhatian...

zai berkata...

Salam Jinggo...
Hmm...saya suka entri ni, banyak pengajaran terutamanya tntg keiklasan didalam membuat sesuatu kerja..mmg banyak orang membuat kerja dengan harapan utk mendapat balasan..

baya berkata...

puan zai
begitulah kita - sekitar kita...
kadang2 kealpaan semasa menjadikan kita lupa......

Eco Kid Adventure on Facebook