Rabu, 22 Julai 2009

kita fikir dimana betulnya.....


APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA
anda mengubah kepercayaan anda
apabila anda mengubah kepercayaan anda
anda mengubah jangkaan kita
apabila anda mengubah jangkaan anda
anda mengubah sikap anda
apabila anda mengubah sikap anda
anda mengubah tabiat anda
apabila anda mengubah tabiat anda
anda mengubah prestasi anda
apabila anda mengubah prestasi anda
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA.

dari jinggo untuk dikongsikan
semakin banyak buku yang hebat menulis cerita yang sama. nak berjaya dikaitkan dengan kefahaman begini
kita adalah apa yg kita fikirkan
kita adalah apa yang kita percaya.
TENTUNYA
orang paling dekat dengan kitalah yang banyak memberi kepercayaan pada kita.
saya semakin percaya kepada pendidikan awal.
untuk itu.
mulalah memberi kepercayaan yang betul pada anak2 dan persekitaran yang betul pada mereka - kerana mereka akan membuat tafsiran semua yang mereka percaya dan fikir dalam bentuk tindakan mereka.

18 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

untuk anak2 di kelas hujung, peranannya - kena bantu mereka bina kepercayaan bahawa mereka sebenarnya bukan berada di hujung....

caranya ialah....

~Insan Biasa~ berkata...

dan untuk mereka2 yang pernah jatuh - bantuan yang diperlukan adalah bina semula kepercayaan bahawa jatuh bukan semestinya bermaksud hancur....

caranya ialah....

- jinggo - berkata...

caranya ialah..

nanti saya buat N3 untuk itu - bagaimana NLP boleh membantu manusia yg gelap menjadi terang....

secara teorinya ada.

- jinggo - berkata...

cgu anis

semua dalam pemikiran kita-kuasa mental - kita mengerak kita untuk membuat tafsiran itu dan ini.

semua dah ada dalam diri kita.
gunakan.
tak tahu.
baca buku tu...

kena usaha sikit

~Insan Biasa~ berkata...

untuk membina kepercayaan itu sendiri perlu ada rasa percaya bahawa kita kuat...

vitamin paling mujarab adalah...

- jinggo - berkata...

cgu anis..

panjangnya....
YM ajalah
kita diberi anugerah yg kita tidur kan @ kita tak reti gunakan.
minda dibawah sedar.
kuasa kepercayaan didalamnya menentukan kita naik @ turun...

Tirana berkata...

Pi mai pi mai tang tu..hehehe...kebanyakan buku yang dibaca..itulah ceritanya..berkisar antara fikiran dan sikap. Dalam buku2 parenting pulak menceritakan fikiran dan sikap perlu dibentuk ketika masih di peringkat awal usia. Siapa nak membentuk kanak-kanak ini kalau bukan ibubapa. Oleh itu ibubapa kena bersedia untuk membentuk sikap dan sahsiah anak-anak..

- jinggo - berkata...

puan tirana

kerana saya percaya kepada progming..kita macam komputer.
apa yg diprogramkan itu yg kita akan dapat..

untuk itu - prosesnya adalah ilmu.
dan saya semakin yakin - indahnya dunia ini dengan ilmu...

kalau tanpa amal

lain bunyinya.

pujangga berkata...

em,untuk membina kepercayaan
memang mudah..
tp,nak mempertahankan sikap
dari kepercayaan dan jangkaan,
suatu yang berat..

adakah caranya mengatasi yg berat itu??

- jinggo - berkata...

terima kasih pujangga

saya percaya kepada proses yg berterusan...
dominasikan keinginan
sebab.
kelaziman akan membentuk budaya
budaya akan membentuk tabiat
tabiat akan membentuk sikap....

kelaziman adalah proses dominasi yang berterusan..

terima kasih

a kl citizen berkata...

perkara yang sama , dibincang oleh orang lain2.... sudut yang berbeza, kesan pun berbeza

2_one berkata...

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA
anda mengubah kepercayaan anda
apabila anda mengubah kepercayaan anda
anda mengubah jangkaan kita
apabila anda mengubah jangkaan anda
anda mengubah sikap anda
apabila anda mengubah sikap anda
anda mengubah tabiat anda
apabila anda mengubah tabiat anda
anda mengubah prestasi anda
apabila anda mengubah prestasi anda
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

ayt ini yg sy selalu ulang,ulang dan ulang dikala sy rse sy lemah.sy tampal didinding ayat ni..
sy percya pd kuasa minda..(+ALLAH)

- jinggo - berkata...

cgu...
memang dah banyak diperkatakan - untuk org2 yg ambil kisah dan persoalkan skill tersebut..

dihujungnya adalah..
bersediakah kita BERTINDAK.

- jinggo - berkata...

ayt ini yg sy selalu ulang,ulang dan ulang dikala sy rse sy lemah.sy tampal didinding ayat ni..
sy percya pd kuasa minda..(+ALLAH)

2 one...
semuga menjadi guru yg terbaik

Illyani Ismail berkata...

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA
anda mengubah kepercayaan anda

ckgu, ni teori kan... saya pernah baca teori ni..
hurm tapi kita perlu semanagat yang kuat untuk mengubah setiap apa yang kita percaya...
mengubah pandangan kita...
kita juga perlukan dorongan untuk berubah...

KALAU KEADAAN TIDAK BERUBAH.. KITA YANG HARUS BERUBAH...

- jinggo - berkata...

illani

tulis besar2 keinginan kita
baca hari....lebih bersemangat
ada kuasa tarikan disitu
yang akan membantu

percayalah

izzah berkata...

saya percaya sesiapa yang berada di sekitar anak2 ini perlu memberi keyakinan kepada mereka...bimbing mereka...mereka tentu akan sangat terkesan dengan org sekeliling mereka...orang yang terhampir dengan anak2 ini sangat berperanan penting kepada mereka...

- jinggo - berkata...

CU IZZAH

saya percaya kepada sistem progming pada anak2...
semuanya ada bermula dari awal......

Eco Kid Adventure on Facebook