Isnin, 20 Julai 2009

kalau macam tu...


WANITA kebiasaannya akan menghabiskan masa hampir setahun daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.
Kajian mendapati memilih pakaian untuk bekerja, keluar makan malam, berjalan-jalan, bersenam dan sebagainya akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk wanita berada di hadapan almari pakaian mereka.
Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.
Pakar mendapati secara purata wanita akan menghabiskan sebanyak 16 minit setiap hari biasa untuk membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.

CERITA JINGGO
perempuan dan pakaian
lelaki dan batang pancing
( bukan semua )
MUNGKIN
macam tu agaknya.
kita banyak menhabiskan banyak masa disitu.
perempuan tak suka lelaki yang sibuk dengan btg pancing
lelaki tak suka perempuan menhabiskan masa dicermin.
kerana sudah seakan menjadi fitrah kita barangkali
kita bersangka baik sahaja diakhirnya.
yang pastinya dihujungnya.
memilih pakaian jangan sampai nampak ' tidak ' berpakaian
memilih batang kail jangan sampai hari2 makan sardin tin....

Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.

14 ulasan:

blueCITY berkata...

huhuhu
cam terasa la plak, ahaks!
maybe, wanita...
memang sedikit cerewet dlm memilih apa2 pun,
tak nak tersalah pilih
macam memilih lelaki utk menjadi suami kot?

tapi lumrah,
apa yg kita pilih dan rasa ok tak semstinya ok di mata org lain..

lelaki kaki pancing,
kaki buku ( =p),
kaki bola

ada lah lebih baik dari

lelaki kaki pempuan
kaki pukul
kaki ganja
dll...

=)

- jinggo - berkata...

ha..
kalau lelaki kaki buku macamana pulak....

kadang2 begitulah.
bila dah bersama : keinginan untuk mengorat hati masing.
minat kita seharusnya minat dia..
minat dia seharunya juga......

sebab fitrah kita suka orang yg sama nilai dengan kita....

Marzalina berkata...

Kalau dalam soal pakaian, saya memang agak simple..kalau pakaian gi keja la..tapi kalau pakaian nak kuar jenjalan..memang akan ambik masa jugak la..berfikir nak pakai apa, warna apa..bla bla bla..tapi taklah teruk sgt, penampilan kan penting bagi seorang wanita..sebelum memakai sesuatu mestilah kena fikir dan rancang dulu, biar kelihatan menarik dan sedap mata memandang..jangan pakai pakaian yg keterlaluan cukup dah.

tapi kalau orang lelaki yg suka pancing tu..huhuhu..mesti boring asyik tunggu je kan..cari la hobi yg ekstrem sket! baru la mencabar hehehe

- jinggo - berkata...

intan
tak suka lelaki mancing ; macam tu juga laki tak suka pompuan ngadap cermin..

habis tu macama mana.
sbelum pi ngadap cermin - fikir dan bayangkan dulu baju apa nak pakai...

betul tak...

ONE ZABA berkata...

dalam asyik memilih pakaian...pakaian semakin kurang.

dalam asyik memancing...hanya koleksi batang panting je la.

a kl citizen berkata...

semua orang yang makan cili akan terasa pedasnya...

- jinggo - berkata...

cgu one

ha...
pakaian semakin kurang sebab yang buat kain tu semuanya lelaki - sibuk nak cari batang kail....

risaunya..
baik jadi orang asli...
simple dan mudah.
tutup mana yg patut.

- jinggo - berkata...

cgu kl...

pedasnya.
saya berpakaian sempurna - tak ngadap cermin.
saya tak mancing...sebab makan di kedai aja....

zai berkata...

Rasa2nya kak zai tak macam tu kot..bila buka almari dah susun baju ikut minggu..so just capai jer..tapi mungkin kebanyakan wanita mmg mcm tula.mgkn disebabkan wanita ada 9 nafsu dan 1 akal...

- jinggo - berkata...

kak zai

terima kasih kerana pandangan....yang menarik untuk semua orang tahu

'ainrahimin berkata...

dah pmpuan byk baju, byk aspek nak kena consider before pilih baju tu, sesuai ke tak, selesa ke tak, sbb tu amek masa,hihihihi

- jinggo - berkata...

terima kasih ain.
kalau duduk sorang ok kut - duduk dan pilih lama......
kalau dah bersuami macamana tu....

'ainrahimin berkata...

kalu da kawin, maknanya, si suami secara automatik akan menjadi perunding nasihat kepada si isteri...si isteri pula dinasihatkan agar tidak lebih2 dlm memilih pakaian...

- jinggo - berkata...

ain
itu kalau dpt laki yg boleh diajak berbincang...he

Eco Kid Adventure on Facebook