Selasa, 21 Julai 2009

pertengkaran penting dalam hubungan


PERBEZAAN pendapat atau pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam sesuatu perhubungan. Malah umum mengetahui bahawa perhubungan tanpa sebarang pertelingkahan biasanya
sukar untuk bertahan dan putus di tengah jalan.
Mengapa pertengkaran penting?
Ini kerana, bertengkar dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi dengan pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Jadi, bagaimana sebenarnya boleh pertengkaran dibentuk untuk menghasilkan keputusan yang lebih positif?
Hanya ada satu perkara yang boleh dilakukan.
Peraturan utama pertengkaran adalah persediaan
Sediakan peraturan sebelum memulakan apa-apa. Ingatkah anda sewaktu cinta mampu mengatasi segala-galanya? Ketika si dia lewat dua jam untuk temujanji dan anda masih mampu tersenyum apabila dia tiba. Cuba duduk dan bincang dengan pasangan mengenai peraturan-peraturan kecil pada ketika itu.
Bincangkan hal ini
"Dalam sesuatu isu (pertengkaran), bagaimana anda dan pasangan menyelesaikannya?"
Berikut adalah beberapa cadangan yang kedua-dua anda boleh mencapai kata sepakat dalam perbincangan ini.
Bertengkar hanya apabila pertengkaran itu boleh membantu anda berdua menjadi orang yang lebih baik.
Jangan sesekali serang ego
Tidak ada lelaki yang sabar dipanggil pengecut, sama seperti wanita tidak suka dilayani seperti hamba! Perjelaskan kepada pasangan sempadan itu dan pastikan dia faham.
jangan panggil pasangan dengan nama-nama hina atau mengeji.
Hanya seorang bercakap pada satu masa.

Tentukan pemenang dan yang tewas
Pastinya pertengkaran itu menjadi sempurna apabila hasilnya adalah situasi menang-menang. Tetapi, ada kes di mana keputusannya berat sebelah.Sediakan peraturan bagaimana untuk menjadi pemenang atau sebaliknya. Seperti contoh, pemenang harus menghormati pihak yang tewas.

Bersetuju mengguna orang ketiga
Hanya apabila pertengkaran sukar diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berkompromi. Orang ketiga perlu 'ditugaskan' terlebih dahulu seperti kawan baik atau ahli keluarga terdekat.
Mana-mana pihak boleh meninggalkan pertengkaran pada bila-bila masa (tempoh bertenang).
Ini sebenarnya peraturan yang paling sukar kerana kemarahan memerlukan seluruh kekuatan yang ada hanya untuk mengawalnya.

Berlatih bertengkar
Walaupun kedengaran pelik, tapi apa salahnya.
Atur beberapa masa untuk berlatih mengendalikan pertengkaran.
Cuba gunakan permohonan tempoh bertenang, atau pihak ketiga atau tidak menyerang ego.
Ia boleh menyentuh apa jua isu, ingat, tujuannya adalah untuk berlatih peraturan-peraturan penting di atas sebelum anda dan pasangan benar-benar bersedia untuk bertengkar.


sumber utusan

22 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

berlatih bertengkar?
susah dengarnya...takut2 bekekalan bertengkar pulak!

Unknown berkata...

cgu - sedang membuat tafsiran sendiri..
berlatih bertengkar..
ini macam buat latihan - bertengkar secara positf.

menurut mr karl marx..kerana konfliklah dunia ini bertamadun.

dengan bertengkarlah gamaknya si suami tak asyik cari kayu pancing....agaknya

nurirhamna berkata...

~maaf itu adalah kemenangan. sehebat2 dan segagah2 manusia adalah org yang mampu mengakui kesilapan.Sesungguhnya ia adalah cahaya yang mengeluarkan seseorang dr kegelapan hati yang mati...~

xpayah bertekak..berbincang xpe..hihihi

Unknown berkata...

cgu hafizan

baiknya dengor bunyinya kome ni...
macamana agaknya kalau rumahtangga tak berbunyi...

apa2 pun terima kasih kerana pandangan

2_one berkata...

sebenarnya kita akan lebih kenal,lbh rapat dgn seseorg tu apabila kita bertengkar.tp JGN ACAP KALI.kadang2 boleh lah..dgn pertengkaran juga kita boleh tau sikap kita yg tdk disenangi oleh pasangan kita..sy rse semua nya dpt diatasi dgn berterus terang dgn org tersebut/pasangan...byk kes berlaku,perselisihan faham n ketidakpuasan hati kerana tdk memahami pasangan n tdk berterus terang ttg apa yg kita mahu dari org itu/pasangan.

Unknown berkata...

2 one

saya percaya kepada teori - tamadun manusia bermula dengan konflik sesama sendiri....

dengan itu - kita tahu dimana penambahbaikan harus bermula

nurirhamna berkata...

bosan kot kalau xberbunyi..huhu3x. berlatih bertekak dgn cara terhormat.=)

Unknown berkata...

cgu fizan

ingat tamadun dunia bermula - semasa pertengkaran

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zai berkata...

Salam Jinggo,
Kalau dalam rumahtangga ibarat spt lagu PRamlee..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..tetapi kak zai dan suami selalunya mengambil pendekatan utk segera duduk berbincang sekiranya ada masalah dan sekiranya seseorang sedang marah..satu pihak lagi akan diam dan menjadi pendengar dan segera bermaafan apabila hati telah sejuk..suami kak zai selalu berpesan "yang mengalah tak semestinya kalah", bukan isu siapa kalah atau menang..namapun manusia kesilapan tingkahlaku dan tuturkata akan sering berlaku, mana ada yg sempurna jadi setiap pasangan harus ada sifat memberi dan menerima..insyaAllah akan berkekalan..

Unknown berkata...

kak zai
secara praktikal semua nak pada suasana macam tu..
ini soal hati
ini juga soal pendidikan awal..

apa yg berlaku pada kak zai famili....
ini yg terbaik

Tirana berkata...

Biasanya kalau dah bertengkar...nafsu menguasai diri..akal dah ke mana pergi, tutur kata ikut sedap hati...Orang yang mempunyai kecantikan minda mampu menjuruskan pertengkaran ke arah yang betul. Untuk mendapat kecantikan minda, kena belajar skillnya..skill untuk bertengkar..hehehe

Khairi Mohd berkata...

Professional punya bertengkar, kan?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya bertengkar ni salah satu proses nak kenal hati masing2..

p/s saya tak suka bertengkar..maka saya tak berapa kenal org2 keliling saya...

Tanpa Nama berkata...

Kak hanim selalu elakkan bertengkar dengan jalan diam dulu. Bertengkar, hati kita sakit. Jadinya kalau bercakap waktu marah takut terkeluar perkataan2 yang akan kita kesali seumur hidup.

Begitu juga menulis nota, akak elakkan menulis nota pada seseorang ketika hati sedang marah dan sakit dengan perbuatan orang itu. Tunggu sehingga hati tenang, barulah message boleh disampaikan dengan cara yang lebih berdiplomasi.

Unknown berkata...

puan tirana

saya pecaya kepada ilmu yang dizahirkan...sebab prtengkaran adalah fitrah manusia.

jadi untuk itu saya yakin kepada EQ + ESQ duduk diantara nya - sebab pertengkaran biasanya dihujungnya aku memang - kau kalah...

Unknown berkata...

Professional punya bertengkar, kan?

khairi.

begitulah gamaknya.
nak bertengkar kena ada latihan

Unknown berkata...

puan aryani

sebagaimana dikatakan.
tamadun manusia bermula dengan pertengkaran...

dalam kontek apa pun itu asasnya.

Unknown berkata...

kak hanim - itu rasanya yang terbaik - sebab semasa kita marah - gelombang otak tak stabil...

duduk diam.mungkin ini yg terbaik

Cikedies berkata...

saya lebih suka bertengkar... dengan bertengkar kit alebih mudah dan senang untuk tahu apa yang pasangan kita sedang fikir kan..
sebagai contoh terdekat... abah saya selau bertengkar dengan mama saya tapi kita kena lihat konteks bertengkar ni bukan melibat kan kaki tangan naik atas badan....
bg abah saya dengan cari tu je dia leh tahu apa yang mama sya suka dan apa mama sy tak suka... sebab mama saya ni jenis memendam...
nak bertengkar pun kena tgk orang gak la...
so bertengkar la ala2 manja gitu... dalam2 betengkar tu manja2 kan pasangan anda jugak...

Unknown berkata...

ilani

dunia bertamadun bermula dari bertengkaran.......

therosputih berkata...

kata org tua, sekali gaduh, dua kali lebih rapat, gaduh lagi, makin rapat...bukan sekadar sembarangan gaduh2 baik, tetapi perlu disulami dgn usaha memperbaiki kualiti hubungan kan..?masing2 perlu sedar peranan y dimainkan dlm hubungan...moga hubungan y tercipta kekal dan diredhai allah...mudah mudahan...amin...

Eco Kid Adventure on Facebook