Khamis, 30 Julai 2009

apa nak dihairankan


Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua
perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.
dari jinggo seterusnya
apa nak dihairan akhirnya
kerana fitrah manusia sudah begini
nak pandai tanpa belajar
nak kaya tanpa bekerja kuat
nak masuk syurga tanpa amal
nak ' geli2 ' tanpa nikah.
nak wangi tanpa mandi
nak dapat kawan kat blog.
tapi tak pernah nak komen kat blog orang lain...
KERANA ITU FITRAH KITA
kita hanya akan berubah dikatakan bila :
sakit dan menderita dengan perlakuan @ tindakan negetid semasa
kita sudah bosan dengan tindakan semasa.
hidayah dari Allah
SELAIN DARI ITU.
apa nak dihairan.

21 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

apa nak dihairankan akhirnya kerana fitrah manusia sudah begini.....perkara 6..
ihiks sapelah tu yea...

segalanya bermula dengan niat
dan diikuti dengan niat yang bagaimana...
dan akhirnya
kita fikirkan yang selalu dalam fikiran..(kot)
apa akan aku dapat....
1,2,3,....
apa yang aku dah beri...?
;-p

ustazah dyLLa berkata...

yg jdi hairan, bile selsema brung melanda hbis sume adik bradik brung dimusnahkan...tpi bile H1N1 ni, nape khinzir xbunuh plak...xke hairan tuh...

- jinggo - berkata...

cgu anis.
no 6...
sekadar dijasdikan contoh..
apa nak dihairankan
sebab itulah kita yg dtg dari kerektor yg berbagai

- jinggo - berkata...

cgu dyla

baru habis bincangkan dengan kawan2tadi,
kenapa tak dimusnahkan ' benda ; tu kalau itulah puncanya

itu yg dihairankan

a kl citizen berkata...

wah header baru nampaknya...

- jinggo - berkata...

cgu kl...
agar tidak ada yg hairan dengan jinggo lagi...
saya nak ajak ramai orang
mari membaca.

maiyah berkata...

salam.. betullah tu, selagi tak ditimpa musibah manusia tak akan dapat melihat dengan mata hati yang ikhlas.

azlanlin berkata...

Kerana hairan dan tandatanya lah membuatkan kita mencari gali jawapan yang seiringan dengan persoalan yang wujud.. tetapi benarkan itu jawapannya? Kita lebih tahu apa yang kita ingin tahu...

- jinggo - berkata...

puan maiyah

selagi badan tak berbau hapak
selagi tu tak mandi..
selagi kaki tak patah
selagi sirempit sibuk dijalanan
selagi perut tak buncit sibohsia sibuk mencari cinta...

selagi..
kita diberikan ruang

- jinggo - berkata...

cgu azalan

selagi..
nyawa dikandung badan
hak kita
mencari........

blueCITY berkata...

salam ;=0

nak kawin tapi tak mahu mulakan langkah

kahkahkah

=P

- jinggo - berkata...

blue...

kalau langkah berat macamana............

Arianni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurdaniella berkata...

salam cikgu.. huhu.. rasa terpukul bila tiba kat ayat - nak cari kawan kat blog tapi tak pernah nak komen kat blog orang-.. hehe.. sapa makan cili, dia rasa pedas kann, cikgu..

Arianni berkata...

Salam Jinggo..
Menurut Imam Khalil Ahmad manusia didunia ada 4 jenis
Org yg mengetahui dan tahu yg ia mengetahui - Org berilmu
Org yg mengetahui dan tidak tahu yg ia mengetahui - Org yg tidur
Org yg tidak mengetahui dan tahu yg ia tidak mengetahui - Org yg minta petunjuk
Org yg tidak mengetahui dan tidak tahu yg ia mengetahui - Org jahil

Semoga kita tergolong dlm orang2 yg berilmu..Amin

~Mardihah Adam~ berkata...

kadang-kadang kita terlupa....ya, saya juga......

Terima kasih memperingati

- jinggo - berkata...

nur..

hidup ini ada timpalbaliknya..
saya harap tidak ada yg sensitf dengan kaeadaan tu.
dan macam kata cgu anis.
niat didahulukan...

pada saya mudah.
kita berkongsi seadanya.menulis untuk dibaca dan dikongsikan.....

nak bagi orang baca : kita kena baca orang punya juga kan....

sekadar pandangan

- jinggo - berkata...

ariani

terima kasih banyak2
yang tahu keikhlasan ariani menulis...
dan menarik untuk saya lebarkan pandangan tu.

- jinggo - berkata...

dihah..

kerana siapalah kita
dibekalkan hati dan lidah
yg sama dan serupa
yang membezakan kita.
tindakan kita.

fikirkan

azlanlin berkata...

Mr Jinggo:

Mencari dan terus mencari, takkan ada jalan hujungnya.... Hargai apa yang ada, perbaiki mana yang patut, tapi kalu tak cukup..cari le lagi.. hehhehe

nurdaniella berkata...

salam cikgu.. adakalanya saya lebih suka jadi silent reader sebab terkadang rasa macam tak layak nak bagi komen.. tetiba rasa rendah diri pulak..

Eco Kid Adventure on Facebook