Khamis, 30 Julai 2009

peringatan untuk lelaki...dan jinggo

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu.. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil.Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan.
BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta
Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya,
perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen,
iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri.
Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
pandangan lelaki ni
yang kadang2 tidak faham.
kita memang berbeza.
kerana berbezaan itu menjadikan hubungan kita dimana2 unik.
buku : bahasa cinta
menceritakan satu persatu.
kadang2 kita terperangkap bila kita membuat tafsiran berdasarkan dunia lelaki kita.kita mahu mereka pun membuat tafsiran berdasarkan pandangan kita.akhirnya ada yang tidak sempurna dihujungnya.kerana mendekati seorang wanita memerlukan tidak sekadar apa yg zahir lagi.
ilmu untuk bersama mereka harus dijadikan keutamaan diawal niat
apa lagi
CARI BUKU DAN BACA.

8 ulasan:

NurHafizan berkata...

Terima kasih, kongsikan lagi Yop jinggo =)

~Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita sebagai hamba Allah harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaanNya itu~ La Tahzan

ari berkata...

:-)

- jinggo - berkata...

cgu hafizan

kenapa orang pompuan bosan dengan lelaki..
itulah ceritanya....
sebagai ingatan untuk semua lelaki...

- jinggo - berkata...

cgu ari

ada apa2 yg nak dikongsikan ke....

~Insan Biasa~ berkata...

mari belajar lagi....dan Teruskan Bercinta! :-D

- jinggo - berkata...

cgu anis

kita disini untuk cinta menyintai

KAMALIA berkata...

Berada pada satu situasi yang tidk betul, mungkin mendatangkan manfaat pada yang berfikir. Mungkin kita, atau kita mungkin dapat melihat ketidakbetulan, dan betulkanlah. Lelaki dan perempuan adalah manusia, manusia yang akan mengalami pelbagai situasi, ada kala kita kena hadapi, ada kala kita kena lari: lari tidak semestinya berlari tetapi BERLARI....fikirlah...

Illyani Ismail berkata...

kenapa perempuan bosan dengan lelaki...

hehe cikgu tu persoalan ke kenyataan??

Eco Kid Adventure on Facebook