Selasa, 28 Julai 2009

kita selalu lupa


Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.
Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery.co.uk.
Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu. Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.
Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.
"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.
Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.
ANTARA YANG PALING DILUPA
Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
Di mana anda letakkan kunci
Untuk apa anda ke kedai
Pakaian basah di dalam mesin basuh
Mengecas telefon bimbit / iPod
Di mana anda letakkan kenderaan
Menyiram pokok bunga
Umur sendiri
Membeli susu
Mengunci kereta
Di mana anda letakkan dompet
DARI JINGGO
saya selalu lupa dimana letakkan cermin mata
selalu lupa kat mana letak kunci kereta
selalu lupa nak call makayah.
YANG TAK PERNAH LUPA
mengadap lap top.

12 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

heheh saya selalu lupa mana letak kunci kete..terutama sekali masa dah terlambat nak pegi mana2...gelabah ler...pernah dulu, gantung je kunci kat leher..hahaha

alternatif lain, saya selalu beritahu orang yg terdekat (ketika situasi) kat mana saya nak simpan apa2...

wak jinggo,

manusia kan memang selalu lupa...
kenapa ek? kurang senaman minda kot...

a kl citizen berkata...

nama kawan lama selalu lupa...malu je kalau terjumpa kawan, dia ingat nama kita, kita tak ingat nama dia

- jinggo - berkata...

kunci kereta hilang...
sebab tu formula gantungkan bersama benda yg paling berharga bersama....
ada org gantung bersama handphone...

moralnya kunci kete boleh berbunyi

- jinggo - berkata...

macamana formula nak ingat nama kawan...
saya pun selalu mengalami pengalaman yg sama...

maiyah berkata...

saya pas kemalangan.. wayar byk putus, kekadang selalu lupa walau baru beberapa minit tadi dok ingat.

- jinggo - berkata...

puan maiyah

saya percaya kita tidak dihukum
dan juga tidak dihakimi
kita diajar
dan belajar
pada semua kejadian

ustazah dyLLa berkata...

bknkah manusia itu tdk sesempurna RASULULLAH S.A.W...

- jinggo - berkata...

dyala

terima kasih kerana perhatian....

blueCITY berkata...

salam...

ngadap tuhan pun kita lupa gak kadang2...

bila nak ngadap saya ni?
huahuahua... =P

- jinggo - berkata...

saya terlupa...
sepatutnya saya mengadap cik blue...
...
lupa.
buat2 lupa
sengaja lupa...
tah mana satu

zan-xray berkata...

Saya selalu lupa apa yang saya terlupa hehe.

- jinggo - berkata...

BRO ZAN...

saya terlupa tutup air semalam.........kesanya.
banjir.

Eco Kid Adventure on Facebook