Selasa, 30 September 2008

ini yang mampu di tinggalkan:senyum




esok raya:Bukit Beruntung masih sibuk.hari ini pagi -cuci kereta.Ramai orang. Dalam ramai2 ada seorang yg menjadikan hari ini menarik. YB NASARUDDIN - KETUA PENERANGAN PKR SELANGOR (kami kawan baik dulunya ). Lama kami bercerita pasal PERJUANGAN. Dan ini kesempatan terbaik aku membuka cerita - kenapa muka YB jarang ada kat SINAR.....bla...bla....kita buat kerja kerana Allah syeikh . ok kita jumpa selepas raya.I keluarkan 30 ribu cukup. Ok program bina insan...aku macam tak percaya. Adakah ini cerita orang politik !Kalau betul - ramailah yang akan mendapat laba. Tentu aku mula mengirakan untuk menggunakan duit itu untuk begitu dan begini.

Kereta besar YB siap.Tapi ada suara tak puas hati - YOU TAHU I SAPA ,I TAK KACAU BISNES U PUN KIRA OK....maaf, kereta dicuci.cincai.tapi aku suka dengan perkataan tu..akhirnya kita buat tafsiran sendiri. Marah Vs Tak Puas Hati....

Akhirnya Moral :

kepada taukeh kedai cuci kereta - buat kerja biar ikhlas -kereta banyak , sebab selama ni kerja nya bagus. apakah bila kereta banyak ( tak payah kerja bagus ).hidup ini umpama boomerang - kita memberi dan menerima.

Kepada YB - ramai orang nak kuasa (samada untuk berkuasa@ bersosial).....tapi insyallah , berkat niat yg betul ( insyallah kemenangan bersama kita )

Kepada Aku - kalau tak puas hati tak guna merungut kat belakang ,jumpa dan cerita....

8 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

salam,

Songkok yang gemerlapan!

mengingatkan saya pada....

1. Raya?
2. Duit Raya?
3. Baju Raya?

Unknown berkata...

ala......dalam banyak2 songkok MAIDEN tu yang jadi perhatian...

Tirana berkata...

Betul, kalau tak puas hati, cakap depan2..Apa yang dapat kalau merungut kat belakang..penat mulut..hati pun sakit... Kalau nak suarakan ketidakpuasan hati..biar kena caranya...jangan baran tak tentu pasal kerana sesuatu itu jarang dapat diselesaikan bila marah menguasai diri..betulkan jinggo?

Hari ini cerah...ceria seceria senyuman jinggo. Baru hari ini kenal rupa jinggo yang sebenarnya.. Lepas ini bila baca entry jinggo, boleh bayangkan sekali rupa orang yang menulisnya...hehehe...

Salam aidil fitri dari saya sekeluarga...

Unknown berkata...

dan seterusnya puan tirana : itulah cerita kita , saya akan di KL untuk berhari raya.itulah jinggo - seadanya saya cuba untuk menjadikan ruang ini yang terbaik bersama rakan2 yang berkuanliti...

Brahim Nyior berkata...

Bro jinggo, terima kasih masukkan addrs blog saya dalam entry; satu promosi maya.

Masa kecil dulu, kuih yang saya suka ialah bahulu, sebab saya turut sama membuat dengan arwah mak.

Kini, semua main 'tunjuk' dan hulur duit. Budaya berkunjung ke rumah taulan pun semakin dihakis oleh rancangan-rancangan hebat di TV. Zaman dah berubah, dunia dah maju, agaknya..

Tanpa Nama berkata...

Hi Abg Jinggo...
Apa Khabar???

Just to wish you:

Selamat Hari Raya Aidilfitri

-rachel-
p/s: saya ada duit raya tak??? haha

azlanlin berkata...

Senyuman: Membawa seribu makna!

>> Senyuman Manis
>> Senyuman Tawar
>> Senyuman Masam
>> Senyuman Ceria
>> Senyum Kamben!

>> Macam-macam ada! Hanya empunya diri mengetahui seadanya!

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Assalamaulaikum warahmatullah sahabatku Jinggo :)

Lama dulu.. suatu masa dulu... saya pernah diberitahu.. diajar, diceritakan dan dipesan-pesankan...
'Apa sahaja yang berlaku didalam hidupmu atau dirimu dan sekiranya kejadian itu hanyalah untuk kamu dan dirimu.. maka sujudlah kamu bersyukur kepada Allah...
Dan jikalau sesuatu yang terjadi didalam dirimu dan hidupmu itu untuk kamu bercerita kepada yang lain, maka ceritakanlah tentang kebesaran Allah.. :)

Terima kasih Jinggo diatas ceritamu, Allah itulah yang Maha Berkuasa.

Salam hormat.

Eco Kid Adventure on Facebook