Isnin, 6 Julai 2009

ada tengok MENTOR semalam...

SAPA2 YANG TENGOK MENTOR TV3
malam tadi seakan2 kita belajar dan diajar sesuatu
AJAI
nama besar dalam industri menyanggah juri yang komen dengan penuh rendah diri ( JayJay )
hasilnya - secara senyap semua orang seakan marah
UNDI TERENDAH KEPADA ORANG YANG ' seakan2 ' SOMBONG.
( dan nasib masih bersama : kalau tidak - pastinya itulah hukuman - tersinggir )
KITA PADANKAN CERITA INI.

Saya teringat buku ' Seni Bual '
fitrah kita manusia untuk menjadi orang penting. Kita sentiasa mahu orang tahu dan nampak kita. Bukan sedikit usaha yang dilakukan untuk ' menampakkan ' orang pada kita.....tetapi suatu yang dinafikan PEMBINAAN KUASA DALAM.
Kenapa orang suka dengan senang dengan kita. Satu faktor besar adalah apa yg orang nampak
Keyakinan tanpa rasa rendah diri adalah keangguhan. Rendah diri adalah asas kepada semua kebaikkan. Ia adalah tanda keagungan. Rendah diri yang ikhlas menarik perhatian orang manakala yang palsu tidak.

Beberapa tahu lalu , seorang penunggang kuda terserempak dengan beberapa orang askar yang gagal mengalihkan kayu balak yang berat. Askar yg berpangkat Kopral berdiri sementara yang lain bersusah payah.
Si penunggang kuda bertanya kepada Kopral mengapa dia tidak membantu :
Kopral itu menjawab - Saya kopral , saya yang memberi arahan.
Si Penunggang kuda turun dan membantu mengalih balak tersebut.
Setelah balak itu berjaya dialih , si penunggang kuda pergi kepada Kopral tadi dan berkata :
Lain kali jika orang - orang anda perlukan bantuan
hantar seorang Ketua Panglima.
Setelah Si Penunggang itu pergi , barulah Kopral itu tahu bahawa si penunggang kuda tadi adalah GEORGE WASHINGTON.

Moral kepada kita
kita diajar dan belajar sesuatu dari peristiwa AJAI dan kopral tadi.ceritanya sama.keangguhan.
Madsudnya jelas. Kejayaan dan rendah diri adalah seiringan. Kesederhaan dan rendah diri adalah dua tanda keunggulan. Rendah diri tidak bermakna merendahkan martabat.
kita lihat pandangan ini dari sudut akademik.

19 ulasan:

CITY® berkata...

salam mr h.

den tak minat sgt mentor, den layan af jerk, hahahah....

begitu juga biru, tak sehebat yg en jinggo fikir kan...

biru hanya insan yg lemah, ahaks!
=P

Unknown berkata...

blue

rendah diri
itulah ciri2 yg hebat.
tak payah bagi tahu - bahasa verbal @ non verbal cukup untuk orang letakkan kita ditempat yg betul.....

Tanpa Nama berkata...

JB mali..talak sombong!!

Unknown berkata...

..
ajai orang JB kan.
tak kisah dimana2 pun.
kadang2 macam tulah kita.kepintaran itu nikmat yg dipinjamkan........

ipoh mali - talak sombong....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

tak semua orang pandai nak menegur..

dan

tak semua orang bleh terima teguran..

SK TANAH RATA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ONE ZABA berkata...

arryani...cameron mali pun talak sombong. badan pun tak berapa tinggi. duduk saja tempat tinggi.

Unknown berkata...

tak semua orang bleh terima teguran..

memang - biasanya orang yg hebat dengan nikmatNya : kadang2 lupa bahawa nikmat tu sementara...

Unknown berkata...

cgu one...

cameron talak sombong...
hidup bawak taik ajakan...
kira berapa taik yg kita bawak..
taik mata
taik telinga
taik hidung
taik gigi.........
ada lagi...

~Insan Biasa~ berkata...

tak reti sebenarnya nak komen bab2 orang yang kata dia betul. pandai cakap tapi takde undang2 masa bercakap.

nanti komen lagi....nak rush nie

Unknown berkata...

pandai cakap tapi takde undang2 masa bercakap...

suka ke dengan komen wak ni.
cakap yg tak de undang2
macam mulut yg tidak ada insuran...

~Insan Biasa~ berkata...

orang yang bercakap xde insurans ni biasanya bercakap dengan emosi..geram.erkk ye ke? kot...

Tirana berkata...

Berkawan dengan orang yang mulut laser...kena sabar banyak2.. hehehe..

Unknown berkata...

cgu anis

orang yg biasa bercakap tak ada insuran ni biasanya...
adalah orang dalam kelompok
agresif.
aku menang - kau kalah....

kita fikirkan..

Unknown berkata...

puan tirana.

selain bersabar
kena ada filter....
layan ajalah...
sebab kot mana pun dia aja yg nak menang......

Izzah berkata...

orang sombong selalu rugi...

Unknown berkata...

izzah

begitulah adat kehidupan
buktinya : malam tadi.

addyaholix berkata...

manusia hebat adalah manusia yang mampu menerima kritikan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

hebatkah ajai? tepuk dada tanya hati.

Unknown berkata...

addy oh addy

ayat yg hujung tu power.
diantara IQ dan EQ...
diantara tu ada ESQ...

dimana ajai.

Eco Kid Adventure on Facebook