Rabu, 15 Julai 2009

dulu bangla - sekarang pak arab

Wanita tempatan diminta berhati- hati dengan 'ayat cinta' lelaki Arab kerana ia boleh memerangkap wanita yang lemah untuk menjadi 'teman sosial' mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sewaktu memikat, lelaki Arab akan menampilkan sifat yang romantik, lembut dan penyayang dengan wanita.
''Bicara mereka disulami ayat-ayat cinta yang indah. Berbicara bahasa sastera bercampur madah romantik. Tidak hairan jika wanita negara ini cenderung menjadi kekasih mereka.
''Walaupun istana cinta yang diimpikan belum tentu menjadi kenyataan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini
.
Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia semalam mengenai perangkap cinta lelaki Arab yang bijak memikat wanita tempatan tetapi selalunya ditinggalkan apabila mereka pulang ke negara masing-masing.Selain itu, kehadiran lelaki Arab dalam hidup wanita tempatan menyebabkan ramai antara mereka yang berkahwin secara mutaah.
Mashitah menasihatkan wanita negara ini supaya tidak terperangkap menjadi 'teman sosial' lelaki warga Arab yang berkunjung ke negara ini.
''Saya dapati di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sendiri (UIAM) ramai pelajar perempuan bercinta dengan pelajar atau pensyarah lelaki Arab.
''Saya nasihatkan mereka berhati-hati. Jangan jadikan rupa sebagai ukuran mencari pasangan. Teman dan suami adalah dua perkara yang berbeza. Apabila sudah menjadi suami baru boleh lihat true colour pasangan kita," jelasnya.

KITA FIKIR BEGINI

apa yang dimahukan dalam satu2 berhubungan - keuntungan emosi. tentunya kita akan lebih bermotivasi untuk mengekalkan satu perhubungan seandainya ada ' keuntungan ' disitu.bagaimana untuk mendapat keuntungan emosi.fitrahnya - manusia semua mahu dianggap penting dalam setiap ruang.kepintaran menjadikan pasangan kita penting merupakan satu daripada keuntungan emosi

dalam buku seni bual : untuk memudahkan hubungan sosial beberapa perkara yang seharusnya menjadi pengkiraan LELAKI MELAYU sekarang.

keterampilan sosial + hemofilli + kekerapan.

dunia semakin mengiakan faktor ketampanan sosial didepan ketampanan fizikal.ketidakmahuan kita ambil tahu seni ini menjadi kita sering memberi kerugian emosi pada pasangan.terutamanya dalam kontek komunikasi hadapan.hemofiili - adalah teknik kesamaan minat - ini dengan mengambil kira : manusia senang berurusan dengan pasangan yang sama nilai dengannya.kekerapan - jadikan pasangan kita penting dalam segala ruang.ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri.

17 ulasan:

CITY® berkata...

salam en h... aka cikgu jinggo =)

tak mo ar kawin ngan pak arab ke, bang negro ke, mas indon ke,
baik kawin ngan cgjinggo jerk, huahuahuah.........

=P

Unknown berkata...

ha...
ngerinya dengar...
saya pak jawo......hari2 kena makan tempe.....

sori gurau.
apa2 pun elakkan perhubungan jarak jauh yg tidak menguntungkan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

saya cari orang jawa..

hahaha..

ONE ZABA berkata...

lelaki melayu terakhir jugak yg terkulat-kulat....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Erk? Cikgu Jinggo kena pikat dalam blog ke? hehehe..

Itu tandanya masih ada lagi peminat lelaki Melayu..

Tirana berkata...

Lelaki melayu tak pandai mengayat sebab tu tak dapat..hehehe..Kepada lelaki melayu, kena belajar seni memikat dari cikgu Jinggo..hiks..hiks..

ASYIQ berkata...

Jinggo....saya tersenyum sendiri baca komen cikgu ONEZABA.....cikgu melayu terakhir yang terkulat2....

Pada saya senang kawin dgn orang melayu...dan cari la yang tak pandai mengayat pun tak apa. Sure dgn wanita2 lain pun dia tak pandai mengayat. Lelaki tak pandai mengayat lebih setia.....caya tak jinggo???

ASYIQ berkata...

Oppps...betulkan balik kata2 saya.....bukan 'cikgu melayu terakhir'....tetapi 'lelaki melayu terakhir yang terkulat2'....

isy macam mana boleh silap ni....sorry.

~Insan Biasa~ berkata...

j.a.w.a

ihiks...
mana pergi hilang lelaki melayu ek..?
bukannya takde...tapi kenapa tak nampak ??

Unknown berkata...

gadisseparabandar...

ha....gossip2.
saya jawa + siam...
ha..jadi apa tu...

sapa2 pun sama - dihujungnya kemenangan emosi

Unknown berkata...

cgu one..
lelaki melayu terakhir...

tu yg power.klasik.....
cgu sofia nak dtg lagi gombak - joinlah sekali....

Unknown berkata...

cgu zana...
he....kena pikat dalam blog.
cinta alam maya...

kena buat N3 ni - sedang buat kajian - tunggu.

apa2 pun saham masih ada lelaki melayu ni...

Unknown berkata...

puan tirana.

nak mengayat pada yang nak...
pada yang tak nak tak terayatkan.....
betul tak.
apa lebihnya pak arab ni...

pada ayatnya kan..
pada handsomenya kan...
pada bulu dada nya kan....

Unknown berkata...

cgu asyik

lelaki tak pandai mengayat lebih setia..
menarik.
tapi siapa yg tukang ayat.
bininya kut...

sebab tu gamaknya
ramai isteri yg jadi tukang..
beli barang..
bayar bill
urusan itu dan ini....

Unknown berkata...

cgu anis

lelaki maluy ada..
tu kat hihgwaya kesas..
kat pusat sarenti
dan.....

he....sokong cgu one.

Guru berkata...

kekadang kena percaya pada jodoh...
ada rakan yang kawin pak arab...
bahagia hingga sekarang

Unknown berkata...

cgu kl...
berkahwinan ni macam satu perjudiankan..
ada untung
ada rugi
kita sendiri tidak tahu....
untung @ rugi..

dengan ilmu yg dibekalkan : mungkin kita boleh buat penghakiman....

Eco Kid Adventure on Facebook