Isnin, 13 Julai 2009

dunia tanpa lelaki


DAPATKAH anda bayangkan dunia tanpa lelaki?

Apabila tiada lagi lelaki di dunia ini, maka tidak akan lagi kedengaran gelak-ketawa kerana tiada sesiapa lagi untuk dijadikan lawan ketawa! Begitu juga apabila hendak membuat keputusan kerana tiada siapa yang mahu membuat keputusan untuk kita walaupun keputusan yang dibuat oleh orang lelaki kadangkalanya salah. Baru-baru ini laporan akhbar ada menyiarkan tentang sepasukan saintis dari Universiti Newcastle, England, mengejutkan dunia perubatan berikutan kejayaan mereka menghasilkan air mani manusia daripada campuran bahan kimia dan vitamin. Ini sekali gus dijangka menjarakkan lagi jurang perbezaan nisbah populasi wanita yang dikatakan hari ini melebihi kaum lelaki. Bagi golongan saintis kajian tersebut merupakan satu penemuan penting yang memerlukan banyak kajian seterusnya tetapi hakikatnya ia hanya memberikan implikasi yang besar dari segi soal akhlak dan moral.

Di sini sebagai mengimaginasikan beberapa pro dan kontra daripada sudut pandangan wanita tentang apa akan jadi apabila dunia tanpa lelaki.

Sembilan perkara yang tidak akan terlepas

Lelaki selalunya betul
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk
dipersalahkan.

Lelaki akan memberikan nasihat sedangkan anda hanya mahu mereka menjadi pendengar Lelaki selalunya gagal memahami wanita.
Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.

Lelaki mengambil kesempatan apabila stokin bersih mereka
bertambah dengan tiba-tiba
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya.

Mereka tidak mampu mengikut walaupun hanya sekadar senarai
membeli-belah yang mudah
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.

Lelaki ini misteri
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.

Lelaki lebih suka sesat daripada bertanyakan arah
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.

Mereka selalu inginkan kemenangan berada di pihak mereka
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Lelaki mampu menghadapi saat-saat kesukaran
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.

Mereka perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus.

Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama. Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.
Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi.

sumber utusan malaysia.

19 ulasan:

Tirana berkata...

Lelaki dan wanita memang berbeza tapi ada yang boleh menyatukan mereka..Perbezaan itu menjadikan kehidupan mereka indah jika skills yang menyatukan antara dua makhluk ini dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka.

Guru berkata...

memang ... dasar lelaki... (haha.. kasar bunyinya ya)

lelaki selalunya betul... sebab itu wanita sentiasa mencari Mr Right... bukan Mr Wrong!

Unknown berkata...

puan tirana
kita memang berbeza terutamnya dalam bab - penafsiran...
rasanya sistem pendidikan sedia ada hari ini - perlu ada satu lagi ruang...
sejauh mana kita sesama faham keperluan masing2....

saya selalu kongsikan di kelas saya..
kita berbeza dihujungnya sama....

Unknown berkata...

M...Mr Right.
betul2....
lelaki selalu nak betul..
walaupun tak betul..

ini saya nak berckap atas dasar akademik ( bukan sebab saya lelaki )...

lebih dan kurangnya kita sesama harus dijelaskan - semuanya kena jadi perhitungan hari ini....

sebab dunia semakin berantakan disebab mr right selalu nak right dan miss wrong pun dah nak right......

ONE ZABA berkata...

sapa la leaki tanpa wanita... dan sapa lah wanita tanpa lelaki. boleh cakar dinding jika tanpa salah satunya.

sakurasa 2 berkata...

Cik gu Jinggo

"dunia tanpa lelaki"
pasti sentiasa rasa sunyi bersendiri...

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga....
sakura suka lagu
CINTA ADAM DAN HAWA
-Misha Omar

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

wanita di cipta dari tulang rusuk lelaki......

sebab tu lelaki dan wanita saling memerlukan.....

mr mencari MR RIGHT....

sakurasa 2 berkata...

jom kita dengar lagu CINTA ADAM DAN HAWA


http://www.youtube.com/watch?v=tw9a5w-t_7Y

~Insan Biasa~ berkata...

dunia tanpa lelaki,ibarat melanggar hukum alam...boleh porak peranda dunia nie...

white rose berkata...

setiap ciptaan ALLAH berpasangan...ni sume fitrah ciptaan ALLAH...hnya ALLAH yg tdk berpasangan...itu antara yg membezakan kta ngn ALLAH, PENCIPTA KTA...

zai berkata...

Hmm..betul3..saya setuju, banyak sangat serupanya dengan sifat suami saya tu..tapi takpe cukuplah kalau terima pasangan masing2 seadanya...mustahil benarla manusia boleh dihasilkan tanpa benih seorang lelaki..kalau tak disebutkan dalam alquran maknanya tak adalah tu..

Unknown berkata...

cgu one..
ada penyokong..
kerana itulah dunia kita..
kalau tak ada lelaki mungkin tidak ada....cakar harimau....

Unknown berkata...

sakura..
siapa HAWA tanpa ADAM..
dan begitulah kita seterusnya....

dunia semakin komplek.
kita kena semakin ambil tahu akan keperluan masing2

Unknown berkata...

gadiseparabandar

kerana itu..
yg right tak selalunya right kan...
semuga ditemukan sebaik2 mr right....

Unknown berkata...

sakura...
siapa SAKURA tanpa JINGGO...
he....
he....
he....
maaf tersasul....

Unknown berkata...

cgu anis

ada tempat : dimana yang ditujukan khas untuk perempuan aja...
semuanya perempuan.
saya pernah duduk dalam persekitaran tu,,,,

Unknown berkata...

puan zai..
dunia semakin kacau..
ada sperma untuk mencipta banyaknya lelaki...

kita tunggu apa seterusnya.

adnieyl achan berkata...

Di mana langit tanpa buminya
Di mana Hawa tanpa Adamnya
Di mana isteri tanpa suaminya
Di mana ibu tanpa ayahnya
Di mana betina tanpa jantannya
Di mana, Di mana, Di mana, Di mana.....????
Hanya kita yang mampu memberikan jawapannya...

Unknown berkata...

Di mana langit tanpa buminya
Di mana Hawa tanpa Adamnya
Di mana isteri tanpa suaminya
Di mana ibu tanpa ayahnya
Di mana betina tanpa jantannya
Di mana, Di mana, Di mana, Di mana.....????
Hanya kita yang mampu memberikan jawapannya...

JAWAPANNYA....sudah diatur.sudah dicatur.....kita begini.perempuan begitu...

Eco Kid Adventure on Facebook